ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  BROADSOFT HUB TAMBAH KEBIJAKSANAAN MENGIKUT KONTEKS KE DALAM KOMUNIKASI UNTUK PRODUKTIVITI TENAGA KERJA LEBIH HEBAT

Tuesday 15/11/2016



BroadSoft lancar Hub untuk menjana rangkaian aplikasi produktiviti BroadSoft Business, mendayakan perbualan mengikut konteks dengan merapatkan jurang di antara aplikasi, maklumat dan komunikasi
 
GAITHERSBURG, Md., 15 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT), perisian komunikasi bersatu global sebagai peneraju perkhidmatan (UCaaS), hari ini mengumumkan pelancaran BroadSoft Hub, perkhidmatan awan gred perusahaan baharu yang menyepadukan komunikasi masa nyata dengan aplikasi awan dan kebijaksanaan mengikut konteks untuk komunikasi lebih produktif dan mobiliti lebih hebat. Hub menjana masa depan dunia pekerjaan dengan membekalkan akses segera kepada maklumat relevan bagi setiap perbualan kepada pengguna BroadSoft Business - di mana sahaja mereka berada dan pada apa jua peranti.
 
Produktiviti tenaga kerja terjejas apabila perhubungan di antara pelbagai aplikasi perniagaan dan komunikasi masa nyata terputus-putus. Menurut laporan penyelidikan HubSport 2014, purata 31 jam sebulan dihabiskan dalam mesyuarat yang tidak produktif, dengan kebanyakan masa ini telah diperuntukkan untuk mencari maklumat yang berselerak merentasi lokasi, peranti dan aplikasi1. Hasilnya, proses dan aliran kerja perniagaan sering menjadi berpecah-pecah, menyebabkan produktiviti merosot.
 
BroadSoft Hub menyediakan pengguna dengan pengalaman penyatuan tunggal, menyatukan BroadSoft Business - UC-One, Team-One dan CC-One - dan aplikasi awan dengan maklumat mengikut konteks, seperti fail terkini, e-mel, penglibatan media sosial, tugas dan sesi IM, tanpa membuka atau mencari aplikasi tambahan. Hub memenuhi keperluan untuk komunikasi dan kolaborasi yang benar-benar mudah yang diperlukan oleh tenaga kerja hari ini, mendayakan tahap produktiviti dan mobiliti baharu melalui pengalaman pengguna yang disatukan.
 
Sebagai peneraju bahagian pasaran bagi UC awan, BroadSoft ialah PBX awan mudah alih pertama, UC, kolaborasi pasukan dan platform pusat panggilan yang dipercayai oleh 25 daripada 30 pembekal perkhidmatan terbaik di dunia mengikut pendapatan. BroadSoft Hub boleh mengurangkan kos dan kerumitan yang dikaitkan dengan aplikasi, menyepadukan di luar kotak dengan Google G Suite, Office 365, Salesforce, Twitter dan banyak lagi, dan juga aplikasi BroadSoft Business untuk UC, kolaborasi pasukan dan pusat panggilan. Di samping itu, Program BroadSoft Developer membenarkan pelanggan dan pembangun perisian menggunakan BroadSoft Business bOpen APIs, SDKs dan alatan kotak pasir untuk membangunkan penyepaduan tersuai dan aplikasi dengan cepat, boleh dipercayai dan selamat.
 
“Dengan menggabungkan kebijaksanaan mengikut konteks dengan UC, BroadSoft Hub menukar komunikasi kepada perbualan pintar. Perkhidmatan baharu ini meningkatkan produktiviti, mengoptimumkan aliran kerja proses dan meningkatkan pengalaman pengguna," ujar Scott Hoffpauir, Ketua Pegawai Teknologi, BroadSoft. “Dengan mengutamakan pengguna dalam aplikasi awan bersepadu, mereka memiliki alat yang sedia untuk menguruskan maklumat yang terlebih muatan dan melayari maklumat dengan mudah dan mengikut naluri.”
 
BroadSoft Hub telah diilhamkan oleh inisiatif inovasi BroadSoft Project Tempo, wawasannya untuk masa depan dunia pekerjaan, dilancarkan di BroadSoft Connections 2015. Kejayaan program beta yang melibatkan pemilihan pelanggan pembekal perkhidmatan BroadSoft dari seluruh dunia telah menyokong pembaikan pengalaman pengguna BroadSoft Hub. BroadSoft Hub akan tersedia kepada semua pelanggan dari Mac 2017.
 
Ketahui lebih lanjut tentang BroadSoft Hub di sini.
 
Pernyataan yang Memandang Ke Hadapan:
 
Siaran akhbar ini mungkin mengandungi pernyataan yang memandang ke hadapan di dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pernyataan yang memandang ke hadapan ini mungkin dikenal pasti berdasarkan penggunaan terma dan frasa seperti “mendayakan” dan “boleh” serta terma dan frasa seumpamanya dan merangkumi, antara lain, pernyataan berkaitan manfaat kepada pelanggan BroadSoft akibat daripada penggunaan penyelesaian BroadSoft Hub. Hasil kejadian yang diterangkan dalam pernyataan yang memandang ke hadapan ini adalah tertakluk kepada risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada keputusan yang dijangka oleh pernyataan yang memandang ke hadapan ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor kewangan dan manfaat lain kepada BroadSoft akibat daripada penggunaan BroadSoft Hub oleh pelanggan pembekal perkhidmatannya kerana faktor tersebut terkandung di dalam bahagian "Faktor Risiko" Borang 10-K BroadSoft bagi tahun berakhir 31 Disember, 2015, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, atau SEC, pada 29 Februari, 2016, serta dalam pemfailan BroadSoft yang lain dengan SEC. Semua maklumat dalam siaran ini ialah pada 14 November, 2016. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang, BroadSoft tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa-apa pernyataan yang memandang ke hadapan yang didedahkan kepada umum yang dibuat di dalam ini atas apa jua sebab bagi mengesahkan pernyataan dengan keputusan sebenar atau perubahan dalam jangkaannya.
 
Mengenai BroadSoft:
 
BroadSoft ialah pereka baharu teknologi dalam komunikasi awan, kolaborasi dan penyelesaian pusat panggilan untuk perniagaan dan pembekal perkhidmatan merentasi 80 buah negara. Kami merupakan peneraju bahagian pasaran bagi komunikasi bersatu awan dengan platform terbuka, mudah alih dan selamat yang dipercayai oleh 25 daripada 30 pembekal perkhidmatan terbaik di dunia mengikut pendapatan. Rangkaian aplikasi BroadSoft Business kami memperkasa pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan kerja semata-mata untuk mencapai prestasi cemerlang.
 
Untuk maklumat tambahan, sila lawati www.BroadSoft.com.
 
Twitter | LinkedIn | Work It!
 
1  HubSpot - 12 Jun, 2014, You're Going to Waste 31 Hours in Meetings This Month (Anda Akan Kerugian 31 Jam dalam Mesyuarat Bulan Ini), Ditulis oleh Corey Wainwright

Hubungan Pelabur:
Chris Martin
+1 561-404-2130
cmartin@broadsoft.com

Hubungan Media:

Amerika
Brian Lustig, Bluetext PR bagi BroadSoft US
+1 301.775.6203
brian@bluetext.com

Eropah
Andy Crisp / Jon Bawden / Kate Anderson, Cohesive bagi BroadSoft UK
+44 (0) 1291 626200
broadsoft@wearecohesive.com

APAC
Terry Alberstein, Navigate Communication
+61 (0) 458-484-921
terry@navigatecommunication.com.au
 
Sumber : BroadSoft, Inc.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.