ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  ​USAIN BOLT MENJADI DUTA RASMI XM

Tuesday 15/11/2016



LONDON, United Kingdom, 15 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, 14hb November 2016 XM sebagai salah satu Broker Forex dan CFD yang paling pesat berkembang dengan besar hati mengumumkan kerjasama dengan Lelaki Terpantas Dunia, 9 Kali Juara Olimpik dan 11 Kali Juara Dunia Usain Bolt.

A photo accompanying this announcement is available at http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/54b99895-4606-47ae-8038-5bfe0f6de576 

Usain Bolt dikenali umum dengan nama samaran Lightning Bolt telah menandatangani perjanjian untuk menjadi duta rasmi jenama XM untuk tiga tahun hadapan.

Sewaktu pengumuman, Usain Bolt berkata: 

“Saya gembira dapat bekerjasama dengan XM, broker Forex dan CFD yang menerima pelbagai anugerah. XM dan saya memiliki nilai yang serupa iaitu kami mensasarkan untuk menjadi yang terbaik dalam apa yang kami lakukan. Reputasi ini telah membantu mereka menjadi salah satu pemimpin industri.”

“Seperti XM, fokus saya adalah menjadi yang terpantas.”

Sewaktu pengumuman, Chris Anthony Zacharia, Pengarah Pemasaran XM Group berkata:

“Usain Bolt adalah XM dan XM adalah Usain Bolt.”

“Sejak awal penubuhan, kami berulang kali menekankan apa yang penting dalam dagangan adalah pelaksanaan yang pantas. Kami telah melaburkan banyak sumber dalam usaha membina infrastruktur dagangan yang menawarkan kepantasan dagangan yang kami ada pada hari ini.

“Saya tidak dapat menggambarkan bagaimana mempunyai lelaki terpantas di atas muka bumi sebagai duta jenama kami. Apa yang saya boleh katakan ialah XM merasa sangat bertuah.

Kami sependapat dan fokus pada prinsip yang sama cuma berbeza arena. Sebagaimana semangat dan kepantasan membentuk Usain, begitu juga semangat dan kepantasan membentuk jenama XM ketika ini.”

Tentang XM

XM adalah Broker Forex dan CFD yang menerima pelbagai anugerah dan memberikan perkhidmatan kepada lebih 700,000 pelanggan dari 196 buah negara.
XM adalah nama dagangan bagi Trading Point Holdings Ltd yang memiliki sepenuhnya Trading Point of Financial Instruments UK Ltd (XM UK), Trading Point of Financial Instruments Pty Ltd (XM Australia) dan Trading Point of Financial Instruments Ltd (XM Cyprus).

XM UK dikawal selia oleh Lembaga Pengendalian Kewangan (FCA)(705428), XM Australia dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC)(443670) dan XM Cyprus dikawal selia oleh Suruhanjaya Pertukaran dan Keselamatan Cyprus (CySec)(120/10).

Laman Web Rasmi: http://www.xm.com

Tentang Usain Bolt

Boleh dikatakan sebagai atlet paling berbakat yang pernah dilihat, Usain St Leo Bolt menempa sejarah di Sukan Olimpik 2016 Rio apabila memperoleh ‘Triple Triple’, iaitu tiga pingat emas dari Sukan Olimpik untuk tiga kali berturut-turut.

Selain daripada 9 pingat emas Sukan Olimpik, Usain Bolt juga memegang gelaran 11 Kali Juara Dunia B&P.  

Laman Web Rasmi: http://usainbolt.com 

SUMBER  : Trading Point of Financial Instruments Ltd
 
For Media Enquiries
Contact Person:
Chris Anthony Zacharia
Marketing Director XM Group
Contact Phone: 00 357 25 99 00

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.