ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  BROADSOFT MEMPERKENALKAN PERISIAN PUSAT PANGGILAN SEBAGAI PERKHIDMATAN BERASASKAN ANALISIS

Wednesday 16/11/2016



Penyelesaian pusat panggilan awan CC-One BroadSoft bersepadu dengan komunikasi disatukan dan aplikasi kolaborasi pasukan bagi mempercepatkan resolusi hubungan pertama


GAITHERSBURG, Md., Nov 16 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT), peneraju komunikasi disatukan global sebagai perkhidmatan (UCaaS), hari ini mengumumkan pelancaran CC-One, satu penyelesaian bersepadu untuk operasi pusat panggilan.

CC-One ialah penyelesaian pusat panggilan berasaskan awan, omni-saluran (suara, e-mel, sembang dan sosial) yang membolehkan perniagaan mewujudkan pengalaman khidmat pelanggan yang hebat, menawarkan penghijrahan lancar dari sistem legasi kepada penyelesaian didorong analisis yang betul-betul disatukan. CC-One menawarkan platform awan terbukti yang boleh dioptimumkan untuk perniagaan daripada semua saiz, daripada SMB ke multinasional dan operator pusat panggilan berbilang tapak.

Walaupun kebanyakan sistem pusat panggilan beroperasi secara berasingan daripada sistem telefon lain perniagaan, CC-One menyediakan PBX awan yang lancar dan pengalaman UC melalui penyepaduannya dengan BroadSoft UC-One®, aplikasi komunikasi disatukan pertama mudah alih. Hasilnya, ejen menikmati akses suara, sembang dan video masa nyata kepada pakar bidang (SME) di dalam seluruh organisasi. Keupayaan CC-One untuk bersepadu dengan aplikasi kolaborasi BroadSoft Team-One menyediakan ruang kerja berterusan secara maya untuk pejabat pentadbiran dan sokongan untuk berkolaborasi dan berkongsi pengetahuan, meningkatkan prestasi perniagaan dan pengalaman pengguna.

Menurut penyelidikan oleh ICMI, 40% daripada panggilan sokongan pelanggan memerlukan bantuan daripada pakar. Mendapatkan pakar yang sesuai dengan panggilan pelanggan dalam jumlah waktu yang singkat adalah kritikal bagi semua pusat panggilan. CC-One menyediakan keupayaan untuk mengoptimumkan prestasi jualan dan perkhidmatan pusat panggilan tanpa mengira saiz dengan analisis dinamik dan pintar. Dengan memanfaatkan data yang disimpan dalam pelbagai sistem sama ada di dalam atau di luar pusat panggilan dan menggunakan analisis pintar, CC-One meramalkan setiap keperluan pelanggan secara dinamik dan memadankan pelanggan dengan ejen terbaik bagi mengendalikan keperluan tersebut, meningkatkan prestasi, jualan dan pengalaman pelanggan.

Sebagai penyelesaian awan asal, CC-One mengurangkan kos pemilikan bagi pusat panggilan, menggantikan keperluan untuk sistem di premis yang mahal, kompleks dan tidak fleksibel dan juga bersepadu dengan mudah dengan sistem di premis sedia ada dan pusat panggilan yang disumber luar bagi menyokong persekitaran hibrid dan penghijrahan teratur ejen berasaskan premis kepada penyelesaian awan.

Taher Behbehani, ketua pegawai digital dan pemasaran, BroadSoft menyatakan “Kami sangat teruja dengan pelancaran BroadSoft CC-One, yang memperjelaskan wawasan BroadSoft bagi masa depan operasi pusat panggilan usaha sama yang berasaskan awan. Pasaran pusat panggilan global sedang berada dalam peralihan pantas apabila sistem legasi lama memberi laluan kepada teknologi berasaskan awan yang fleksibel. Kami percaya CC-One mewakili peringkat transformasi akan datang, di mana pusat panggilan menjadi aset yang sangat penting buat syarikat dalam meningkatkan kepuasan pelanggan, mengurangkan kos, memacu peningkatan jualan dan mengukuhkan identiti jenama yang kukuh.”

CC-One ialah sebahagian daripada rangkaian BroadSoft Business, yang menyediakan portfolio bersepadu lengkap bagi PBX awan sedia perusahaan, komunikasi disatukan, kolaborasi pasukan dan aplikasi pusat panggilan. CC-One akan dipersembahkan pada persidangan pengguna BroadSoft Connections 2016 yang akan berlangsung di San Antonio, TX, yang merupakan salah satu persidangan UC yang terbesar di dunia dan penyepaduan UC-One dan Team-One akan tersedia pada suku pertama 2017.

Untuk membaca lebih lanjut tentang CC-One, sila lawati DI SINI.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang CC-One, sila lawati DI SINI.

Pernyataan yang Memandang Ke Hadapan:

Siaran akhbar ini mungkin mengandungi pernyataan yang memandang ke hadapan di dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pernyataan yang memandang ke hadapan ini mungkin dikenal pasti berdasarkan penggunaan terma dan frasa seperti “mendayakan” dan “boleh” serta terma dan frasa seumpamanya dan merangkumi, antara lain, pernyataan berkaitan manfaat kepada pelanggan BroadSoft akibat daripada penggunaan penyelesaian CC-One. Hasil kejadian yang diterangkan dalam pernyataan yang memandang ke hadapan ini adalah tertakluk kepada risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada keputusan yang dijangka oleh pernyataan yang memandang ke hadapan ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor kewangan dan manfaat lain kepada BroadSoft akibat daripada penggunaan CC-One oleh pelanggan pembekal perkhidmatannya kerana faktor tersebut terkandung di dalam bahagian "Faktor Risiko" Borang 10-K BroadSoft bagi tahun berakhir 31 Disember, 2015, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, atau SEC, pada 29 Februari, 2016, serta dalam pemfailan BroadSoft yang lain dengan SEC. Semua maklumat dalam siaran ini ialah pada 15 November, 2016. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang, BroadSoft tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa-apa pernyataan yang memandang ke hadapan yang didedahkan kepada umum yang dibuat di dalam ini atas apa jua sebab bagi mengesahkan pernyataan dengan keputusan sebenar atau perubahan dalam jangkaannya.

Mengenai BroadSoft:

BroadSoft ialah pereka baharu teknologi dalam komunikasi awan, kolaborasi dan penyelesaian pusat panggilan untuk perniagaan dan pembekal perkhidmatan merentasi 80 buah negara. Kami merupakan peneraju bahagian pasaran bagi komunikasi bersatu awan dengan platform terbuka, mudah alih dan selamat yang dipercayai oleh 25 daripada 30 pembekal perkhidmatan terbaik di dunia mengikut pendapatan. Rangkaian aplikasi BroadSoft Business kami memperkasa pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan kerja semata-mata untuk mencapai prestasi cemerlang.

Untuk maklumat tambahan, sila lawati www.BroadSoft.com.
Twitter | LinkedIn | Work It!

Perhubungan Pelabur:
Chris Martin
+1 561-404-2130
cmartin@broadsoft.com

Hubungan Media:
Amerika
Brian Lustig, Bluetext PR bagi BroadSoft US
+1 301.775.6203
brian@bluetext.com

Eropah
Andy Crisp / Jon Bawden / Kate Anderson, Cohesive bagi BroadSoft UK
+44 (0) 1291 626200
broadsoft@wearecohesive.com

APAC
Terry Alberstein, Navigate Communication
+61 (0) 458-484-921
terry@navigatecommunication.com.au 


SOURCE : BroadSoft, Inc.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.