ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  SIZMEK MENGUMUMKAN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN YAHOO! JAPAN UNTUK PASARAN JEPUN

Thursday 03/11/2016



Yahoo! JAPAN akan menjadi pengedar eksklusif dan pengendali platform Sizmek di Jepun
 
AUSTIN, Texas, 3 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sizmek iaitu platform pengurusan iklan terbuka bagi pengalaman iklan pelbagai skrin, hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Yahoo! JAPAN. Melalui kerjasama ini, Yahoo! JAPAN akan menjadi pengedar eksklusif dan pengendali platform dan produk Sizmek di Jepun. Di samping itu, platform pengurusan iklan Sizmek akan mengendalikan iklan pelanggan kepada Yahoo! Inventori digital terkemuka JAPAN bagi agensi dan pengiklan.
 
“Menyampaikan iklan yang berkesan kepada kumpulan sasaran yang tepat pada masa yang betul merentasi pelbagai peranti telah menjadi cabaran yang semakin meningkat disebabkan oleh pemecahan khalayak dalam industri kami,” ujar Gen Miyazawa, Pegawai Eksekutif Korporat, Presiden Kumpulan Penyelesaian Media & Pemasaran di Yahoo! JAPAN. “Melalui kerjasama dengan Sizmek, kami boleh menawarkan penyelesaian bersepadu dengan lebih cekap dan berkesan kepada pelanggan kami.” 
 
“Kerjasama tersebut menyediakan penyelesaian sehenti untuk pengiklan besar dan agensi bagi mendayakan penciptaan, penyediaan dan ukuran iklan merentas peranti, kesemuanya di platform tunggal,” ujar Neil Nguyen, CEO Sizmek. “Kami teruja untuk bekerjasama dengan Yahoo! JAPAN, syarikat internet terkemuka di rantau ini, memanfaatkan media perdana mereka dengan teknologi kami."
 
Sizmek akan terus menawarkan perkhidmatan Sizmek di Jepun sehingga akhir Januari 2017. Bermula Februari 2017, Yahoo! JAPAN akan membekalkan perkhidmatan untuk platform Sizmek sebagai pembekal tunggal dan eksklusif di Jepun.
 
Sizmek akan terus menyediakan pembangunan produk dan sokongan teknikal yang berterusan.
 
Mengenai Sizmek: 
Sizmek ialah syarikat Pengurusan Iklan Terbuka yang memberikan kebebasan pilihan dan kaitan mengikut konteks kepada pengiklanan digital omni-saluran. Sebagai pelayan iklan bebas yang terbesar, lebih daripada 42,000 pengiklan generasi akan datang, agensi, penerbit dan meja perdagangan bergantung kepada tawaran Sizmek dan integrasi platform pihak ketiga yang fleksibel bagi menyediakan pendekatan paling boleh disesuaikan dan terbaik dalam industri bagi mewujudkan aliran kerja yang lancar merentasi pelbagai rakan kongsi dalam ekosistem pengiklanan digital. Dengan titik akses tunggal kepada teknologi yang terbaik, data dan panduan strategik, Sizmek membangunkan penyelesaian fleksibel untuk pemasar dan penerbit yang menggabungkan kecekapan programatik dengan kreatif. Sizmek beroperasi di lebih daripada 70 buah negara, dengan pejabat tempatan menyediakan perkhidmatan terbaik di seluruh Amerika Utara, EMEA, LATAM dan APAC.
  
Mengenai Yahoo! JAPAN:
Yahoo Japan Corporation telah ditubuhkan pada 1996 dan mengendalikan Yahoo! JAPAN, jenama internet terkemuka dan salah satu destinasi internet paling sibuk di Jepun. Yahoo! JAPAN menyediakan lebih daripada 100 perkhidmatan termasuk carian, berita dan e-dagang melalui PC dan peranti pintar serta menawarkan pelbagai jenis alat dan penyelesaian pemasaran untuk perniagaan berhubung dengan pengguna internet di Jepun. 

Maklumat Hubungan:
Travis DeLingua
travis.delingua@sparkpr.com
 
Sumber : Sizmek Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.