ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN ANTARA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) DAN BADAN AKREDITASI NASIONAL- PERGURUAN TINGGI (BAN-PT)

Wednesday 26/10/2016



KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Pada 29 Julai 2010 lalu, Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah menandatangani Memorandum of Arrangement (MoA) bersama Badan Akreditasi Nasional – Perguruan Tinggi (BAN-PT), Indonesia untuk tempoh tiga tahun. Perjanjian Persefahaman tersebut kemudian diperbaharui untuk tempoh tiga tahun bermula 19 Ogos 2013.
 
Memandangkan perjanjian tersebut telah tamat pada 28 Julai 2016, kedua-dua agensi telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh perjanjian kepada lima tahun bermula pada 29 Julai 2016 sehingga 28 Julai 2021.
 
Perjanjian telah ditandatangani oleh Datuk Prof. Dr. Rujhan, Ketua Pegawai Eksekutif MQA dan Prof. T. Basaruddin, Lembaga Pengarah BAN-PT. Majlis tersebut turut disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.
 
Tujuan perjanjian ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sedia ada antara kedua-dua agensi, mengukuhkan perkongsian dan kerjasama teknikal selain pertukaran maklumat dan kepakaran. Melalui perjanjian ini, kedua-dua agensi komited dalam berkongsi amalan baik dan kepakaran terutamanya dari aspek jaminan kualiti pendidikan tinggi.
 
Perjanjian persefahaman ini juga menyediakan platform untuk pembangunan kapasiti kepada pegawai-pegawai dari kedua-dua agensi iaitu melalui program latihan jangka pendek. Selain itu, antara inisiatif-inisiatif yang dipersetujui oleh kedua-dua agensi adalah untuk terlibat dalam proses penilaian program yang dijalankan oleh kedua-dua agensi dan pertukaran panel-panel penilai.
 
Melalui perjanjian ini juga, adalah diharapkan agar ia dapat memudahcara dan meningkatkan mobiliti pelajar di antara kedua-dua negara.

Objektif dan inisiatif tersebut dijangka dapat menyumbang kepada kedudukan MQA sebagai agensi berautoriti dalam jaminan kualiti pendidikan tinggi yang mempunyai sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, selari dengan visi dan misinya.

SUMBER: Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Noor Farahstin Hassan
Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa 
b.p Ketua Pegawai Eksekutif
Tel : 03-7968 6034 / 017 3106504
Emel : farahstin@mqa.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.