ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  ​SHARJAH MENGALU-ALUKAN 2.31 JUTA PELAWAT DARI 60 BUAH NEGARA DI SATU DARIPADA PAMERAN BUKU YANG UTAMA DI DUNIA

Tuesday 15/11/2016



SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 15 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dikenali lebih popular di kalangan kelompok antarabangsa sebagai ibu negara budaya dan seni di Timur Tengah dan Afrika Utara, Sharjah - emiriah ketiga terbesar di Emiriah Arab Bersatu (UAE), telah mengalu-alukan 2.31 juta pelawat pada edisi ke-35 bagi satu daripada pesta buku yang utama di dunia - Pameran Buku Antarabangsa Sharjah (SIBF) 2016.
 
Edisi ke-35 bagi pameran 11 hari itu, yang dibuka kepada orang ramai dari awal hingga akhir, ternyata merupakan yang terbesar bagi SIBF setakat ini. Dengan mempamerkan kelompok profesional industri penerbitan buku bertarat global yang mencakupi dari  Amerika Syarikat hingga ke China dan segala sesuatu di antaranya, SIBF telah mengatasi kesemua rekod yang dicipta sebelum ini pada tahun ini dengan menjadi tuan rumah kepada 1,681 penerbit dan 1.5 juta judul buku dari lebih 60 buah negara.
 
"Selaras dengan visi dan arahan Yang Amat Mulia Sheikh Dr. Sultan bin Muhammad Al Qasimi, Pemerintah Sharjah -- UAE, kami telah membangunkan Sharjah sebagai sebuah hab utama bagi sastera dan budaya, dan satu titik pertemuan yang penting bagi peradaban Timur dan Barat," kata Pengerusi Pihak Berkuasa Buku Sharjah (SBA), Ahmed Al Ameri, ketika beliau berjanji untuk menjadikan Pameran Buku Antarabangsa Sharjah sebagai yang utama dalam hanya beberapa tahun.
 
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, SIBF telah mengukuhkan kedudukannya sebagai satu acara yang penting untuk membeli dan menjual hak cipta dan hak subsidiari: hak mencetak semula edisi asing, hak kulit lembut, bersama-sama dengan menjadi satu tempat pertemuan profesional untuk penerbit, pengurus hak, penjual buku, ejen, penulis, penterjemah bahasa, pakar teknologi penerbitan dan profesional media. Dalam mencapai satu siri kejayaan utama, Program Profesional SIBF telah mencipta sejarah dengan 1,239 perjanjian kepentingan dibincangkan di antara penerbit dan kalangan profesional hak.
 
#SIBF16, hashtag rasmi pameran itu, telah menerima lebih 1 bilion impresi secara kumulatif dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab dalam tempoh lima hari pertama pameran itu, dan telah dilihat sangat popular di Facebook, Twitter, Instagram, dan Snapchat.
 
Sharjah telah berada di barisan hadapan dalam pertumbuhan dan pembangunan kebudayaan dunia Arab sejak kemerdekaan negara itu. Daripada permulaan secara kecil-kecilan pada tahun 1982 dengan menampilkan kurang daripada 10 penerbit, SIBF telah berkembang pesat dan merancang untuk berpindah ke satu lokasi baharu yang berkeluasan 60,000 meter persegi pada tahun hadapan.
 
Hubungi
National Network Communications
Fadia Daouk, T: +971 52 617 2111
E-mel: f.daouk@nncpr.com

Sumber: Pameran Buku Antarabangsa Sharjah
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161114005668/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.