ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  FLURRY ANALYTICS MENGUMUMKAN PENCAPAIAN KEPADA SUIT PEMAJU MUDAH ALIH YAHOO

Friday 28/10/2016



Memperkenalkan Crash Analytics 2.0 dan Revenue Analytics untuk membolehkan pertumbuhan yang berterusan bagi pemaju, di seluruh dunia
 
SUNNYVALE, Calif., 28 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Flurry Analytics hari ini mengumumkan ketersediaan dua pencapaian kepada Suit Pemaju Mudah Alih Yahoo, Crash Analytics 2.0 dan Revenue Analytics. Dengan penambahan dua ciri-ciri ini, Flurry Analytics kini merupakan suit analisis yang paling menyeluruh yang disediakan kepada pemaju di seluruh dunia, pada mana-mana skala.
 
"Di Flurry, kami memberikan tumpuan kepada mewujudkan produk-produk yang membantu pemaju di seluruh dunia membina aplikasi yang lebih baik untuk berkembang dan menskala perniagaan mereka dengan jayanya," kata James Kelm, Pengarah Kanan bagi Pengurusan Produk di Yahoo. "Pelancaran keupayaan analisis kerosakan dan analisis pendapatan di Flurry menyediakan pemaju dengan satu suit peranti semua dalam satu untuk memberikan mereka pandangan 360 darjah berhubung prestasi aplikasi mereka."
 
Crash Analytics menyediakan maklumat kepada pemaju mengenai kerosakan aplikasi, pengecualian tangkapan dan log kesilapan, kesemuanya dalam tepat masa. Fungsi ini adalah penting di dalam menentukan punca kepada apa-apa isu dengan pantas, dan pada masa yang sama mengekalkan aplikasi untuk berfungsi dengan lancar dan menjadikan pelanggan gembira. Dengan Flurry Crash Analytics 2.0, pemaju kini mempunyai kuasa untuk:
  • Membandingkan kesihatan aplikasi untuk tempoh sejak tahun lepas
  • Mengkaji koleksi kesihatan aplikasi untuk tempoh 24 jam yang lalu
  • Menyiasat dan menyelinap dengan mendalam ke dalam isu-isu tertentu secara khusus, termasuk butiran peranti dan kesan stak bersimbol
 
Revenue Analytics membolehkan pemaju untuk mengesan Pendapatan Pembelian Dalam App (IAP) daripada urus niaga yang berlaku di dalam aplikasi iOS atau Android. Dengan Revenue Analytics di dalam Flurry, pemaju boleh menentukan sama ada sesuatu aplikasi itu menghasilkan pendapatan, tanpa mengira mata wang urus niaga berkenaan. Dengan menambahkan analisis pendapatan, pemaju juga boleh mendapatkan pemahaman ke dalam:
  • Purata pendapatan merentasi kesemua peranti dan bilangan peranti yang melakukan pembelian
  • Produk-produk yang memacukan pendapatan yang paling tinggi
  • Jumlah pendapatan IAP yang disahkan melalui Pengesahan Resit
 
Pemaju mudah alih boleh mengakses peranti baharu ini hari ini, dengan melayari developer.yahoo.com.
 
Maklumat mengenai Yahoo
 
Yahoo adalah satu panduan yang memberi tumpuan kepada membuatkan tabiat harian pengguna sangat mengagumkan dan menghiburkan. Dengan mewujudkan pengalaman yang sangat peribadi bagi pengguna kami, kami membolehkan orang ramai untuk sentiasa berhubung dengan apa yang sangat penting kepada mereka, merentasi ke seluruh peranti dan di seluruh dunia. Seterusnya, kami mewujudkan nilai untuk pengiklan dengan menghubungkan mereka dengan penonton yang membina perniagaan mereka. Yahoo beribu pejabat di Sunnyvale, California, dan mempunyai pejabat di seluruh Amerika, wilayah Asia Pasifik (APAC) dan Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA). Untuk maklumat lanjut, sila layari pressroom (pressroom.yahoo.net) atau blog Syarikat itu (yahoo.tumblr.com).
 
Yahoo adalah merupakan cap dagang dan/ atau cap dagang berdaftar bagi Yahoo! Inc.
 
Kesemua nama lain adalah cap dagang dan/ atau cap dagang berdaftar bagi pemilik mereka masing-masing.
 
Hubungi
Yahoo! Inc.
Kym Lino
klino@yahoo-inc.com
 
Sumber: Yahoo! Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.