ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  DEVEXPERTS MENYEPADUKAN NASDAQ BASIC UNTUK MENYAMPAIKAN PENYELESAIAN DATA PASARAN AS ATAS PERMINTAAN DAN KOS EFEKTIF KEPADA PASARAN ANTARABANGSA

Wednesday 16/11/2016



Penyepaduan Nasdaq Basic ke dalam API atas permintaan global dxFeed menawarkan pekhidmatan data masa nyata dan sejarah AS yang mampu milik bagi pasaran antarabangsa

MUNICH, Jerman dan NEW YORK, 16 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Devexperts GmbH yang berpangkalan di Munich, pembangun platform perdagangan runcit dan institusi profesional yang paling berjaya bagi pasaran kewangan dan salah satu daripada pembekal infrastruktur data kewangan berasaskan awan yang terbesar di Amerika Syarikat, hari ini mengumumkan bahawa mereka bekerjasama dengan Nasdaq bagi menyampaikan perkhidmatan data masa nyata dan sejarah atas permintaan, berasaskan API dan berkualiti tinggi. Penyelesaian tersebut bermatlamat untuk membekalkan penyelesaian data kos efektif kepada bilangan pelabur runcit dan institusi antarabangsa yang semakin meningkat yang berminat dalam penentuan harga dan maklumat perdagangan mengenai ekuiti AS. Pelanggan Devexperts akan dapat memperoleh data, idea dan pemberitahuan stok masa nyata paling tepat yang tersedia, disampaikan terus ke peranti algo, platform perdagangan, aplikasi berasaskan web, aplikasi perisian atau peranti mudah alih mereka melalui API yang sangat mudah untuk digunakan. Pelanggan akan memperoleh manfaat daripada kumpulan mudah tunai tunggal terbesar dengan liputan pasaran lengkap bagi ekuiti penyenaraian tunai dan kualiti data tertinggi yang boleh didapati di dalam pasaran melalui Nasdaq Basic iaitu salah satu penyelesaian data pasaran paling terkenal dan terkemuka.

Oleg Solodukhin, CEO Bahagian Data Devexperts menyatakan: “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Nasdaq bagi memberikan suapan data pasaran berkualiti tinggi kepada para pelanggan kami di Eropah, Asia, Afrika dan Amerika Latin dengan liputan paling komprehensif yang tersedia bagi saham AS. Kami percaya perkhidmatan ini akan menjadi pemangkin perubahan untuk mengendalikan syarikat teknologi kecil, syarikat baru mula, quants, pelabur profesional, dana lindung nilai dan syarikat broker kecil dengan perkhidmatan masa nyata yang boleh menyampaikan liputan pasaran lengkap pada harga yang tiada tandingan dan penyelesaian teknikal yang hebat tanpa keperluan untuk infrastruktur sisi pelanggan."

Inovasi perisian kewangan semakin meningkat datangnya daripada syarikat kecil dan baru mula dan bukannya daripada syarikat besar atau terkemuka. Namun begitu, banyak syarikat ini mengalami kesukaran menskalakan jumlah data dan kos keseluruhan bagi menyesuaikan dengan keupayaan infrastruktur dan bajet mereka. Dengan dxFeed dan Nasdaq Basic, syarikat akan berupaya untuk melanggan hanya kepada instrumen khusus yang mereka ingin gunakan, seterusnya mengurangkan lebar jalur dan perkakasan sisi pelanggan dengan ketara.

dxFeed menbolehkan kemas kini data Nasdaq dalam masa nyata, supaya pelanggan – di mana-mana sahaja mereka berada di dunia - tidak pernah sekali-kali ketinggalan dalam pasaran. Mereka boleh menyemak portfolio mereka dari mana-mana tempat dan pada bila-bila masa.

Di samping itu, pelanggan juga akan dapat memanfaatkan terminal data pasaran inforider Devexpert bagi menggambarkan maklumat masa nyata dan sejarah, analisis dan berita mengenai ekuiti, opsyen, niaga hadapan dan pasaran FX yang memanfaatkan kuasa rangka kerja perkhidmatan data canggih syarikat, web profesional, teknologi desktop dan teknologi peranti mudah alih maju syarikat.

Mengenai Devexperts

Devexperts yang beribu pejabat di Munich, Jerman, ditubuhkan pada tahun 2002 dan pakar dalam pembangunan penyelesaian dan perkhidmatan perisian yang sangat kompleks bagi industri Pasaran Modal global. Pelanggan kami terdiri daripada firma broker runcit dan institusi, bursa dan firma beli sampingan. Kami memiliki lebih daripada 200 orang jurutera di pejabat-pejabat merentasi Amerika Utara, Eropah dan Asia.

Prestasi tinggi, kebolehskalaan dan keupayaan integrasi produk dan perkhidmatan kami, bersama-sama dengan pemantauan dan sokongan 24x7x365, menghasilkan sebahagian daripada aplikasi teknologi paling dikenali dan boleh dipercayai dalam industri kewangan di peringkat global (cth: platform Thinkorswim). Jutaan orang menjalankan perniagaan setiap hari melalui penggunaan teknologi Devexperts.

Antonio Goncalves
212 995 0536
agoncalves@devexperts.com

SUMBER : Devexperts Inc

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.