ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  BROADSOFT MENGATASI 15 JUTA TALIAN KOMUNIKASI PBX/DISATUKAN AWAN YANG DIGUNAKAN DAN MENGEKALKAN BAHAGIAN PASARAN GLOBAL UTAMA

Thursday 10/11/2016



Tapak dipasang PBX/UCaaS awan BroadSoft 3x lebih hebat daripada pesaing terdekat Cisco dan 10x lebih hebat daripada RingCentral

GAITHERSBURG, Md, 10 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT), peneraju perisian komunikasi disatukan global sebagai perkhidmatan (UCaaS), hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mengatasi 15 juta talian komunikasi disatukan (UC) awam yang digunakan di seluruh dunia – pencapaian utama industri yang merupakan tiga kali lebih besar daripada pesaing terdekat yang seterusnya. BroadSoft juga telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju global bagi tapak yang dipasang PBX/UCaaS awan dengan pasaran saham global sebanyak 41%, menurut penganalisis industri Frost & Sullivan.

BroadSoft menerajui pasaran PBX/UCaaS awan di seluruh dunia dengan 15 juta tapak talian yang dipasang awan dan juga bersedia untuk pertumbuhan masa depan apabila pasaran bertukar kepada penyelesaian UCaaS.

Foto dilampirkan bersama pengumuman ini terdapat di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/74901fe6-cf66-44be-bf9f-fde2db35b8e8

Bagi memantapkan kedudukan peneraju pasarannya, BroadSoft akan melancarkan rangkaian aplikasi BroadSoft Business pada 14 November bersempena persidangan pengguna mereka iaitu Connections 2016. BroadSoft Business ialah salah satu portfolio bersepadu lengkap dan komprehensif pertama bagi PBX awan, komunikasi disatukan, kolaborasi pasukan dan aplikasi pusat panggilan. BroadSoft Business menawarkan portfolio yang sangat kompetitif dan berbeza kepada pembekal perkhidmatan bagi meraih bahagian pasaran dan membolehkan pembekal perkhidmatan meluaskan sayap ke dalam segmen pasaran yang berkembang dengan pantas dan menguntungkan.

Foto dilampirkan bersama pengumuman ini terdapat di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0d7633e6-5b61-4416-a9fd-5804d0e61ca7

“BroadSoft percaya bahawa pasaran awan untuk komunikasi PBX/disatukan awan akan mengatasi penghantaran peralatan komunikasi PBX/disatukan di premis menjelang tahun 2020. BroadSoft Business mendorong kami mengekalkan kedudukan kami sebagai peneraju komunikasi disatukan awan global,” ujar Taher Behbehani, ketua pegawai digital dan pemasaran, BroadSoft. “Sebagai penyelesaian UCaaS pelbagai penyewa, BroadSoft Business boleh menyampaikan manfaat kos dan kebolehskalaan kepada pembekal perkhidmatan dan perniagaan seumpamanya.”

Perspektif Penganalisis

Elka Popova, Pengarah Program Amerika Utara, UC&C dan ICT, Frost & Sullivan - 2015
Bahagian pasaran telefoni IP yang dihoskan di seluruh dunia dan perkhidmatan UCC BroadSoft ialah sebanyak 41 peratus, yang mengesahkan kedudukan BroadSoft sebagai peneraju pasaran.”

Brent Kelly, Presiden dan Ketua Penganalisis, KelCor, Inc. - 2016
“Apabila komunikasi dan kolaborasi bertukar kepada awan, kuasa pasaran dan momentum memihak kepada tiga pembekal sebagai peneraju utama: BroadSoft, Microsoft dan Cisco.”

Stephanie Watson, Pengurus Besar, MZA - 2016
“Penyelesaian awan pelbagai penyewa telah menguasai pelaksanaan telefoni/UC awan pada hari ini dan sepanjang tempoh ramalan, keadaan ini dijangka berterusan, mewakili lebih daripada 55% dari semua pelaksanaan awan pada tahun 2021. MZA menganggarkan teknologi berasaskan BroadSoft memiliki bahagian lebih daripada 50% jumlah pengguna Pelbagai Penyewa Seluruh Dunia, serta melebihi 45% daripada jumlah pengguna EMEA.”

Jeremy Duke, Presiden, Synergy Research Group - 2016
“BroadSoft ialah peneraju yang membekalkan kawalan panggilan awan awam dan dihoskan kepada pembekal utama CSPs dan UCaaS di seluruh dunia. Dalam laporan terkini Synergy IP PBX – Kawalan Panggilan Premis & Dihoskan/Awan, tapak yang dipasang kawalan panggilan awam dan dihoskan telah diukur pada 29.9 juta pelanggan dan lesen – di mana BroadSoft menerajui kedudukan dengan pasaran saham sebanyak 45.5%.”

Pernyataan yang Memandang Ke Hadapan:

Siaran akhbar ini mungkin mengandungi pernyataan yang memandang ke hadapan di dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pernyataan yang memandang ke hadapan ini mungkin dikenal pasti berdasarkan penggunaan terma dan frasa seperti “mendayakan” dan “akan”, serta terma dan frasa seumpamanya dan merangkumi, antara lain, pernyataan berkaitan manfaat kepada pelanggan BroadSoft terhasil daripada penggunaan rangkaian aplikasi BroadSoft Business. Hasil kejadian yang diterangkan dalam pernyataan yang memandang ke hadapan ini adalah tertakluk kepada risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada keputusan yang dijangka oleh pernyataan yang memandang ke hadapan ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor kewangan dan manfaat lain kepada BroadSoft terhasil daripada penggunaan BroadSoft Businesss oleh pelanggan pembekal perkhidmatannya kerana faktor tersebut terkandung di dalam bahagian "Faktor Risiko" Borang 10-K BroadSoft bagi tahun berakhir 31 Disember, 2015, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, atau SEC, pada 29 Februari, 2016, serta dalam pemfailan BroadSoft yang lain dengan SEC. Semua maklumat dalam siaran ini ialah pada 9 November, 2016. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang, BroadSoft tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa-apa pernyataan yang memandang ke hadapan yang didedahkan kepada umum yang dibuat di sini atas apa jua sebab bagi mengesahkan pernyataan dengan keputusan sebenar atau perubahan dalam jangkaannya.

Mengenai BroadSoft:

BroadSoft ialah pereka baharu teknologi di dalam komunikasi awan, kolaborasi dan penyelesaian pusat panggilan untuk perniagaan dan pembekal perkhidmatan merentasi 80 buah negara. Kami merupakan peneraju bahagian pasaran bagi komunikasi bersatu awan dengan platform terbuka, mudah alih dan selamat yang dipercayai oleh 25 daripada 30 pembekal perkhidmatan terbaik di dunia mengikut pendapatan. Rangkaian aplikasi BroadSoft Business kami memperkasa pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan kerja semata-mata untuk mencapai prestasi cemerlang.

Untuk maklumat tambahan, sila lawati www.BroadSoft.com.

Twitter | LinkedIn | Work It!

Gambar juga boleh didapati melalui AP PhotoExpress.

SUMBER : Broadsoft Inc

Perhubungan Pelabur:

Chris Martin

+1 561-404-2130

cmartin@broadsoft.com

Hubungan Media:

Amerika Brian Lustig

Bluetext PR bagi BroadSoft US

+1 301.775.6203

brian@bluetext.com

Eropah

Andy Crisp / Jon Bawden / Kate Anderson

Cohesive bagi BroadSoft UK

+44 (0) 1291 626200

broadsoft@wearecohesive.com

APAC

Terry Alberstein

Navigate Communication

+61 (0) 458-484-921

terry@navigatecommunication.com.au

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.