ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  INFINERA MENJANA RANGKAIAN SKALA AWAN DENGAN PLATFORM DTN-X BAHARU

Friday 18/11/2016



SUNNYVALE, Calif, 18 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Infinera, pembekal Rangkaian Pengangkutan Pintar, mengumumkan beberapa platform baharu di dalam Rangkaian DTN-X terbaik dalam kelasnya yang direka untuk menjana rangkaian skala awan. Dengan pengumuman ini, Infinera menyambut ketibaan seni bina Rangkaian Pengangkutan Pintar generasi akan datang yang menggabungkan teknologi skala web yang terbaik dengan teknologi gred telco yang terbaik, menghasilkan lebih daripada 50 peratus jumlah kos pemilikan (TCO) yang lebih baik daripada rangkaian konvensional. Infinera mengumumkan dua platform baharu, meshponder XT-3300 dan XT-3600, dan juga naik taraf yang ketara ke dalam platform Nod Pengangkutan Optik Paket (P-OTN) XTC-4 dan XTC-10. Infinera juga mengumumkan casis MTC-6 FlexILS dan Pemultipleks Tambah-Lepas Boleh Dikonfigurasi Semula Grid Fleksibel (FlexROADM) saluran super 20 port, elemen utama di dalam salah satu sistem talian terbuka grid fleksibel yang dilaksanakan paling meluas.

Aplikasi berasaskan awan baharu seperti Internet Perkara (IoT), Kemayaan Fungsi Rangkaian (NFV), XaaS, video dan realiti maya mendorong jumlah lebar jalur yang semakin meningkat merentasi pembekal perkhidmatan rangkaian dasar laut, jarak jauh, metro dan saling sambung pusat data (DCI). Apabila infrastruktur awan berkembang dan rangkaian berhijrah ke seni bina Lapisan T (Perkhidmatan Awan) dan Lapisan T (Pengangkutan Pintar) baharu, pembekal perkhidmatan memerlukan rangkaian Lapisan T mereka disesuaikan dengan aliran trafik baharu dan menyokong pengembangan skala keluar yang lancar. Rangkaian skala awan ini membenarkan pembekal perkhidmatan dengan cekap menangani kedua-dua keperluan sambungan linear Ethernet N x 100 gigabit (GbE) besar yang didorong oleh pengendali skala web dan juga keperluan sambungan jaringan pelbagai yang didorong oleh perusahaan telco lebih tradisional dan pelanggan kediaman. Bagi memenuhi keperluan ini, pembekal perkhidmatan memerlukan rangkaian skala awan yang:

- Boleh skala dan boleh hiris – teknologi saluran super pelbagai pembekal perkhidmatan menyampaikan lebar jalur yang sangat besar bagi setiap enjin optik bersama-sama dengan kemampuan untuk menggunakan kawalan rangkaian takrifan perisian (SDN) untuk menala, memodulasi dan menghalakan dengan bebas setiap panjang gelombang

- Bersepadu dan terpisah – pemultipleksan bahagian panjang gelombang tumpat (DWDM) bersepadu dan platform pensuisan berfungsi secara harmoni dengan platform seperti pelayan terpisah bagi membina rangkaian kos paling berkesan

- Selamat dan terbuka – penyelesaian terbuka dan boleh atur cara sepenuhnya di samping menampilkan penyulitan kadar talian dalam pesawat dan ciri-ciri keselamatan penting yang lain

Kini, Platform Rangkaian DTN menyepadukan Enjin Keupayaan Infiniti perintis Infinera yang menampilkan Kit Alat Koheren Maju. Pelayan baru seperti DTN-X XT-3300 dan XT-3600 ini merupakan platform meshponder pertama dalam industri, yang menggabungkan fungsi fotonik boleh hiris dan muxponder bagi menyampaikan kebolehskalaan tinggi sehingga 2.4 terabit sesaat (Tb/s) bersama-sama dengan granulariti berbutir halus bagi rangkaian jaringan optik. Platform meshponder faktor kecil seperti pelayan, yang dibangunkan daripada pengalaman dalam pasaran skala web, saling beroperasi dengan lancar dengan platform pensuisan DTN-X XTC berasaskan casis.

Platform DTN-X XTC-4 dan XTC-10 Infinera telah dinaik taraf bagi menyokong 1.2 Tb/s bagi setiap slot dan lebih daripada menggandakan keupayaan pensuisan dan penghantaran melalui naik taraf dalam perkhidmatan dan tanpa gangguan. Modul DWDM baharu yang dijana oleh Enjin Keupayaan Infiniti Infinera, wujud bersama dengan modul yang dilaksanakan justeru menawarkan perlindungan pelaburan yang lengkap. Kini, DTN-X XTC menawarkan sehingga 12 Tb/s keupayaan pensuisan tanpa sekatan dan berbanding sistem kompetitif, tiada tukaran di antara keupayaan simpangan sisi pelanggan dan keupayaan sisi talian.

Sistem talian terbuka FlexILS Infinera yang menyokong lebih daripada 50 Tb/s keupayaan fiber, mengambil saluran super dari platform DTN-X dan menghalakan panjang gelombang ke destinasi berkenaan bagi rangkaian jaringan optik yang fleksibel. Saluran super FlexROADM 20 port baharu menyokong granulariti saluran super grid fleksibel dengan saluran tunggal dan fungsi CDC (tidak berwarna, tanpa arah, tanpa pertelagahan) lengkap di samping menggunakan enam kali kurang fiber berbanding ROADM konvensional. FlexILS kini merangkumi casis MTC-6 kompak baharu dan terbuka sepenuhnya dan saling beroperasi dengan Infinera dan terminal pihak ketiga. 
             
Semua keupayaan baharu dalam Rangkaian FlexILS dan DTN-X Family dikawal oleh Rangkaian Perisian Xceed dan diuruskan oleh Pentadbir Rangkaian Digital (DNA) Infinera. Portfolio perisian komprehensif ini mendayakan pembekal perkhidmatan untuk mengoptimumkan rangkaian dengan mudah termasuk memastikan trafik di lapisan optik lebih lama dan dirapi dan ditukarkan apabila perlu sahaja.

Dengan membawakan keupayaan ini ke dalam Rangkaian Pengangkutan Pintar disatukan generasi akan datang dan menyokong penghijrahan ke rangkaian skala awan, pembekal perkhidmatan boleh mengurangkan TCO dengan mendadak sebanyak 50 peratus melalui penggunaan peralatan, kuasa dan ruang yang dikurangkan.

“Windstream ialah salah satu pembekal komunikasi rangkaian maju paling cepat berkembang di Amerika Syarikat,” ujar Buddy Bayer, Naib Presiden Kanan, Kejuruteraan Pengangkutan di Windstream. “Apabila kami meluaskan laluan rangkaian pengangkutan fiber kami di Amerika Syarikat, kami bergantung pada penyelesaian rangkaian yang boleh dinaik taraf dengan mudah seperti FlexILS yang menyediakan sistem talian terbuka dan keupayaan ROADM 20 port baharu. Dengan pelaksanaan DTN-X yang sedia ada, kami menyandarkan harapan pada modul dan platform berasaskan Enjin Keupayaan Infiniti multi-terabit baharu untuk menjana rangkaian skala awan Windstream."

“Apabila kami mengembangkan dan membina rangkaian jarak jauh dan metro yang memberikan perkhidmatan kepada lebih 1,200 pelanggan di 80 buah negara, kami memutuskan untuk bekerjasama dengan Infinera bagi mengendalikan rangkaian pengangkutan mudah diskalakan dan fleksibel,” ujar Mattias Fridström, Ketua Mubaligh di Telia Carrier. “Kami berbesar hati dengan rangkaian produk Infinera yang telah diumumkan. Terdapat penyelesaian yang sangat hebat yang boleh menangani pertumbuhan yang memberangsangkan dalam permintaan untuk perkhidmatan 100G yang didorong oleh pelanggan Pembekal Kandungan Internet kami. Di samping itu, naik taraf lancar ke keupayaan lebih tinggi dalam platform DTN-X XTC melindungi pelaburan yang telah dibuat dalam rangkaian kami."

“Infinera mengubah rangkaian pengangkutan menjadi terbuka dan skala awan,” ujar Dr. Dave Welch, Pengasas dan Presiden Infinera. “Kami membawakan kuasa skala web ke rangkaian pembekal perkhidmatan dengan seni bina meshponder dan suis multi-terabit disatukan yang diuruskan oleh lapisan kawalan bersama dan terbuka. Rangkaian DTN-X yang dinaik taraf dan CDC FlexROADM baharu menyampaikan seni bina baharu yang membolehkan pengendali rangkaian membekalkan perkhidmatan pengguna akhir yang boleh skala dan selamat dengan kos yang murah. Seni bina ini menujukkan komitmen Infinera terhadap inovasi bagi membolehkan pelanggan kami membina infrastruktur skala awan generasi akan datang."

“Infinera terus berinovasi dalam rangkaian optik dengan pelopor industri,” ujar Tim Doiron, Ketua Penganalisis, Rangkaian Pintar di ACG Research. “Enjin Keupayaan Infiniti yang digabungkan ke dalam Rangkaian DTN-X menyerlahkan keupayaan multi-terabit yang sangat besar dalam jejak peneraju industri bagi membina rangkaian skala awan. Dengan kepingan lebar jalur 100 Gigabit boleh tala dan boleh atur cara sepenuhnya dan kawalan SDN, pembekal perkhidmatan boleh mengubah suai rangkaian mereka secara dinamik dan segera bagi memadankan permintaan lebar jalur dengan imperatif perniagaan. Teknologi penyulitan Lapisan 1 kelajuan wayar multi-terabit Enjin Keupayaan Infiniti menyediakan lapisan keselamatan rangkaian yang penting dan boleh skala untuk pembekal perkhidmatan."

Penghantaran casis sistem talian terbuka MTC-6 FlexILS sedang dibuat sekarang. Platform XT-3300 dirancang dipasarkan pada suku pertama 2017 dengan disusuli platform lain bermula suku kedua 2017.

Sumber Tambahan

- Daftar untuk webcast Insight Infinera 2016, satu acara langsung yang menumpukan pada penyelesaian baharu ini, bermula pada 8:30 pg. Waktu Standard Pasifik yang bertarikh 17 November, 2016

- Laman web: Rangkaian Infinera DTN-X

- Siaran Akhbar: Infinera Memerkenalkan Fungsi Langkah Akan Datang dalam Rangkaian Optik dengan Enjin Keupayaan Infiniti Perintis

Foto dilampirkan bersama pengumuman ini ada terdapat di 
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8fb811df-d5f1-4914-843c-91c5e65a2757

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/6a554847-377c-40cb-8a26-948ee699db5f

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4b20c10b-3c67-42d8-b5a6-b877c0d09cbf

Mengenai Infinera
Infinera (NASDAQ:INFN) membekalkan Rangkaian Pengangkutan Pintar, membolehkan pembekal perkhidmatan, pengendali awan, kerajaan dan perusahaan menyeragamkan lebar jalur rangkaian, mempercepatkan inovasi perkhidmatan dan memudahkan operasi rangkaian optik. Portfolio paket-optik hujung ke hujung Infinera direka untuk aplikasi jarak jauh, dasar laut, saling sambung pusat data dan metro. Litar bersepadu fotonik skala besar unik Infinera mendayakan penyelesaian rangkaian optik inovatif untuk rangkaian yang paling mencabar. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Infinera, sila lawati www.infinera.com, ikuti kami di Twitter @Infinera dan membaca paparan blog terkini kami di blog.infinera.com

Infinera dan logo Infinera ialah tanda dagangan Infinera Corporation.

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan yang memandang ke hadapan termasuk, tetapi tidak terhad kepada faedah menggunakan produk-produk Infinera dari segi ekonomi dan teknikal. Pernyataan ini bukan jaminan hasil dan tidak boleh dianggap sebagai petunjuk aktiviti atau prestasi akan datang. Hasil sebenar mungkin berbeza dengan ketara daripada jangkaan ini akibat daripada pelbagai risiko dan ketidaktentuan. Maklumat tentang risiko dan ketidaktentuan ini, serta risiko dan ketidaktentuan lain yang mempengaruhi perniagaan Infinera ada terkandung dalam bahagian faktor risiko dan bahagian lain Laporan Suku Tahunan Infinera dalam borang 10-Q bagi suku berakhir 24 September, 2016 seperti yang difailkan dengan SEC pada 1 November, 2016 dan juga laporan berikutnya yang difailkan dengan atau dikemukakan kepada SEC. Laporan-laporan ini boleh didapati di laman web Infinera di www.infinera.com dan laman web SEC di www.sec.gov. Infinera tidak bertanggungjawab dan tidak bercadang pada masa ini untuk mengemas kini mana-mana pernyataan yang memandang ke hadapan sedemikian.

SUMBER : Infinera

Maklumat Hubungan:
Media: 
Anna Vue
Tel. +1 (916) 595-8157
avue@infinera.com
Pelabur:
Jeff Hustis
Tel. +1 (408) 213-7150
jhustis@infinera.com

 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.