ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  TRANSWESTERN INVESTMENT GROUP DAN MIRAE, BERPANGKALAN DI SEOUL AMBIL ALIH 2.2 MSF KAMPUS STATE FARM DALAM JUALAN-PAJAKAN BALIK

Wednesday 02/11/2016



Portfolio Empat Bangunan yang Terletak di CityLine, Projek Kegunaan Bercampur seluas 186 Ekar Di luar Dallas

DALLAS, 2 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Corporate Properties Trust I LP, sebuah perkongsian antara Transwestern Investment Group dan Mirae Asset Global Investments Co, telah memuktamadkan pengambilalihan projek kegunaan bercampur berkeluasan 2.2 juta kaki persegi dalam urus niaga jualan-pajakan balik dengan State Farm Auto Insurance Co.

Perkongsian tersebut telah mengambil alih empat menara pejabat/runcit utama, dengan garaj parkir berstruktur yang bersambung, yang terletak di kawasan pembangunan CityLine, sebuah projek kegunaan bercampur di atas tanah berkeluasan 186 ekar yang dibangunkan oleh KDC. Bangunan tersebut ialah LEED® Gold yang ditentukan dan terletak betul-betul bersebelahan dengan landasan kereta api utama DART.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Mirae dalam projek penting ini,” ujar Laurie Dotter, presiden Transwestern Investment Group. “Dengan pembentukan Corporate Properties Trust I, kami akan memberikan pulangan pelaburan jangka panjang yang menarik kepada rakan kongsi pelaburan kami yang dijana terutamanya daripada sewaan pejabat dengan penyewa gred pelaburan yang hebat iaitu State Farm.”

Corporate Properties Trust I LP akan memiliki hartanah melalui REIT. Entiti ini telah diwujudkan untuk membenarkan pemilikan hartanah institusi dipajak sepenuhnya yang stabil dalam jangka panjang, struktur yang memanfaatkan penyewa dan pelabur. Pelaburan tersebut akan diuruskan oleh anak syarikat milik penuh Transwestern Investment Group, Penasihat Pelaburan Berdaftar SEC.

Mirae telah menyediakan kepada pelanggan, pelabur institusi dan runcitnya di Asia, peluang pelaburan harta tanah menarik yang lain di Amerika Syarikat. Sepanjang empat tahun yang lalu, Mirae telah memperoleh aset harta tanah kualiti institusi di Chicago, New Jersey, Washington, D.C., Seattle dan Hawaii.

“Ia merupakan peluang berharga buat Mirae untuk bekerjasama dengan Transwestern dalam usaha menguruskan pelaburan berkualiti tingggi dalam jangka panjang ini,” ujar Chang Hoon Choi, ketua Unit Perniagaan Harta Tanah Mirae. “Pelaburan ini selari dengan strategi kami untuk meningkatkan jejak kami di seluruh dunia dan kami berharap untuk bekerjasama pada inisiatif baharu yang direncanakan.”

Bangunan yang terletak di 1150, 1201 dan 1251 State St. serta 3661 N. Plano Road ini akan menempatkan kira-kira 8,000 pekerja State Farm. CityLine yang terletak di penjuru tenggara Lebuh raya 75 dan President George Bush Turnpike, juga pada asasnya merangkumi 1,700 pangsapuri mewah, hotel butik berkapasiti 150 bilik, sebuah pusat hiburan, kemudahan pejabat perubatan, hentian Alihan Laju Kawasan Dallas, rangkaian kedai runcit, restoran dan taman seluas 3.5 ekar.

MENGENAI MIRAE ASSET GLOBAL INVESTMENTS CO.

Mirae Asset Global Investments ialah kumpulan pelaburan Mirae Asset Financial Group, sebuah firma perkhidmatan kewangan bebas yang beribu pejabat di Seoul.  Kumpulan ini melaksanakan pelaburan firma merentasi sekurang-kurangnya dua belas pasaran di seluruh dunia dan merupakan pengurus aset pertama yang akan didaftarkan di Korea, dengan aset di bawah pengurusan pada 31 Oktober, 2016 berjumlah kira-kira $100 bilion. Jumlah pelaburan harta tanahnya bernilai kira-kira $6 bilion dalam bentuk ekuiti yang dilaburkan, dengan nilai jumlah aset kira-kira $11.6 bilion, yang merangkumi 49 pelaburan sejak 2004 dan 33 pelaburan yang dipegang pada masa ini. Pelaburan harta tanah Mirae yang terkini terletak di bandar raya termasuk Seoul, Shanghai, Sydney, Sao Paulo, Chicago, Washington, D.C., Seattle dan Hawaii. Pelaburan di Amerika Syarikat termasuk Fairmont San Francisco, The Fairmont Orchid di Hawaii, 225 West Wacker Drive di Chicago, 2550 M Street dan 1801 K Street di Washington, D.C., Amazon.com Fasa VIII di Seattle, CityLine State Farm di Dallas dan Hyatt Regency Waikiki di Hawaii.

MENGENAI TRANSWESTERN INVESTMENT GROUP

Transwestern Investment Group ialah penasihat pelaburan yang mengendalikan pelabur daripada pelbagai latar belakang menerusi pelbagai jenis pelaburan budi bicara dan bukan budi bicara. Pendekatan kami yang menumpukan pada pelanggan dan dipacu hubungan memastikan keutamaan kami ialah pada objektif pelaburan pelanggan. Berbekalkan aset di bawah pengurusan bernilai $3 bilion, amanah, integriti dan ketelusan adalah asas perniagaan kami. Transwestern Investment Group menyediakan pengurusan pelaburan taktikal dengan platform pengendalian bersepadu melalui kumpulan syarikat Transwestern, yang merangkumi pelbagai firma perkhidmatan harta tanah dengan 34 pejabat di Amerika Syarikat dan sebuah syarikat pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati transwesterninvest.com.

Hubungan Media:
Stefanie Lewis
713.272.1266
stefanie.lewis@transwestern.com
twmediarelations@transwestern.com

SUMBER : Transwestern Investment Group


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.