ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  EKSPO ANTARABANGSA JALAN SUTERA MARITIM ABAD KE-21 GUANGDONG 2016 BERAKHIR DENGAN REKOD TINGGI KERJASAMA ANTARA GUANGDONG DAN NEGARA-NEGARA DI SEPANJANG JALURAN DAN JALAN

Monday 31/10/2016



AsiaNet 66353
 
DONGGUAN, China, 31 Okt, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 30 Okt 2016, Ekspo Antarabangsa Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 Guangdong ditutup dengan jayanya dengan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Guangdong dan negara-negara di sepanjang Jaluran dan Jalan mencapai rekod tinggi. Mengikut Jawatankuasa Penganjur, 700 projek telah dikontrak pada Ekspo dengan jumlah kira-kira 206.8 bilion yuan, peningkatan 2.5% berbanding tahun lepas.
  
Laporan menunjukkan bahawa berdasarkan kedua-dua Expo yang berjaya pada tahun-tahun yang lalu, Ekspo Antarabangsa Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 Guangdong telah meraih reputasi yang meningkat di seluruh dunia dan meningkatkan kesan jenama. Tahun ini Ekspo ini menarik 73 negara (wilayah) dalam acara itu dan 52 negara (wilayah) untuk pameran, antaranya 39 buah negara (wilayah) membina astaka bebas, bilangan yang semuanya semakin meningkat berbanding tahun lepas.
 
Guangdong adalah salah satu titik permulaan Jalan Maritim Sutera purba China dan juga merupakan pelopor dalam pembaharuan dan pembukaan luar negara tersebut. Selama ini, Guangdong memberi tumpuan kepada matlamat untuk membina wilayah itu menjadi pangsi dan pusat kerjasama ekonomi dan perdagangan di sepanjang Jaluran dan Jalan sebagaimana dikurniakan oleh kerajaan, meneroka kerjasama menyeluruh dengan negara-negara di sepanjang Jaluran dan Jalan dalam bidang termasuk kesalinghubungan, ekonomi dan pelaburan perdagangan, kerjasama kapasiti pengeluaran, inovasi teknologi dan pertukaran mesra.
 
Kerjasama kapasiti pengeluaran dan pembangunan inovatif diletakkan sebagai bidang utama dalam Inisiatif Jaluran dan Jalan. Menurut forum Ekspo, pada tahun-tahun kebelakangan ini, Guangdong telah mengukuhkan usaha dalam menggalakkan kerjasama kapasiti pengeluaran antarabangsa. Dana Jalan Sutera Guangdong telah ditubuhkan dengan skala fasa pertama sebanyak 20 bilion yuan untuk bekerja dengan negara-negara yang berkaitan dalam pembinaan Taman Industri Huajian di Kenya, Zon Bebas Qeshm Iran, Get Laluan Melaka di Malaysia, Taman Industri China-Gizan di Arab Saudi, Taman Industri China-Belarus, dan lain-lain. Perusahaan terkenal Guangdong seperti Huawei, ZTE, Midea dan TCL terus pergi ke luar negara ke negara-negara di sepanjang Jaluran dan Jalan untuk melabur dan berkembang.
 
Menurut laporan, pada tahun 2015 perusahaan-perusahaan Guangdong melabur 480 juta dolar dalam jangka sebenar untuk 14 negara utama di sepanjang Jalan Maritim Sutera abad ke-21 dengan peningkatan sebanyak 56%. Dalam tempoh 9 bulan pertama 2016, pelaburan sebenar Guangdong di 14 negara ini mencecah 490 juta dolar, meningkat 103.6% tahun-ke-tahun, yang merangkumi sepenuhnya asas yang kukuh dan potensi besar kerjasama pengeluaran kapasiti antara Guangdong dan negara-negara di sepanjang Jaluran dan Jalan itu.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur Ekspo Antarabangsa Jalan Sutera Maritim Abad ke-21  Guangdong
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.