ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  t0 AKAN MEMPERSEMBAHKAN PLATFORM DAGANGAN SEKURITI BERASASKAN RANTAIAN BLOK DI GLOBAL FINTECH HACKCELERATOR SINGAPURA

Tuesday 15/11/2016



Patrick M. Byrne, CEO Overstock.com akan membentangkan perisian t0

SINGAPURA, Nov 15 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 Overstock.com, Inc. (NASDAQ:OSTK) CEO Patrick M. Byrne akan membentangkan platform perdagangan aset berasaskan rantaian blok oleh anak syarikat teknologi kewangan syarikat, t0.com, Inc. Demo perisian akan berlangsung di Global FinTech Hackcelerator berprestij, yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Monetari Singapura. t0 ialah salah sebuah daripada 19 buah firma sahaja yang dipilih daripada kumpulan 655 pemohon yang kompetitif dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Pembentangan tersebut akan berlangsung di Muzium Red Dot Design pada 15 Nov. di antara pukul 9:30 pg. dan 10:00 pg. waktu Singapura (UTC +8).

“Singapura telah menunjukkan berkali-kali yang ia ingin membuka lipatan pusat rantaian blok dan sokongan aktif yang ditawarkan oleh Pihak Berkuasa Monetari Singapura membuatkan saya rasa usaha ini berkemungkinan membuahkan hasil,” ujar Byrne. “Peluang untuk menunjukkan kuasa dan kecekapan platform t0 sebelum ini sebagai badan yang mengagumkan adalah satu keistimewaan.”

Sebagai syarikat pembentang, t0 menerima bantuan sebanyak S$20,000, panduan veteran industri dan peluang untuk mempersembahkan platform dagangan syarikat di hadapan hadirin bakal pelanggan dan pelabur.

Byrne juga akan bersedia melayani media sebaik sahaja selepas demonstrasi platform t0 pada 15 Nov. hingga 18 Nov.

Pakar teknologi lejar yang diagihkan iaitu Raj Karkara, COO t0 juga akan hadir pada acara tersebut dan akan menjawab sebarang pertanyaan tentang rangkaian penyelesaian t0 yang memberikan perkhidmatan kepada semua kelas aset pada semua peringkat kitaran hidup dagangan. Karkara akan bertugas di gerai pameran t0, #309, sepanjang tempoh acara tersebut dan boleh dihubungi di raj.karkara@t0.com.

Mengenai Medici Ventures
Medici Ventures yang dilancarkan pada tahun 2014 ialah anak syarikat milik penuh Overstock.com, Inc., yang diwujudkan bagi mengurus dan memantau pelaburan syarikat dalam penyelesaian bangunan firma yang memanfaatkan dan memberi perkhidmatan teknologi rantaian blok. Pelaburan projek Medici merangkumi: t0, PeerNova, Bitt.com dan Identity Mind.

Mengenai t0
t0 (disebut tee-zero) ialah anak syarikat yang sebahagian besarnya dimiliki oleh Overstock.com, menumpukan pada pembangunan dan pengkomersialan teknologi kewangan (FinTech) berdasarkan selamat dari segi kriptografi, lejar terpencar – lebih biasa dikenali sebagai teknologi rantaian blok. Sejak penubuhannya pada Oktober 2014, t0 telah merintis usaha membawakan kecekapan lebih hebat dan ketelusan kepada pasaran modal melalui integrasi teknologi rantaian blok. Maklumat lebih lanjut boleh ditemui di t0.com.

Mengenai Overstock.com
Overstock.com, Inc. (NASDAQ:OSTK) ialah peruncit dalam talian yang berpangkalan di Salt Lake City, Utah yang menjual pelbagai jenis produk pada harga murah, termasuk perabot, permaidani, peralatan tempat tidur, elektronik, pakaian dan barang kemas. Kedai tambahan di dalam Overstock termasuk Worldstock.com, khusus untuk menjual produk rekaan artisan bagi membantu negara-negara membangun di seluruh dunia dan "Main Street Revolution" (Revolusi Jalan Utama), menyokong usahawan skala kecil di Amerika Syarikat dengan membekalkan pelanggan dari seluruh negara. Inisiatif tertumpu komuniti lain termasuk "Farmers Market" (Pasaran Petani) dan pemeliharaan haiwan kesayangan. Forbes meletakkan Overstock dalam senarai 100 Syarikat Terbaik Paling Dipercayai pada tahun 2014. Overstock membuat jualan di peringkat antarabangsa di bawah nama O.co dan secara kerap menyiarkan maklumat tentang syarikat dan perkara berkaitan lain di bawah Hubungan Pelabur di laman webnya.

O, Overstock.com, O.com, O.co, Club O, Main Street Revolution, Worldstock dan OVillage ialah tanda dagangan berdaftar Overstock.com, Inc. O.biz dan Space Shift juga merupakan tanda dagangan Overstock.com, Inc. Tanda, tanda dagangan dan nama dagangan lain yang mungkin dirujuk di dalam sini adalah hak milik pemilik masing-masing.

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan yang memandang ke hadapan dalam lingkungan makna Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934. Pernyataan yang memandang ke hadapan sedemikian termasuk semua pernyataan selain daripada pernyataan fakta sejarah. Maklumat tambahan berkaitan faktor yang boleh secara ketara mempengaruhi keputusan dan ketepatan pernyataan yang memandang ke hadapan yang terkandung di dalam sini mungkin ditemui dalam Borang 10-Q Syarikat bagi suku berakhir 30 September, 2016 yang telah difailkan dengan SEC pada 3 November, 2016 serta mana-mana pemfailan berikutnya dengan SEC.

Hubungan Media:
Judd Bagley, Medici Ventures, Inc.
+1 (801) 947-5352
jbagley@t0.com

Sumber : Overstock.com, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.