ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  CDC HULURKAN BANTUAN KEPADA HOSPITAL SULTANAH AMINAH

Friday 11/11/2016



PETALING JAYA, 11 Nov (Bernama) -- Johor Bahru telah digemparkan dengan berita kebakaran yang berlaku pada 25 Oktober 2016 di Hospital Sultanah Aminah (HAS). Tragedi tersebut telah mengakibatkan 80 peratus ruang di Unit Rawatan Rapi (ICU) musnah, enam pesakit dilaporkan maut dan lebih 20 kakitangan hospital cedera.

Keperihatinan orang awam dan syarikat korporat jelas terpancar apabila ramai pihak yang tampil menghulurkan bantuan susulan tragedi kebakaran tersebut. Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC), pembangun sistem perolehan elektronik untuk Kerajaan Malaysia (ePerolehan) antara syarikat korporat yang bertindak segera dengan mengambil inisiatif tanggungjawab sosial (CSR) terhadap HSA yang merupakan pengguna sistem ePerolehan yang aktif untuk pembelian bekalan dan perkhidmatan perubatan.

Pada 2 November, pihak CDC cawangan negeri Johor diketuai oleh Pn. Nurul Aieen Mohd Bahter telah menyampaikan sumbangan kepada  pihak HSA yang diwakili oleh Pn. Sarinah Apisah, Timbalan Pengarah (Pengurusan).

CDC telah menyumbangkan keperluan harian kepada pihak hospital seperti kain sarung, kain batik, air mineral, selimut dan tisu basah untuk dimanfaatkan oleh para pekerja, pesakit dan sukarelawan. Dengan sumbangan yang dihulurkan itu diharapkan akan membantu pengoperasian pihak hospital dan para pesakit di HSA.

Dimaklumkan ruang yang musnah di HSA adalah melibatkan Blok Barat yang sekaligus telah menjejaskan perkhidmatan dewan bedah, Unit Tabung Darah serta Unit Kecemasan Dan Trauma.

Oleh yang demikian, ia menyebabkan pesakit serta kakitangan di unit-unit berkenaan dipindahkan sepenuhnya ke hospital lain bagi tempoh sementara.

About Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC)

Established in June 1999 with a paid-up capital of RM40 million, CDC was incorporated for the fundamental purpose to develop and operate an electronic procurement system for the Government of Malaysia.

This initiative was undertaken with the intention to steer the nation’s commerce into the forefront of the digital economy. CDC operates 16 ePerolehan Centres at all major cities in the country.

For more information, please visit www.commercedc.com.my

SUMBER : Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC)

FOR MORE INFORMATION,PLEASE CONTACT : 
Name : Noor Baizura Saliza Dolah Moksim 

Tel : 03-7985 5365
Emel : noorbaizura@commercedc.com.my. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.