ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  NIPPON EXPRESS AKAN MENGGALAKKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN LAUT DAN REL DARI ASIA KE EROPAH TENGAH & EROPAH TIMUR SEBAGAI "ADRIA DIRECT"

Thursday 10/11/2016

AsiaNet 66455

TOKYO, 10 Nov., 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- Mengurangkan Jumlah Hari Transit, Kos melalui Laluan menerusi Pelabuhan Koper, Slovenia -
 
NIPPON EXPRESS CO., LTD. akan meningkatkan jualan mereka melalui perkhidmatan penghantaran kontena dari Asia, termasuk India, ke Eropah Tengah dan Eropah Timur melalui Koper, Slovenia, dari 1 November, sebagai "ADRIA DIRECT."
 
Laluan itu dari Asia ke Budapest, Hungary, melalui Koper mempunyai jarak pengangkutan laut dan darat yang lebih singkat, masing-masing kira-kira 3,700 kilometer dan 550 kilometer, dari laluan itu menerusi Hamburg, Jerman.

(Imej:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103866/201611096103/_prw_OI1fl_5nT33lzT.jpg)
 
Kelebihan perkhidmatan itu:
- Laluan itu dari Singapura ke Eropah Tengah dan Eropah Timur mempunyai jumlah hari transit yang lebih singkat daripada yang diperlukan untuk pengangkutan muatan -- sehingga kira-kira empat hari – dan caj bagi sebuah kontena 40F sehingga kira-kira 10% dari laluan Hamburg, dalam perbandingan syarikat.
- NIPPON EXPRESS telah menjalin kerjasama dengan Pelabuhan Koper sejak tahun 2014. NIPPON EXPRESS melancarkan "Danube Express," perkhidmatan penyatuan dari Jepun ke Budapest, Hungary, melalui Koper, pada tahun 2015. Dengan demikian NIPPON EXPRESS menjadi syarikat Jepun yang pertama  untuk melancarkan perkhidmatan penghantaran seumpama itu, dan sejak itu semakin memperolehi pengalaman di dalam bidang ini.
- Berdasarkan pengalamannya itu dalam bidang ini, NIPPON EXPRESS berazam untuk mengembangkan perkhidmatan penghantaran mereka dari Asia, termasuk India, melalui Pelabuhan Koper.
- NIPPON EXPRESS akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan digabungkan yang berkualiti tinggi dengan mempunyai syarikat-syarikat kumpulannya mengendalikan kargo dari destinasi asal sehingga ke destinasi akhir.
 
Latar belakang perkhidmatan itu:
- Laluan dari Pelabuhan Koper ke negara-negara Eropah Tengah dan Eropah Timur sememangnya dikenali oleh anak-anak syarikat Jepun yang beroperasi di Hungary sejak beberapa tahun kebelakangan ini oleh kerana laluan itu telah mengurangkan jarak bagi pengangkutan darat.
- Berdasarkan kepada pengalaman yang diperoleh setakat ini, NIPPON EXPRESS akan meningkatkan promosi jualan mereka bagi perkhidmatan pengangkutan dari Asia ke Eropah Tengah dan Eropah Timur melalui Koper sebagai "ADRIA DIRECT." Perkhidmatan ini mungkin yang pertama di kalangan syarikat pengangkutan Jepun, menurut NIPPON EXPRESS.
 

Untuk sebarang pertanyaan:
Yasuo EDO, Hitoshi ISHIBASHI
Bahagian Perancangan Penghantaran Global & Pembangunan
NIPPON EXPRESS CO., LTD.
E-mel: gfp_service_planning@nittsu.co.jp
 

Sumber: NIPPON EXPRESS CO., LTD.  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.