ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  BROADSOFT MEMPERKENALKAN BROADSOFT BUSINESS DENGAN KEBIJAKSANAAN MENGIKUT KONTEKS, RUANG KERJA BERTERUSAN DAN MOBILITI CANGGIH

Thursday 10/11/2016



Peneraju UCaaS menawarkan portfolio bersepadu lengkap bagi PBX awan, komunikasi disatukan, kolaborasi pasukan dan aplikasi pusat panggilan kepada perniagaan
 
GAITHERSBURG, Md., 10 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT), peneraju perisian komunikasi disatukan global sebagai perkhidmatan (UCaaS), hari ini memperkenalkan BroadSoft Business – portfolio bersepadu lengkap dan komprehensif bagi PBX awan, komunikasi disatukan, kolaborasi pasukan dan aplikasi pusat panggilan.
 
“Tenaga kerja hari ini dilimpahi maklumat, mesej dan pemberitahuan daripada puluhan aplikasi perniagaan yang tidak berhubung antara satu sama lain,” ujar Taher Behbehani, ketua pegawai digital dan pemasaran, BroadSoft. “BroadSoft Business menangani cabaran ini dengan menyepadukan pelbagai aplikasi dan komunikasi perniagaan teras di dalam platform awan tunggal supaya individu, pasukan dan organisasi boleh berfungsi dengan lebih bijak.”
 
BroadSoft Business boleh disesuaikan ke dalam semua segmen pasaran, dari perusahaan besar yang memerlukan penyelesaian awan lengkap bagi tenaga kerja bergerak dan pelbagai tapak mereka hingga SMB yang berusaha mendapatkan keupayaan awan gred perusahaan tanpa kos dan kerumitan sistem premis. BroadSoft Business merangkumi tiga aplikasi teras: UC-One, Team-One, CC-One, dengan BroadSoft Hub membekalkan kebijaksanaan mengikut konteks di seluruh platform, jadi pengguna boleh mengakses maklumat dan aplikasi yang mereka perlukan dalam satu tempat.
  • BroadSoft UC-One – Aplikasi komunikasi disatukan yang pertama bagi mudah alih yang merentasi semua peranti pilihan pengguna perniagaan dan menyampaikan audio dan video HD bersepadu, satu nombor, pemesejan, perkongsian skrin, perkongsian fail dan persidangan, bersama-sama dengan kebijaksanaan mengikut konteks.
  • BroadSoft Team-One – Aplikasi kolaborasi pasukan berkuasa yang mengatasi aplikasi pemesejan perusahaan hari ini dengan memanfaatkan ruang kerja pasukan yang berterusan dan kebijaksanaan mengikut konteks. Team-One menempatkan tugas, fail, mesej dan nota yang diperlukan oleh pengguna perniagaan dalam satu tempat, bersama dengan persidangan video, klik untuk memanggil, perkongsian dan penyepaduan skrin dengan lebih 50 aplikasi perniagaan yang popular.
  • BroadSoft CC-One – Penyelesaian pusat panggilan awan yang menggunakan analisis ramalan bagi mengurangkan kos operasi dan meningkatkan hasil perniagaan, di samping mendayakan perniagaan untuk bergabung dengan pelanggan dari mana-mana saluran yang mereka pilih - suara, e-mel, teks, mudah alih, web, atau media sosial - bagi pengalaman omni-saluran sebenar.
  • BroadSoft Hub – Perkhidmatan awan gred perusahaan yang bergabung dengan aplikasi BroadSoft Business bagi membekalkan kebijaksanaan mengikut konteks untuk akses masa nyata terhadap maklumat yang relevan dengan setiap interaksi – menjadikan mesyuarat dan perbualan lebih produktif. Pada masa yang sama, penyepaduan pra-bina membekalkan akses pantas kepada aplikasi kegemaran pengguna bagi mempercepatkan aliran kerja.
 
Dibina ke dalam BroadSoft Business adalah keupayaan bOpen, bMobile dan bSecure yang boleh membenarkan pembekal perkhidmatan menyampaikan keselamatan dan kebolehpercayaan kelas pembekal perkhidmatan; keterbukaan untuk perniagaan mampu menyepadukan aplikasi kegemaran mereka (CRM, e-mel, kalendar, Twitter, dsb.); dan mobiliti lengkap untuk menghubungkan keupayaan komunikasi dan kolaborasi disatukan (UCC) yang canggih kepada peranti mudah alih pengguna. Sebagai penyelesaian UCaaS pelbagai penyewa, BroadSoft Business boleh menyampaikan manfaat kos dan kebolehskalaan yang ketara kepada pembekal perkhidmatan dan juga pengguna akhir.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai BroadSoft Business, sila lawati di sini.
 
Pernyataan yang Memandang Ke Hadapan:
Siaran akhbar ini mungkin mengandungi pernyataan yang memandang ke hadapan di dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pernyataan yang memandang ke hadapan ini mungkin dikenal pasti berdasarkan penggunaan terma dan frasa seperti “mendayakan” dan “boleh” serta terma dan frasa seumpamanya dan merangkumi, antara lain, pernyataan berkaitan manfaat kepada pelanggan BroadSoft terhasil daripada penggunaan BroadSoft Business. Hasil kejadian yang diterangkan dalam pernyataan yang memandang ke hadapan ini adalah tertakluk kepada risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada keputusan yang dijangka oleh pernyataan yang memandang ke hadapan ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor kewangan dan manfaat lain kepada BroadSoft terhasil daripada penggunaan BroadSoft Businesss oleh pelanggan pembekal perkhidmatannya kerana faktor tersebut terkandung di dalam bahagian "Faktor Risiko" Borang 10-K BroadSoft bagi tahun berakhir 31 Disember, 2015, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, atau SEC, pada 29 Februari, 2016, serta dalam pemfailan BroadSoft yang lain dengan SEC. Semua maklumat dalam siaran ini ialah pada 9 November, 2016. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang, BroadSoft tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa-apa pernyataan yang memandang ke hadapan yang didedahkan kepada umum yang dibuat di sini atas apa jua sebab bagi mengesahkan pernyataan dengan keputusan sebenar atau perubahan dalam jangkaannya.
 
Mengenai BroadSoft:
BroadSoft ialah pereka baharu teknologi di dalam komunikasi awan, kolaborasi dan penyelesaian pusat panggilan untuk perniagaan dan pembekal perkhidmatan merentasi 80 buah negara. Kami merupakan peneraju bahagian pasaran bagi komunikasi bersatu awan dengan platform terbuka, mudah alih dan selamat yang dipercayai oleh 25 daripada 30 pembekal perkhidmatan terbaik di dunia mengikut pendapatan. Rangkaian aplikasi BroadSoft Business kami memperkasa pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan kerja semata-mata untuk mencapai prestasi cemerlang.
 
Untuk maklumat tambahan, sila lawati www.BroadSoft.com.
 
Twitter | LinkedIn | Work It!
 
Perhubungan Pelabur:
Chris Martin
+1 561-404-2130
cmartin@broadsoft.com
 
Hubungan Media:
Amerika
Brian Lustig, Bluetext PR bagi BroadSoft US
+1 301.775.6203
brian@bluetext.com

Eropah
Andy Crisp / Jon Bawden / Kate Anderson, Cohesive bagi BroadSoft UK
+44 (0) 1291 626200
broadsoft@wearecohesive.com

APAC
Terry Alberstein, Navigate Communication
+61 (0) 458-484-921
terry@navigatecommunication.com.au
 
SUMBER : BroadSoft, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.