ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  "THE BLOOM OF YESTERDAY" MEMENANGI TOKYO GRAND PRIX FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA TOKYO KE-29

Wednesday 09/11/2016



AsiaNet 66426

TOKYO, 7 Nov., 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-29 (TIFF), yang diadakan dari 25 Oktober hingga 3 November, diakhiri dengan pengumuman bagi pemenang-pemenang anugerah pada satu majlis penutupan. Tahun ini, TIFF menayangkan 206 filem dan 60,589 peminat filem menghadiri penayangan itu. Tokyo Grand Prix telah dianugerahkan kepada "The Bloom of Yesterday," yang diarah oleh Chris Kraus dari Jerman. Bagi pemenang anugerah untuk kesemua bahagian, sila lihat di bawah.

(Foto 1: Dari kiri: Pemenang Tokyo Grand Prix Pengarah Chris Kraus dan Penerbit Kathrin Lemme, dan Presiden Juri Jean-Jacques Beineix (C) 2016 TIFF

http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102849/201611076010/_prw_OI1fl_87T5wp3i.JPG)

(Foto 2: Kesemua pemenang bagi TIFF ke-29 (C) 2016 TIFF

http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102849/201611076010/_prw_OI2fl_5D7843nS.JPG

 

- Seksyen pertandingan

Tokyo Grand Prix: "The Bloom of Yesteday" (diarah oleh Chris Kraus)

Hadiah Khas Juri: "Sami Blood" (diarah oleh Amanda Kernell)

Anugerah bagi Pengarah Terbaik: Hana Jusic ("Quit Staring at My Plate")

Anugerah bagi Pelakon Wanita Terbaik: Lene Cecilia Sparrok ("Sami Blood")

Anugerah bagi Pelakon Lelaki Terbaik: Paolo Ballesteros ("Die Beautiful")

Anugerah bagi Sumbangan Artisitik Terbaik: "Mr. No Problem" (diarah oleh Mei Feng)

Anugerah Penonton: "Die Beautiful" (diarah oleh Jun Robles Lana)

Anugerah Pilihan Penonton WOWOW: "The Bloom of Yesterday" (diarahkan oleh Chris Kraus)

 

- Seksyen Masa Depan Asia

Anugerah Filem Masa Depan Terbaik Asia: "Birdshot" (diarah oleh Mikhail Red)

Anugerah Semangat Asia oleh Pusat Asia Yayasan Jepun: Pengarah Alankrita Shrivastava ("Lipstick Under My Burkha") 

 

- Seksyen Splash Sinema Jepun

Anugerah Gambar Terbaik: "POOLSIDEMAN" (diarah oleh Hirobumi Watanabe)

- Anugerah SAMURAI: Pengarah Martin Scorsese, Pengarah Kiyoshi Kurosawa

- Anugerah ARIGATO: Makoto Shinkai (Pengarah), Mitsuki Takahata (Pelakon), Satoshi 

 

Tsumabuki (Pelakon), Godzilla (Raja Segala Raksasa)

Juri Presiden Jean-Jacques Beineix mengakhiri majlis itu seperti berikut. "16 filem yang telah dihantar tidak boleh berpura-pura mewakili pawagam itu secara keseluruhannya. Namun mereka memberikan satu pandangan yang menarik. Filem-filem itu memberikan satu skop yang berdesir mengenai visi pembuat filem. Pembuat filem menjadi saksi bagi zaman mereka -- kita memerlukan mereka untuk memperluaskan kefahaman kita mengenai dunia ini. Melalui 16 filem itu kita dapat merasakan kebimbangan, takut kerana diketepikan, perkauman, pesimisme, kesepian, keperluan kepada keadilan, dan penerimaan mengenai perbezaan kita. Perbezaan hebat di antara kita adalah kekayaan kita bersama. Melalui kesemua titik pandangan itu, pawagam mengajar kita bagaimana untuk menghormati di antara satu sama lain dan bagi mereka bentuk keperluan untuk sebuah dunia yang lebih bertolak ansur, lebih menghormati adat resam kita, keunikan kita. Sebuah filem universal tidak wujud tetapi melalui kepelbagaiannya, pawagam banyak menyumbang untuk membuka minda kita dan untuk menyatakan keindahan manusia sejagat. Ia memberi kita satu gambaran tentang dunia yang lebih baik. Terima kasih."

Laman web rasmi:

Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-29: http://2016.tiff-jp.net/en/

Sumber: Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF)

--BERNAMA 

 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.