ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  GREENE, TWEED TAWARKAN PESANAN YANG PANTAS, CEKAP BAGI PRODUK-PRODUK STANDARD

Friday 11/11/2016



KULPSVILLE, Pa., 11 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Untuk sekian lamanya, Greene, Tweed telah menawarkan penyelesaian bahan tampal yang paling maju di dalam pasaran tenaga huluan dan hiliran. Bahan tampal kami yang berinovatif -- menggunakan bahan proprietari kami seperti Arlon® and Chemraz® -- boleh digunakan walaupun dalam aplikasi yang paling kasar, dan dapat menahan tekanan sehingga 30,000 psi dan suhu di antara di bawah sifar sehingga 500°F (260°C).

Pelanggan Greene, Tweed bergantung kepada kepakaran kejuruteraan kami yang tidak dapat ditandingi untuk membangunkan penyelesaian yang disesuaikan dengan keperluan mereka yang unik. Walau bagaimanapun, kami menyedari bahawa pelanggan kami juga memerlukan akses yang pantas dan boleh dipercayai untuk bahan tampal tertentu mereka yang paling kerap digunakan. Itulah sebabnya kenapa Greene, Tweed bakal memperkenalkan tiga katalog baharu bagi penyelesaian bahan tampal standard:

-Katalog O-ring dan Gegelang Sokongan (BUR)
 
-Katalog MSE®  
 
-Katalog Gegelang G-T®
 
Katalog ini memberikan pelanggan kami akses kepada berdekad lamanya kepakaran bahan dan pengetahuan penggunaan produk yang amat ternilai, dan keupayaan untuk memesan produk standard industri, prakejuruteraan dengan mudah. Dan dengan menghapuskan keperluan untuk kejuruteraan produk dengan setiap pesanan, pelanggan boleh mengharapkan untuk melihat masa pusing balik yang lebih cepat dan meningkatkan kecekapan.
 
Katalog itu membolehkan jurutera dan pereka untuk membina nombor bahagian mereka sendiri, dengan pantas mencari  bahan yang diperlukan berdasarkan kepada bahan kimia, tekanan dan suhu yang hadir di dalam persekitaran operasi tertentu dan mendapatkan arahan dan bimbingan pemasangan yang mudah bagi diikuti tentang bagaimana untuk menggunakan setiap jenis bahan tampal. Ia juga termasuk reka bentuk standard Greene, Tweed, yang telah digunakan dalam beribu-ribu aplikasi sejak selama ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai katalog produk baharu Greene, Tweed, sila layari  halaman Penyelesaian Bahan Tampal Prakejuruteraan untuk maklumat lanjut.

Maklumat mengenai Greene, Tweed

Greene, Tweed adalah sebuah syarikat milik persendirian, dengan dipelbagaikan merentasi pelbagai industri, dan berada pada kedudukan yang unik untuk melabur di dalam dan bertindak balas terhadap perubahan pasaran yang dinamik. Kekuatan kami dalam bidang kejuruteraan dan teknikal membolehkan Greene, Tweed untuk menyelesaikan cabaran terbesar bagi pelanggan kami, membantu meningkatkan produktiviti dan keuntungan mereka melalui perkongsian dan kerjasama rapat. Perniagaan Tenaga Greene, Tweed diketuai oleh Ron Callaway, seorang veteran industri yang mempunyai lebih 26 tahun pengalaman dalam menyediakan penyelesaian bagi aplikasi kritikal.

Produk Greene, Tweed dijual dan diedarkan ke seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat tambahan, sila hubungi +1.215.256.9521, atau layari laman web kami di www.gtweed.com.
 
Hubungi

Greene, Tweed
Chris Aldred
Pemasaran Korporat
+1-267-932-5389
caldred@gtweed.com

Sumber: Greene, Tweed

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161110005387/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.