ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  IC PEMACU MOTOR INJAK BAHARU TOSHIBA MENGURANGKAN BUNYI DAN GEGARAN

Tuesday 01/11/2016



TOKYO, 1 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TB67S209FTG", sebuah pemacu motor injak dengan satu kerangka yang mengurangkan bunyi dan gegaran semasa operasi motor. Pengeluaran besar-besaran dijadualkan untuk bermula pada akhir Disember.

Kawalan motor berkelajuan tinggi dan berprestasi tinggi adalah penting untuk mesin pencetak, peralatan automasi pejabat, terminal perbankan seperti ATM, pendispens tunai, mesin hiburan dan peralatan rumah. Permintaan pelanggan baru-baru ini untuk kawalan motor injak telah tertumpu kepada permintaan untuk mengurangkan bunyi gegaran, memandangkan peralatan yang digunakan pada masa ini mempunyai persekitaran yang semakin pelbagai.

Kunci kepada mengurangkan bunyi dan gegaran di dalam sebuah motor injak adalah operasi yang sangat efisien dengan kawalan arus yang tepat. Penggunaan Decay Campuran Yang Boleh Dipilih (SMD)[1], satu fungsi pelarasan arus, membolehkan IC baharu untuk mengurangkan bunyi bising dan gegaran dengan memilih setting SMD yang sesuai untuk motor itu.

Penggunaan proses analog bervoltan tinggi Toshiba yang terkini juga meningkatkan prestasi, kerana ia membolehkan pemacu untuk mencapai satu penarafan maksimum 50V dan mengintegrasikan rintangan[2] MOSFET yang rendah untuk output motor beroperasi pada 0.49 Ω (atas + lebih rendah: typ).

Ciri-ciri Utama

1. Bunyi dan gegaran yang rendah

Kawalan motor beresolusi tinggi 1/32 injak (maksimum.) dan kerangka kawalan motor yang baharu dengan bunyi dan gegaran SMD yang lebih rendah.

2. Penjanaan haba dikurangkan

Penjanaan haba dikurangkan dengan rintangan yang rendah (0.49 Ω (atas + lebih rendah: typ.)).

3. Pakej kecil

Pembungkusan dalam satu pakej QFN yang kecil akan membolehkan pelanggan untuk mengurangkan masalah haba dan memudahkan corak reka bentuk PCB bagi pelesapan haba. Ia juga akan mengatasi masalah yang berpatutan dari segi ruang dan kos.

4. Litar pengesanan kesilapan terbina dalam

Penutupan termal, penutupan arus berlebihan dan litar sekat masuk voltan berkurangan menyumbang kepada keselamatan dan kebolehpercayaan peralatan.

 

 

Spesifikasi Utama bagi Produk Baharu

 

Nama produk

 

 

TB67S209FTG

Kawalan I/F

 

 

CLK-IN

Penarafan maksimum mutlak

 

 

50V, 4A

Pakej

 

 

QFN48

Resolusi injak

 

 

Resolusi injak Penuh, Separuh, Suku, 1/8, 1/16, dan 1/32

Ciri-ciri lain

 

 

- SMD; satu kaedah kawalan arus bagi operasi motor yang efisien

- Fungsi pengesanan kesilapan terbina dalam (penutupan termal, penutupan arus berlebihan, dan litar sekat masuk voltan berkurangan)

- Fungsi output isyarat pengesanan kesilapan terbina dalam

- Menyokong jujukan hidup kuasa oleh pemacu kuasa tunggal

Pengeluaran besar-besaran

 

 

Akhir Disember, 2016 (dijadual)

 

[1] SMD: Decay Campuran Yang Boleh Dipilih. Satu kaedah yang membolehkan penetapan arus yang sesuai untuk ciri-ciri sesebuah motor.

[2] Pada rintangan: Rintangan dalam menggunakan arus. Apabila rintangan rendah, kehilangan kuasa daripada pemacu motor adalah kecil dan penjanaan haba dikurangkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB67S209FTG&region=apc&lang=en

Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur dan Pemasaran
Tel: +81-44-548-2821
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba

Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51449996&lang=en

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161031005493/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.