ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA TOKYO KE-29 "ANUGERAH SEMANGAT ASIA OLEH PUSAT ASIA YAYASAN JEPUN" DIMENANGI OLEH "LIPSTICK UNDER MY BURKHA" ARAHAN ALANKRITA SHRIVASTAVA DARI INDIA

Tuesday 08/11/2016



AsiaNet 66427 

TOKYO, 7 Nov., 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Semasa satu majlis penutupan pada Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-29 (TIFF) pada 3 November, "Lipstick Under My Burkha," yang diarah oleh Alankrita Shrivastava dari India, telah memenangi "Anugerah Semangat Asia oleh Pusat Asia Yayasan Jepun." Anugerah itu diberikan kepada seseorang pengarah berbakat di dalam seksyen Masa Depan Asia TIFF, yang dipilih oleh tiga anggota juri kerana peluangnya untuk berjaya di peringkat antarabangsa yang menjangkau di luar sempadan budaya dan nasional. Ketika menerima anugerah beliau dari Hiroyasu Ando, ​​Presiden Yayasan Jepun, pengarah muda India itu melahirkan rasa terima kasih kepada kedua-dua TIFF dan pengeluar filem beliau, dan berkata, "Saya benar-benar percaya bahawa semangat Asia itu adalah semangat keamanan dunia merentasi kesemua negara. Dan saya benar-benar merasakan bahawa kaum wanita di Asia, khususnya, perlu berganding bersama-sama untuk membina sebuah Asia yang lebih aman dan dunia yang aman."

(Foto 1: Pengarah Alankrita Shrivastava, pemenang bagi "Anugerah Semangat Asia oleh Pusat Asia Yayasan Jepun" (C) 2016 TIFF

http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102849/201611076008/_prw_OI1fl_728RF2O9.JPG)

(Foto 2: Dari kiri: Hiroyasu Ando, Presiden Yayasan Jepun, Pengarah Alankrita Shrivastava dan Penerbit Plabita Borthakur (C) 2016 TIFF

http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102849/201611076008/_prw_OI2fl_wVz037VO.JPG)

(Foto 3: Kesemua pemenang pada TIFF ke-29 (C) 2016 TIFF

http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102849/201611076008/_prw_OI3fl_GF8xwK8v.JPG)

(Foto 4: Sidang Akhbar "Asian Three-Fold Mirror 2016: Reflections" (pengarah dan pelakon) (C) 2016 TIFF

http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102849/201611076008/_prw_OI4fl_0a4E77up.jpg)

(Foto 5: CROSSCUT ASIA #03: Simposium Indonesia Berwarna-warni (C) 2016 TIFF http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102849/201611076008/_prw_OI5fl_VG9O8gHZ.JPG)

"Anugerah Filem Masa Depan Asia Terbaik" dimenangi oleh "Birdshot," yang diarah oleh Mikhail Red dari Filipina, yang berkata: "Saya berkongsi anugerah ini dengan kesemua pembuat filem muda yang sedang bergelut di luar sana yang ingin terbang tetapi telah disekat, yang mahu bersuara lantang tetapi telah dikunci mulutnya." Anugerah paling berprestij pada festival itu, "Tokyo Grand Prix," telah diberikan kepada Chris Kraus dari Jerman untuk filem beliau "The Bloom of Yesterday."

Pusat Asia Yayasan Jepun dan TIFF kini berada pada tahun ketiga di dalam kerjasama mereka. Pada tahun 2014, mereka telah bersama-sama melancarkan satu inisiatif pertukaran budaya filem yang berfokuskan Asia, yang akan berlangsung sehingga tahun 2020, apabila Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo akan diadakan. Usaha ini bertujuan untuk mengukuhkan persefahaman bersama di Asia dengan mempamerkan filem-filem Asia di Jepun dan filem-filem Jepun di benua Asia, dan dengan membawa bakat-bakat Asia kepada peringkat dunia melalui TIFF. Dengan festival itu sebagai satu hab komunikasi untuk industri filem Asia, rakan-rakan mereka sedang membina satu rangkaian yang berorientasikan masa depan di rantau itu dan memperluaskan pertukaran kebudayaan.

Tayangan Perdana bagi Siri Filem Omnibus Asia: "Asian Three-Fold Mirror"

Tayangan perdana "Asian Three-Fold Mirror 2016: Reflections," yang pertama daripada satu siri filem omnibus Asia, telah diadakan pada 26 Oktober semasa festival itu. Projek penerbitan bersama yang berterusan itu bertujuan untuk mengukuhkan interaksi di antara negara-negara berjiran di Asia, dan juga memperkayakan persefahaman budaya dan meneroka identiti dan cara hidup Asia. Protagonis bagi setiap bab adalah seorang warga Asia yang tinggal di sebuah negara Asia yang berlainan, yang membolehkan pengarah-pengarah untuk menyatakan visi mereka sendiri yang unik, dan untuk merakamkan filem di lokasi di negara mereka sendiri atau di negara Asia yang lain, termasuk Jepun, Filipina, Kemboja dan Malaysia.

Pada penayangan tayangan perdana itu, tiga pengarah yang berjaya, Brillante Ma Mendoza (Filipina), Isao Yukisada (Jepun) dan Sotho Kulikar (Kemboja), muncul untuk membentangkan filem mereka bersama-sama dengan barisan pelakon mereka: pelakon Filipina yang terkenal Lou Veloso, seorang daripada pelakon Jepun yang paling dihormati Masahiko Tsugawa, pelakon Malaysia Sharifah Amani, pelakon popular Jepun Masaya Kato dan pelakon Kemboja Chumvan Sodhachivy.

Pusat Asia Yayasan Jepun mempersembahkan CROSSCUT ASIA #03: “Warna-warni Indonesia”

Siri CROSSCUT ASIA bagi Pusat Asia Yayasan Jepun mempamerkan filem-filem Asia dengan tumpuan kepada negara, pengarah, pelakon atau tema tertentu. Berikutan edisi pertama dan kedua, yang masing-masing memaparkan Thailand dan Filipina, edisi ketiga pada tahun ini memberi tumpuan kepada Indonesia, sebuah negara di mana kepelbagaian budaya amat sukar ditandingi. Seksyen itu memaparkan hasil kerja daripada pembikin filem muda yang menggambarkan tema relevan yang serba indah dengan masyarakat moden, seperti agama, etnik, jantina dan pelbagai bentuk cinta. Di antara pengarah generasi baharu yang berbakat, tetamu TIFF termasuk Teddy Soeriaatmadja, yang membentangkan "Trilogi mengenai Keintiman," Riri Riza, Nia Dinata, Mouly Surya, Ifa Isfansyah, Edwin, Kamila Andini dan Angga Dwimas Sasongko.

Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-29 terungkai dari 25 Oktober hingga 3 November, 2016

Laman web rasmi:

Pusat Asia Yayasan Jepun  http://jfac.jp/en/

Festival Filem Antarabangsa Tokyo    http://2016.tiff-jp.net/en/

"Asian Three-Fold Mirror 2016: Reflections" http://asian3mirror.jfac.jp

Sumber: Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF) 

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.