ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  ​ALLIED WORLD ASIA PASIFIK MENGUKUHKAN PASUKAN KASUALTI DENGAN DUA PELANTIKAN BAHARU

Tuesday 15/11/2016



ZUG, Switzerland, 15 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Allied World Assurance Company Holdings, AG (NYSE: AWH) hari ini mengumumkan dua pelantikan ke Bahagian Kasualti Am mereka di Asia: Daphne Boon ke jawatan Naib Presiden, Ketua Kasualti Am (Asia), dan Christie Huang Shuying ke jawatan Penolong Timbalan Presiden.
 
Jota Shohtoku, Naib Presiden Kanan, Ketua Kasualti Am (Asia Pasifik), berkata: "Pelantikan ini menunjukkan keupayaan berterusan Allied World untuk menarik dan mengembangkan bakat dan adalah satu lagi langkah positif ke hadapan di dalam membina portfolio kasualti serantau kami. Kedua-dua Daphne dan Christie akan berpangkalan di pejabat kami di Singapura dan membawa bersama-sama mereka pengetahuan yang luas mengenai pasaran Singapura, sambil melebarkan kepakaran kasualti serantau Allied World merentasi Asia Selatan dan Asia Utara."
 
Cik Boon menyertai Allied World dari AIG di mana beliau bekerja selama 10 tahun selepas menamatkan pengajian ijazah dalam bidang perniagaan, dengan mempunyai kepakaran dalam bidang sains aktuari. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Kasualti, dengan menguruskan satu daripada portfolio kasualti yang terbesar di Singapura dengan tanggungjawab kepimpinan tambahan bagi Indonesia.
 
Cik Huang juga turut serta dari AIG, di mana beliau bekerja selama lapan tahun, bermula sebagai penaja jamin sebelum berkembang sehingga menjadi seorang Pengurus Pengunderaitan Kasualti pada tahun lepas. Beliau memegang ijazah dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti RMIT di bawah Institut Pengurusan Singapura.
 
Maklumat mengenai Allied World
 
Allied World Assurance Company Holdings, AG, melalui anak-anak syarikat dan jenama mereka yang dikenali sebagai Allied World, adalah sebuah pembekal global bagi hartanah berinovatif, insurans kasualti dan khas dan penyelesaian insurans semula. Allied World menawarkan perkhidmatan pelanggan yang terbaik menerusi satu rangkaian pejabat dan cawangan di seluruh dunia. Kesemua insurans terkadar Allied World dan insurans semula anak syarikat diberi nilai A oleh A.M. Best Company, A oleh Standard & Poor's, dan A2 oleh Moody's, dan Lloyd's Syndicate 2232 kami diberi nilai A+ oleh Standard & Poor's dan AA- oleh Fitch.
Sila layari laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Allied World: Web: www.awac.com | Facebook: www.facebook.com/alliedworld | LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/allied-world
 
Kenyataan Peringatan Berhubung Kenyataan Yang Berpandangan ke Hadapan
 
Mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang dibuat di dalam siaran media ini menggambarkan pandangan semasa kami berhubung peristiwa dan prestasi kewangan pada masa hadapan dan dibuat selaras dengan peruntukan-peruntukan safe harbor di dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan seperti itu membabitkan risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan di dalam kenyataan ini. Sebagai contoh, kenyataan berpandangan ke hadapan kami boleh terjejas oleh trend harga dan tempoh polisi; peningkatan persaingan; kecukupan kehilangan rizab kami; tindakan negatif oleh agensi penarafan; kekerapan yang lebih tinggi dan keterukan peristiwa malapetaka yang sukar diramal; kesan daripada tindakan keganasan dan tindakan perang; syarikat atau anak syarikatnya menjadi tertakluk kepada cukai pendapatan yang ketara di Amerika Syarikat atau di tempat lain; perubahan dalam peraturan-peraturan atau undang-undang cukai; perubahan di dalam ketersediaan, kos atau kualiti insurans semula atau liputan yang diserah balik; keadaan ekonomi secara am yang buruk; dan perkembangan kehakiman, perundangan, politik dan perkembangan kerajaan yang lain, serta tindak balas pengurusan terhadap faktor-faktor ini, dan faktor-faktor lain yang dikenal pasti di dalam fail kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Anda diingatkan supaya tidak terlalu bergantung kepada kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang tepat setakat tarikh ia dibuat. Kami tidak bertanggungjawab (dan menafikan bertanggungjawab) untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang mungkin dibuat dari semasa ke semasa, sama ada sebagai hasil daripada maklumat baharu, perkembangan baharu atau sebaliknya.
 
Hubungi
Allied World Assurance Company Holdings, AG
Media:
Faye Cook, +1-441-278-5406
Naib Presiden Kanan, Pemasaran & Perhubungan
Faye.Cook@awac.com
Pelabur:
Sarah Doran, +1-646-794-0590
Naib Presiden Kanan, Perhubungan Pelabur dan Bendahari
Sarah.Doran@awac.com
Laman web: www.awac.com
 
Sumber: Allied World Assurance Company Holdings, AG
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161114005884/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.