ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  PENEMUAN UTAMA - TEKNOLOGI TERPATEN BAHARU JIMAT TENAGA DAN IKLIM

Wednesday 02/11/2016



Pengguna Akhir boleh jimat tenaga elektrik sehingga 30%

EAST GREENWICH, R.I., Nov 2 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VSquare/R mengumumkan teknologi terpaten baharu yang secara khusus disesuaikan dengan pengeluar peralatan, jentera industri dan hampir setiap produk yang menggunakan motor elektrik AC. Pengeluar yang menggabungkan teknologi penjimat tenaga ini ke dalam produk mereka akan menarik lebih ramai pelanggan – yang akan meraih manfaat apabila mereka dapat menjimatkan tenaga elektrik sehingga 30%. Manakala sebagai manfaat sampingan, akan menikmati iklim yang lebih bersih disebabkan oleh pengurangan bahan api berasaskan karbon.
 
VSquare/R kini dalam proses melesenkan Pengawal Kuasa Dinamik (Dynamic Power Controller) kepada Pengeluar peralatan HVAC, Pembasuh dan Pengering Pakaian, Pembasuh Pinggan Mangkuk, Peti Sejuk, Penyejuk Beku, Pelarik, Penekan Gerudi, Mesin Pengisar, Pemampat, Mesin Penyemperitan dan hampir semua produk yang menggunakan motor aruhan AC. Kos menambah teknologi baharu ini ke dalam produk anda adalah agak kecil ($15 hingga $30) manakala manfaat meningkatkan jualan anda kepada pengguna akhir adalah sangat besar.
 
Ini merupakan situasi benar-benar menang-menang-menang! Anda menang dengan meningkatkan jualan, pelanggan anda menang dengan menikmati bil elektrik yang lebih rendah dan kita semua menang dengan iklim yang lebih bersih.
 
Sila lawati laman web kami, www.vsquare-r.com, untuk pengenalan produk dan video tunjuk cara. 
 
Maklumat Hubungan.
 
Hubungan: 
Thomas J. Valenti
+1 (401) 294-2057
Contact@VSquare-R.com
www.VSquare-R.com  
 
Sumber : VSquare/R
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.