ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  BROADSOFT MENGUMUMKAN PENGAMBILALIHAN VOIP LOGIC

Tuesday 01/11/2016



GAITHERSBURG, Md, 1 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT), perisian komunikasi bersatu global sebagai peneraju perkhidmatan (UCaaS), telah mengambil alih VoIP Logic, pembekal borong bagi perkhidmatan komunikasi awan berasaskan BroadWorks ke internet dan pembekal perkhidmatan lain di Amerika Syarikat. VoIP Logic telah berjaya dalam mengembangkan bilangan pelanggannya dengan menawarkan tawaran gudang awan yang menarik kepada para pelanggannya. Model awan ini akan ditambah ke dalam portfolio BroadSoft BroadCloud dan menangani keperluan pembekal perkhidmatan yang inginkan kawalan lebih besar terhadap platform mereka.

Berbekalkan teknologi terbaik dalam kelasnya dan ketahanan geografi, keselamatan dan masa hidup yang terbukti, VoIP Logic menawarkan kawalan dan fleksibiliti kepada pembekal perkhidmatan untuk mereka bentuk, menggabungkan dan mengemas kini perkhidmatan awan mereka bagi menangani keperluan pelanggan mereka yang berubah-ubah. Sebagai pembekal aplikasi PBX awan dan BroadSoft UC-One yang terkemuka, VoIP Logic akan melengkapi penyelesaian BroadCloud UCaaS, yang membolehkan pembekal perkhidmatan memanfaatkan keupayaan kaya ciri, fleksibiliti dan kebolehpercayaan BroadWorks dan UC-One di samping berubah daripada infrastruktur intensif CAPEX kepada model perkhidmatan OPEX yang boleh skala dan fleksibel. VoIP Logic akan mewakili dan melengkapi sebahagian daripada portfoio BroadSoft SaaS yang menarik.

“Kita melihat peratus data tinggi yang digunakan oleh perniagaan hari ini adalah melalui perkhidmatan awan, itulah sebabnya BroadSoft telah menjadi rakan kongsi beralih dengan pantas bagi mengubah infrastruktur telekom legasi mereka kepada sebuah rangkaian yang mampu menyampaikan aplikasi awan perusahaan untuk komunikasi bersatu mudah alih, kerjasama berpasukan dan penglibatan pelanggan,” ujar Taher Behbehani, Ketua Pegawai Digital dan Pemasaran, BroadSoft. “VoIP Logic selanjutnya mengukuhkan portfolio penyelesaian BroadCloud UCaaS kami, serta keupayaan bagi pelanggan pembekal perkhidmatan kami untuk meraih manfaat sepenuhnya daripada penyelesaian awan.” 

Bagi tahun 2016, BroadSoft menjangkakan pengambilalihan ini menyumbang kepada pendapatan kira-kira $800,000 dan kecairan sebanyak $0.01 kepada pendapatan bukan GAAPnya.

Pernyataan yang Memandang Ke Hadapan:

Siaran akhbar ini mungkin mengandungi pernyataan yang memandang ke hadapan di dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pernyataan yang memandang ke hadapan ini mungkin dikenal pasti berdasarkan penggunaan terma dan frasa seperti “akan” dan “mendayakan” serta terma dan frasa seumpamanya dan merangkumi pernyataan berkaitan kemampuan BroadSoft menggabungkan operasi VoIP Logic ke dalam penyelesaian BroadCloud yang sedia ada, jangkaan manfaat pengambilalihan serta tawaran produk dan perkhidmatan VoIP Logic kepada BroadSoft dan pelanggan pembekal perkhidmatannya, serta jangkaan kesan pengambilalihan ke atas keputusan kewangan BroadSoft. Hasil kejadian yang diterangkan dalam pernyataan yang memandang ke hadapan ini adalah tertakluk kepada risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada keputusan yang dijangka oleh pernyataan yang memandang ke hadapan ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kemungkinan jangkaan kewangan dan manfaat lain daripada pengambilalihan tersebut tidak direalisasikan atau lebih rendah atau mengambil masa lebih lama untuk direalisasikan berbanding yang dijangkakan, BroadSoft gagal menggabungkan operasi VoIP Logic ke dalam operasinya sendiri atau BroadSoft tidak dapat mengekalkan pelanggan atau kakitangan VoIP Logic, dan juga faktor-faktor yang terkandung di dalam bahagian "Faktor Risiko" Borang 10-K BroadSoft bagi tahun berakhir 31 Disember, 2015, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, atau SEC, pada 29 Februari, 2016, serta dalam pemfailan BroadSoft yang lain dengan SEC. Semua maklumat dalam siaran ini ialah pada 31 Oktober, 2016. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang, BroadSoft tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa-apa pernyataan yang memandang ke hadapan yang didedahkan kepada umum yang dibuat di sini atas apa jua sebab bagi mengesahkan pernyataan dengan keputusan sebenar atau perubahan dalam jangkaan BroadSoft.

Mengenai BroadSoft:

BroadSoft ialah pereka baharu teknologi dalam komunikasi awan, kolaborasi dan penyelesaian pusat panggilan untuk perniagaan dan pembekal perkhidmatan merentasi 80 buah negara. Kami merupakan peneraju bahagian pasaran bagi komunikasi bersatu awan dengan platform terbuka, mudah alih dan selamat yang dipercayai oleh 25 daripada 30 pembekal perkhidmatan terbaik di dunia mengikut pendapatan. Rangkaian aplikasi BroadSoft Business kami memperkasa pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan kerja semata-mata untuk mencapai prestasi cemerlang.

Untuk maklumat tambahan, sila lawati www.BroadSoft.com.

Twitter | LinkedIn | Work It!

Mengenai VoIP Logic:

VoIP Logic ialah pembekal Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS) bagi teknologi Suara melalui Protokol Internet (VoIP) kepada syarikat telekomunikasi dan Pembekal Perkhidmatan. VoIP Logic membenarkan Pembekal Perkhidmatan mengurangkan kos secara mendadak dan kerumitan mengendalikan perkhidmatan telekomunikasi berasaskan kemudahan. Mana-mana pembekal perkhidmatan yang menggunakan infrastruktur kami yang melata merentasi 6 buah kemudahan kolokasi, boleh mereka bentuk dan menggabungkan sistem dan penyelesaian ke dalam saling sambung VoIP, Teknologi Maklumat dan perkhidmatan lain menggunakan teknologi yang terkemuka, dengan tahap kawalan yang tinggi, serta ekonomi modal dan operasi yang cukup besar di samping bekerjasama dengan pasukan kejuruteraan yang berpengalaman dan berkelayakan. Ketahui lebih lanjut di http://www.voiplogic.com/

SUMBER : Broadsoft Inc 

Perhubungan Pelabur:

Chris Martin

+1 561-404-2130

cmartin@broadsoft.com

Hubungan Media:

Amerika

Brian Lustig

Bluetext PR for BroadSoft US .

+1 301.775.6203

brian@bluetext.com

Eropah

Andy Crisp / Jon Bawden / Kate Anderson

Cohesive for BroadSoft UK

+44 (0) 1291 626200

broadsoft@wearecohesive.com

APAC

Terry Alberstein

Navigate Communication

+61 (0) 458-484-921

terry@navigatecommunication.com.au 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.