ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  NTT COMMUNICATIONS SEKALI LAGI MENGAMBIL TEMPAT SEBAGAI SEBUAH PEMIMPIN DALAM GARTNER MAGIC QUADRANT 2016 BAGI HOS TERURUS YANG DIBOLEHKAN OLEH AWAN, ASIA/PASIFIK

Wednesday 26/10/2016



TOKYO, 26 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), sebuah pemimpin data, awan dan perhubungan antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia telah diletakkan di dalam kuadran Pemimpin dalam laporan*1 "Magic Quadrant untuk Hos Terurus yang Dibolehkan oleh Awam, Asia/Pasifik" yang diterbitkan oleh Gartner Inc. pada Oktober 2016 bagi tahun kedua berturut-turut, berdasarkan kepada keupayaan untuk melaksanakan dan kesempurnaan visi.

Gartner mentakrifkan hos terurus yang dibolehkan oleh awan (CEMH) sebagai penawaran hos yang membangunkan produk yang standard yang menggabungkan platform infrastruktur sistem yang dibolehkan oleh awan, yang terdiri daripada pengiraan, rangkaian dan perkakasan penyimpanan dengan perisian platform pengurusan awan bagi memudahkan layan diri dan peruntukan pantas dengan perkhidmatan terurus. Menurut Gartner, "Pembekal memerlukan satu strategi yang mantap untuk menjadi sebuah Pemimpin di Asia/Pasifik. Mereka perlu melabur di dalam produk mereka, liputan geografi dan keupayaan penghantaran ke tahap di mana mereka boleh menjadi pemain serantau yang kukuh. Untuk membina kedudukan pasaran mereka, mereka mesti mempunyai keupayaan dan kesediaan bagi melabur untuk masa hadapan."

"Kami amat berbangga kerana diiktiraf sebagai sebuah peneraju di dalam pasaran Hos Terurus yang Dibolehkan oleh Awan berdasarkan kepada keupayaan kami untuk melaksana dan kesempurnaan visi," kata Masaaki Moribayashi, Naib Presiden Kanan bagi Perkhidmatan Awan di NTT Com. "NTT Com akan terus menyampaikan penyelesaian awan mereka yang berinovatif  untuk membantu perusahaan  memenuhi keperluan yang rumit bagi transformasi digital di Asia Pasifik dan di seluruh dunia."

NTT Com akan terus memberi tumpuan kepada Penyelesaian ICT yang sempurna, yang membolehkan pengurusan bagi  persekitaran perusahaan ICT yang kompleks dan hibrid. Inisiatif ini termasuk penyambungan yang fleksibel dan atas permintaan kepada pelbagai awan (Pertukaran-SD) dan peningkatan selanjutnya bagi Platform Pengurusan Awan (WAN-SD).

Laporan "Magic Quadrant bagi Hos Terurus yang Dibolehkan oleh Awan, Asia/Pasifik" boleh dilihat di sini.

Penafian Gartner

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan di dalam penerbitan penyelidikan mereka, dan tidak menasihatkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor-vendor berkenaan dengan penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat daripada organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan kajian ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian bagi satu-satu tujuan tertentu.

* 1 Gartner, "Magic Quadrant untuk Hos Terurus yang Dibolehkan oleh Awan, Asia/ Pasifik" oleh To Chee Eng, Kenshi Tazaki, Vincent Fu, Arup Roy 11 Oktober 2016

Maklumat mengenai NTT Communications Corporation

NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi perusahaan. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1 global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke 196 buah negara/ wilayah, dan 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.

www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT

Hubungi
NTT Communications Corporation
Cik Yuko Miyamoto, Cik Hana Tsuchiya, +81 3 6700 4010
Perhubungan Awam


Sumber: NTT Communications Corporation

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161025006888/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.