ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  CITI LANCAR HAB PEMAJU API GLOBAL UNTUK MEMBOLEHKAN PERBANKAN TERBUKA

Friday 11/11/2016



Citi Sertai dengan Pemaju dan Jenama Pengguna Terkemuka untuk Memacukan Inovasi  

NEW YORK, 11 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Citi mengumumkan pelancaran sebuah Hab Pemaju API (developer.citi.com) yang baharu bagi menyambung dengan pantas dengan pemaju dan membolehkan mereka untuk membina penyelesaian pelanggan yang berinovatif dengan lebih pantas berbanding sebelum ini. Platform pemaju global itu adalah satu daripada yang paling komprehensif sehingga kini di dalam industri perkhidmatan kewangan.

Pengeluaran API Citi menandakan evolusi teknologi Citi kepada seni bina terbuka, yang akan memudahkan kerjasama dan perkongsian dengan syarikat-syarikat teknologi kewangan atau FinTech dan jenama pengguna di seluruh dunia untuk memberi manfaat kepada pelanggan. Melalui Hab Pemaju API global, Citi akan memberikan pemaju akses kepada API merentasi lapan kategori penggunaan, termasuk pengurusan akaun, pembayaran rakan ke rakan, pemindahan wang kepada institusi, ganjaran Citi, pembelian pelaburan dan kebenaran akaun. Kategori tambahan akan ditambah dari semasa ke semasa.

"Hab Pemaju Global Citi memajukan pendekatan inovasi terbuka  kami untuk menyampaikan penyelesaian yang canggih dan membolehkan aliran baharu nilai kepada pelanggan, rakan kongsi dan pemaju," kata Stephen Bird, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbankan Pengguna Global di Citi. "Kepesatan di dalam perubahan teknologi menuntut transformasi dari dalam ke luar dan dari luar ke dalam. Dengan mewujudkan satu ekosistem kerjasama bagi jenama dan pemaju terkemuka, kami akan dapat menawarkan satu set lengkap produk, perkhidmatan dan pengalaman untuk memenuhi keperluan kewangan pelanggan kami pada hari ini dan pada masa akan datang."

Sopnendu Mohanty, Ketua Pegawai Teknologi Kewangan di Pihak Berkuasa Kewangan Singapura, berkata, "Kami amat gembira kerana Citi Singapura memainkan satu peranan utama di dalam membangun dan melancarkan inisiatif API global ini semasa Festival FinTech Singapura yang diadakan pada 14 hingga 18 November 2016. Ini akan menggalakkan kerjasama terbuka dengan komuniti teknologi kewangan dan berpotensi untuk menyampaikan perkhidmatan kewangan yang lebih baik kepada pelanggan, serta mengesahkan semula kepimpinan pemikiran Citi dalam membentuk masa hadapan perkhidmatan kewangan."

Citi telah bekerjasama dengan beberapa syarikat terkemuka, termasuk Mastercard, Virgin Money dan Wonder, yang memanfaatkan API Citi untuk membangunkan penyelesaian pelanggan yang berinovatif. Pada awal tahun ini di Amerika Syarikat, API Citi Pay with Points mula menyediakan ahli-ahli ThankYou® Rewards Citi dengan kad kredit Citi yang layak dengan pilihan untuk menggunakan mata ganjaran bagi melangsaikan kesemua atau sebahagian daripada pembelian mereka dengan satu penyata kredit apabila menggunakan kad mereka untuk membuat pembelian di BestBuy.com dan di Wonder App. Pada Oktober, 1800Flowers.com ditambah sebagai peserta terbaharu Pay with Points dalam ThankYou Rewards.

"Perkongsian di antara Virgin Money dan Citi terus berkembang dengan mantap," kata Greg Boyle, Ketua Pegawai Eksekutif, Virgin Australia. "Satu keutamaan penting adalah penyampaian satu aplikasi mudah alih Virgin Money baharu yang khusus yang akan memanfaatkan API Citi untuk fungsi kad kredit bagi menyampaikan satu pengalaman yang hebat untuk pelanggan kami. Sokongan Citi melalui API mereka adalah penting bagi memastikan kami dapat memenuhi keperluan digital pelanggan kami pada hari ini dan akan membolehkan inovasi berterusan di masa hadapan."

Di Singapura, Citi telah menjalin kerjasama dengan honestbee, satu daripada perkhidmatan  rencam dan penghantaran dalam talian yang paling pesat berkembang di Asia, untuk membolehkan pelanggan mereka memohon kad Citi Cash Back di laman web dan aplikasi mudah alih honestbee. Bakal dilancarkan pada Disember, pengalaman bersepadu ini untuk pelanggan dibolehkan dengan menggunakan teknologi API Citi, sekali gus membolehkan satu proses aplikasi kad yang lancar melalui laman rakan niaga Citi.

Hab Pemaju Global itu, yang dibangunkan oleh Citi FinTech dan pasukan Citi yang merentasi Asia, Amerika Utara dan Mexico, adalah yang terbaharu di dalam satu siri inovasi Citi, daripada menjadi perintis ATM kepada memperkenalkan aplikasi perbankan yang pertama untuk Apple Watch. Pada tahun 2014, Citi melancarkan satu hackathon global dan pemecut yang diberi nama Cabaran Bergerak Citi yang mengembara ke Amerika Latin, Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik, dengan penyertaan daripada beribu-ribu pemaju dari lebih 100 buah negara. Pada tahun 2015, Citi FinTech diwujudkan sebagai satu unit baharu di dalam Bank Pengguna Global Citi, yang ditugaskan dengan  mempercepatkan kelajuan untuk memasarkan dengan keupayaan perbankan mudah alih generasi akan datang.

Hab Pemaju API global dilancarkan hari ini. Pemaju dijemput untuk mendaftarkan minat mereka di developer.citi.com di mana mereka akan diberikan peranti untuk bersambung dengan sebuah pembangunan sandbox atau sebuah persekitaran pengujian, sekali gus membolehkan mereka untuk menguji idea-idea mereka.

Maklumat mengenai Citi

Citi, bank dunia yang terkemuka, mempunyai kira-kira 200 juta akaun pelanggan dan menjalankan perniagaan di lebih 160 buah negara dan bidang kuasa. Citi menyediakan kepada pengguna, perbadanan, kerajaan dan institusi dengan skop yang luas di dalam produk dan perkhidmatan kewangan, termasuk perbankan dan kredit pengguna, perbankan korporat dan pelaburan, broker sekuriti, perkhidmatan urus niaga, dan pengurusan kekayaan.

Maklumat tambahan boleh diperolehi di www.citigroup.com | Twitter: @Citi | YouTube: www.youtube.com/citi | Blog: http://blog.citigroup.com | Facebook: www.facebook.com/citi | LinkedIn: www.linkedin.com/company/citi.

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20161110006321/en/

Hubungi

Media:
Citi
Deirdre Leahy, 212-559-3296
deirdre.leahy@citi.com


Sumber: Citi

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.