ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  KUMPULAN OMNIMEDIA YANG PERTAMA DI CHINA - GUANGDONG SOUTHERN FINANCE DAN KUMPULAN OMNIMEDIA EKONOMI DITUBUHKAN DI GUANGDONG

Friday 18/11/2016



AsiaNet 66585

GUANGZHOU, China, 18 Nov., 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Pada 17 November, satu upacara membuka tirai bagi Guangdong Southern Finance dan Kumpulan Omnimedia Ekonomi telah diadakan di Guangzhou, sekali gus menandakan penubuhan rasmi kumpulan Omnimedia yang pertama di China.
 
Ia dilaporkan bahawa Guangdong Southern Finance dan Kumpulan Omnimedia Ekonomi yang baharu ditubuhkan itu mengintegrasikan sumber-sumber kewangan premium dan media ekonomi serta aset yang produktif bagi Kumpulan Media Nanfang dan Stesen Radio dan Televisyen Guangdong. Dengan strategi media bersilang, institusi bersilang dan format bersilang, kumpulan itu mengambil "media", "data" dan "urus niaga" sebagai perniagaan teras mereka dan akan berusaha untuk membangunkan diri mereka menjadi satu model transformasi media.
 
Adalah difahamkan bahawa asas bagi kumpulan itu berfungsi bukan sahaja untuk penyusunan strategik penumpuan media tetapi juga ia merupakan satu langkah utama di dalam strategi media dalam memberikan perkhidmatan kepada negara, melindungi keselamatan kewangan dan maklumat ekonomi negara dan persaingan bagi mendapatkan hak bersuara dan standard di dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa.
 
Pada majlis membuka tirai itu,  media "pengangkut pesawat" kewangan dan ekonomi baharu itu mengemukakan tiga sasaran: membina kumpulan itu menjadi sebuah  pelapor perniagaan yang terkemuka di dunia, sebuah penyedia maklumat kewangan yang menyeluruh di dalam negara dan sebuah enjin baharu bagi industri budaya yang serba moden. Dengan keazaman untuk menyaingi Bloomberg, pembekal maklumat kewangan dan ekonomi terbesar di dunia, kelahirannya menarik perhatian yang meluas di kalangan masyarakat.
 
Kemunculan era Internet membawa bersama cabaran gangguan serta peluang-peluang bersejarah bagi kesemua industri termasuk media. Kepimpinan kanan China telah sentiasa memberi keutamaan kepada pembangunan penumpuan media dan membawa ke hadapan untuk mempercepatkan kemajuan ini dan pada masa yang sama mengukuhkan pendapat arus perdana.
 
Encik Shen Haixiong, Ahli Jawatankuasa Tetap bagi Jawatankuasa CPC Guangdong dan Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Wilayah Guangdong, berharap agar kumpulan itu dapat "berakar umbi di Guangdong, memberi tumpuan kepada China dengan pengaruh ke atas Asia Tenggara dan dunia, berusaha untuk membina dalam tempoh tiga hingga lima tahun satu sistem indeks yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi China Selatan dalam bidang tertentu yang penting dalam kewangan dan ekonomi yang berfungsi sebagai barometer ekonomi China, menyuntik kekuatan baharu kepada pembangunan penumpuan media di Guangdong."
 
Encik Shen juga menekankan dua prinsip utama. Pertama, Guangdong Southern Finance dan Kumpulan Omnimedia Ekonomi mesti melindungi keselamatan kewangan dan maklumat ekonomi China, berusaha bagi hak bersuara dan standard yang sepadan dengan status ekonomi China, melaksanakan dengan tegas misi negara itu, berakar umbi di Guangdong, berkhidmat ke arah strategi-strategi negara dan menyertai persaingan global.
 
Sementara itu, pengalaman pengguna menguji kesemuanya. Oleh itu kumpulan tersebut harus  berorientasikan permintaan, berusaha sedaya upaya untuk bersaing bagi pasaran dan pengiktirafan global, secara aktif menerokai model baharu bagi penumpuan media dan membina kumpulan itu menjadi sebuah media arus perdana kewangan dan ekonomi jenis baharu, sebuah pelapor perniagaan global yang terkemuka, sebuah penyedia maklumat kewangan dalam negeri yang komprehensif dan sebuah enjin baharu bagi industri budaya moden.
 
Sumber: Pejabat Maklumat bagi Kerajaan Wilayah Guangdong, China 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.