ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  ​INSIGHT MEDIA MENGELUARKAN KERTAS PUTIH TEKNIKAL MENGENAI TEKNOLOGI QUANTUM DOT

Wednesday 16/11/2016



Kertas putih menerangkan bagaimana teknologi quantum dot mengembangkan rangkaian warna TV dan mempertingkatkan HDR
 
NORWALK, Conn., 16 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Insight Media hari ini mengumumkan pengeluaran satu kertas putih baharu yang menyelidiki ke dalam rahsia sains di sebalik teknologi quantum dot kerana ia berkaitan dengan paparan. Chris Chinnock dari Insight Media mengarang kertas putih itu, Quantum Dots will Power Display Products to the Next Level (Quantum Dots akan menjana kuasa Produk Paparan ke Tahap Seterusnya), yang memperincikan pelbagai topik daripada segala macam pilihan warna yang luas, Tahap Dinamik Tinggi (HDR) kepada selok-belok teknologi quantum dot.
 
Kertas Putih itu memberikan satu gambaran keseluruhan berhubung tiga teknologi yang lazimnya digunakan untuk mewujudkan satu paparan segala macam warna (WCG) yang luas: OLED, LCD dan quantum dot.
 
Dalam kes berhubung OLED TV, sebagai contoh, walaupun ia boleh menghasilkan sebahagian besar gamut warna DCI-P3 yang lengkap pada tahap luminans yang rendah, batasannya dalam pelepasan puncak dan kecerahan menjejaskan kapasiti penerapan warna bagi paparan itu. Ini menyebabkan imej kelihatan seakan pudar dan pada tahap luminans yang tinggi dan penurunan volum warna. Pelaksanaan struktur kaviti mikro dalam paparan OLED membolehkan warna yang lebih tepu dan segala macam warna yang lebih luas. Keseimbangan dengan struktur ini adalah satu penyempitan bagi sudut tontonan pada paparan itu.
 
Kertas putih setebal 27 muka surat itu menyelami jauh ke dalam teknologi di sebalik setiap jenis paparan dan menonjolkan kekuatan dan kelemahan mereka yang unik.
 
Topik yang dibincangkan oleh kertas putih itu termasuk: (alternatif adalah dengan menggunakan imej TOC sebenar di bawah)
 
  • Opsyen Gamut Warna yang Luas
    • Paparan OLED
      • Struktur Pemancar
      • Struktur Kaviti Mikro
      • Seni Bina Piksel
    • Paparan LCD
      • Seni Bina Paparan
      • Opsyen Pemalapan
      • WCG oleh LED yang Dipertingkat Fosfor
      • WCG oleh Penapisan Warna Terlaras
    • Paparan Quantum Dot
      • Teknologi Quantum Dot
      • Filem Quantum Dot
      • Tiub Quantum Dot
      • Peranti LED atas cip dengan Quantum Dots
      • Quantum Dots yang Dipacu secara Elektrik
    • Kesimpulan
 
 
"Quantum dots adalah bahan-bahan yang luar biasa yang berpotensi yang kita baharu bermula untuk menerokainya," kata Chris Chinnock, presiden dan pengasas Insight Media. "Kertas putih itu memprofilkan peluang-peluang yang besar yang ditawarkan oleh quantum dots dalam paparan, terutamanya kerana paparan merengangkan keupayaan warna mereka untuk mencapai gamut warna BT.2020 yang luas. Namun mereka juga boleh digunakan di dalam aplikasi lain yang terdiri daripada sel-sel solar, kepada lampu dan bioimejan, oleh itu ia adalah jelas satu teknologi yang wajar diterokai."
 
Teknologi Quantum dot kini menjanakan pelbagai paparan LCD, menawarkan WCG yang boleh menjadi lebih besar daripada yang ditawarkan oleh paparan OLED dan teknologi LCD yang lain. Apabila digabungkan dengan HDR, paparan quantum dot menawarkan beberapa prestasi gambar yang terbaik di pasaran.
 
Untuk memuat turun kertas putih yang lengkap, Quantum Dots will Power Display Products to the Next Level, sila layari: Insight Media.
 
Maklumat mengenai Insight Media
Insight Media adalah sebuah syarikat perundingan yang memberi tumpuan kepada teknologi terkini di dalam pengimejan dan paparan bagi  pasaran penyiaran, pawagam, AV profesional, elektronik pengguna dan paparan. Ketahui lebih lanjut di www.insightmedia.info.
 
Hubungi
Insight Media
Chris Chinnock, 203-831-8464
Chris@insightmedia.info
 
Sumber: Insight Media
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161115005622/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.