ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  BROADSOFT PERKENAL TEAM-ONE UNTUK KOLABORASI PERNIAGAAN

Thursday 17/11/2016



Team-One menawarkan ruang kerja tunggal dan berterusan yang menggabungkan pemesejan yang berpusatkan pasukan dengan komunikasi bersatu dan kepintaran mengikut konteks

GAITHERSBURG, Md., Nov 17  (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc.  (NASDAQ:BSFT), perisian komunikasi bersatu global sebagai peneraju perkhidmatan (UCaaS) hari ini mengumumkan pelancaran BroadSoft Team-One - aplikasi komunikasi dan kolaborasi semua dalam satu yang menggabungkan ciri-ciri pemesejan yang berpusatkan pasukan dengan komunikasi disatukan seperti klik untuk memanggil dan mesyuarat secara langsung. Dengan Team-One, pasukan dan individu boleh menjadi lebih produktif dengan ruang kerja tunggal dan berterusan di mana semua kerja pasukan dan aplikasi berada dalam satu tempat.

Aplikasi pemesejan hari ini menguruskan satu aspek kerja sahaja – komunikasi, tugas, atau kandungan – menyebabkan pasukan terputus daripada perbualan kerja masa nyata atau memisahkan mereka daripada aliran kandungan dan maklumat kerja. Team-One membezakan dirinya daripada aplikasi pemesejan perusahaan hari ini melalui penyepaduan UC dan kepintaran mengikut konteks, jadi semua tugas, projek, fail, mesej dan nota yang diperlukan oleh pengguna berada dalam satu tempat, bersama-sama dengan persidangan video, klik untuk memanggil, perkongsian skrin dan penyepaduan dengan senarai aplikasi perniagaan yang semakin berkembang.

“Daripada menjadikan tenaga kerja lebih produktif, aplikasi pemesejan kendiri memburukkan lagi sarat maklumat yang disebabkan oleh kekurangan integrasinya dengan perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi teras lain,” ujar Scott Hoffpauir, ketua pegawai teknologi, BroadSoft. “Dengan menyepadukan pemesejan perusahaan dan kolaborasi pasukan dengan portfolio perkhidmatan komunikasi disatukan awan kami yang lebih luas, Team-One memudahkan pekerja untuk kekal terlibat dan produktif dari mana-mana lokasi dan menggunakan mana-mana peranti pilihan mereka.”

Team-One memberikan set keupayaan yang luas bagi meningkatkan produktiviti pasukan dan individu:

-Ruang kerja tunggal dan berterusan. Team-One menjadikan kerja harian mudah dengan pemesejan perusahaan yang berterusan yang menyokong komunikasi secara bersemuka dan juga berkumpulan. Ahli pasukan dengan mudah boleh mencari mesej dan kandungan sejarah, dan juga penyegerakan masa nyata yang bermakna maklumat boleh diakses dengan segera merentasi semua peranti.
-Kepintaran mengikut konteks terbina dalam. BroadSoft telah menyepadukan Team-One dengan BroadSoft Hub, sebuah aplikasi kepintaran mengikut konteks yang membekalkan maklumat dan fail yang benar-benar diperlukan oleh pengguna untuk menjadi produktif dan bersedia untuk setiap mesyuarat, panggilan dan interaksi.
-Penyepaduan menyeluruh dengan ciri-ciri komunikasi disatukan. Berbanding aplikasi pemesejan perusahaan kendiri, Team-One menggabungkan pemesejan yang berpusatkan pasukan dengan keupayaan komunikasi disatukan awan pertama mudah alih misalnya klik untuk memanggill dan mesyuarat secara langsung (persidangan video HD segera dalam, perkongsian skrin, bual kumpulan/video sembang) yang tersedia melalui BroadSoft UC-One.
-Tugas dan pengurusan projek teguh. Ahli pasukan dengan mudah boleh mencipta, menugaskan dan mengesan tugas bagi setiap projek dan keupayaan perkongsian fail canggih memastikan ahli pasukan sentiasa bekerja dengan maklumat mutakhir.
-API, Bot dan Penyepaduan. Team-One dibina untuk perniagaan dengan keupayaan penyepaduan aplikasi yang teguh bagi menghubungkan aliran kerja di antara orang dan aplikasi, keselamatan dan prestasi gred pembekal dan pilihan konfigurasi yang luas.

Sepanjang dua tahun yang lalu, Frost & Sullivan telah mengiktiraf Team-One [dahulunya Intellinote] disebabkan faktor inovasi produknya, termasuk 2015 North America Mobile Employee Collaboration Solutions Product Leadership Award (Anugerah Kepimpinan Produk Penyelesaian Kolaborasi Pekerja Mudah Alih Amerika Utara 2015). Bagi anugerah ini, produk itu telah diberikan penghormatan kerana sentiasa membekalkan “strategi komunikasi dalam pasukan yang terbaik dengan platform fleksibelnya—menyepadukan aplikasi perniagaan yang terkenal, menawarkan akses fail pada bila-bila masa untuk mana-mana peranti dan penambahbaikan terhadap komunikasi masa nyata.”

Team-One ialah sebahagian daripada rangkaian BroadSoft Business, yang menyediakan portfolio bersepadu lengkap bagi PBX awan sedia perusahaan, komunikasi disatukan, kolaborasi pasukan dan aplikasi pusat panggilan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Team-One, sila lawati DI SINI.

Tonton kehebatan Team-One DI SINI.

Pernyataan Masa Hadapan:

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan masa hadapan di dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pernyataan masa hadapan ini mungkin dikenal pasti berdasarkan penggunaan terma dan frasa seperti “mendayakan” dan “boleh” serta terma dan frasa seumpamanya dan merangkumi, antara lain, kenyataan berkaitan manfaat kepada pelanggan BroadSoft akibat daripada penggunaan penyelesaian Team-One BroadSoft. Hasil daripada keadaan yang diterangkan dalam kenyataan masa hadapan ini adalah tertakluk kepada risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada keputusan yang dijangka oleh kenyataan masa hadapan ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor kewangan dan manfaat lain kepada BroadSoft akibat daripada penggunaan Team-One BroadSoft oleh pelanggan pembekal perkhidmatannya kerana faktor tersebut terkandung di dalam bahagian "Faktor Risiko" bagi Borang 10-K BroadSoft bagi tahun berakhir 31 Disember 2015, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti danPertukaran, atau SEC, pada 29 Februari 2016, serta dalam pemfailan BroadSoft yang lain dengan SEC. Semua maklumat dalam keluaran ini ialah pada 16 November 2016. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang, BroadSoft tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini secara terbuka apa-apa pernyataan  masa hadapan yang dinyatakan di sini di atas apa jua sebab bagi mengesahkan kenyataan dengan keputusan sebenar atau perubahan dalam jangkaannya.

Mengenai BroadSoft:

BroadSoft ialah pereka baharu teknologi dalam komunikasi awan, kolaborasi dan penyelesaian pusat panggilan untuk perniagaan dan pembekal perkhidmatan merentasi 80 buah negara. Kami merupakan peneraju bahagian pasaran bagi komunikasi bersatu awan dengan platform terbuka, mudah alih dan selamat yang dipercayai oleh 25 daripada 30 pembekal perkhidmatan terbaik di dunia mengikut pendapatan. Rangkaian aplikasi BroadSoft Business kami memperkasa pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan kerja semata-mata untuk mencapai prestasi cemerlang.

Untuk maklumat tambahan, sila lawati www.BroadSoft.com.

Twitter | LinkedIn | Work It!

Perhubungan Pelabur:
Chris Martin
+1 561-404-2130
cmartin@broadsoft.com

Hubungan Media:

Amerika
Brian Lustig, Bluetext PR bagi BroadSoft US
+1 301.775.6203
brian@bluetext.com

Eropah
Andy Crisp / Jon Bawden / Kate Anderson, Cohesive bagi BroadSoft UK
+44 (0) 1291 626200
broadsoft@wearecohesive.com

APAC
Terry Alberstein, Navigate Communication
+61 (0) 458-484-921
terry@navigatecommunication.com.au

SUMBER : BroadSoft, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.