ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  BROADSOFT MEMPERKENALKAN UC-ONE CONNECT DAN UC-ONE MEET UNTUK MEMPERKAYA PENGALAMAN MUDAH ALIH

Friday 18/11/2016



Apl mudah alih komunikasi & kolaborasi BroadSoft UC-One terkini perkemas pemesejan dan dayakan masukan satu klik ke panggilan persidangan
 
GAITHERSBURG, Md., Nov 18 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT), peneraju perisian komunikasi disatukan global sebagai perkhidmatan (UCaaS), telah melancarkan dua aplikasi UC-One® pertama mudah alih baharu yang dengan ketara boleh meningkatkan produktiviti dan pengalaman pengguna pekerja yang sedang dalam perjalanan. Digabungkan dengan portfolio BroadSoft Business komunikasi disatukan, kolaborasi pasukan dan aplikasi pusat panggilan, ia memberikan pengalaman PBX awan pertama mudah alih yang lengkap, yang direka untuk memperkemas aliran kerja, meningkatkan pengalaman mudah alih, serta mendayakan ahli profesional perniagaan menjadi produktif tanpa mengira sama ada mereka dalam perjalanan atau berada di ruang kerja pejabat.
 
UC-One Connect
Dengan 83% daripada pekerja menggunakan peranti mudah alih mereka di tempat kerja1 pada masa ini, aplikasi pemesejan telah menjadi syarat penting terhadap kolaborasi tempat kerja yang berkesan. UC-One Connect yang dioptimumkan untuk pengalaman mudah alih, membenarkan pekerja membawa pejabat ke mana-mana jua mereka pergi, membolehkan mereka bersembang, menyemak kehadiran dan panggilan menggunakan identiti perniagaan dari peranti mudah alih Apple atau Android milik mereka.
 
UC-One Meet
UC-One Meet menjimatkan masa dan kesulitan dengan membenarkan pengguna menyertai dan menganjurkan panggilan persidangan dengan satu sentuhan dari telefon bimbit mereka, menggunakan identiti perniagaan. Ini membantu menyelesaikan masalah hampir 37% daripada mesyuarat yang bermula lewat2 dan banyak yang ditinggalkan sama sekali, disebabkan kesukaran mendapatkan kod panggilan persidangan dan nombor dail masuk semasa dalam perjalanan.
 
BroadSoft adalah dipercayai oleh lebih daripada 600 pembekal perkhidmatan di seluruh dunia, termasuk 25 daripada 30 pembekal perkhidmatan terbesar mengikut pendapatan. Portfolio lengkap BroadSoft Business UC-One merangkumi pemesejan dan kehadiran segera, kolaorasi audio dan video, perkongsian desktop dan fail, ciri-ciri suara canggih, serta aplikasi mudah alih.
 
“Kami telah membangunkan UC-One Connect dan UC-One Meet dengan mengutamakan pengalaman mudah alih, supaya anda boleh menyertai panggilan persidangan hanya dengan satu klik,” ujar Scott Hoffpauir, ketua pegawai teknologi, BroadSoft. “Apabila kebanyakan hari bekerja mendesak kita meninggalkan pejabat, pasukan lebih banyak bergantung pada komunikasi cepat dan mudah alih untuk memastikan produktiviti dan terus berhubung antara rakan sekerja. UC-One Connect dan UC-One Meet menangani masalah komunikasi utama yang dihadapi semasa anda dalam perjalanan. Matlamat kami dengan aplikasi ini ialah menjadikan kerja lebih mudah.”
 
Tonton lebih lanjut mengenai UC-One Connect DI SINI.
 
Tonton lebih lanjut mengenai UC-One Meet DI SINI.
 
1 CareerBuilder
 
2 Business Insider
 
Pernyataan yang Memandang Ke Hadapan:
Siaran akhbar ini mungkin mengandungi pernyataan yang memandang ke hadapan di dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pernyataan yang memandang ke hadapan ini mungkin dikenal pasti berdasarkan penggunaan terma dan frasa seperti “mendayakan” dan “boleh” serta terma dan frasa seumpamanya dan merangkumi, antara lain, pernyataan berkaitan manfaat kepada pelanggan BroadSoft hasil daripada penggunaan aplikasi UC-One mudah alih. Hasil kejadian yang diterangkan dalam pernyataan yang memandang ke hadapan ini adalah tertakluk kepada risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada keputusan yang dijangka oleh pernyataan yang memandang ke hadapan ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor kewangan dan manfaat lain kepada BroadSoft hasil daripada penggunaan aplikasi UC-One mudah alih oleh pelanggan pembekal perkhidmatannya kerana faktor tersebut terkandung di dalam bahagian "Faktor Risiko" Borang 10-K BroadSoft bagi tahun berakhir 31 Disember, 2015, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, atau SEC, pada 29 Februari, 2016, serta dalam pemfailan BroadSoft yang lain dengan SEC. Semua maklumat dalam siaran ini ialah pada 17 November, 2016. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang, BroadSoft tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa-apa pernyataan yang memandang ke hadapan yang didedahkan kepada umum yang dibuat di dalam ini atas apa jua sebab bagi mengesahkan pernyataan dengan keputusan sebenar atau perubahan dalam jangkaannya.
 
Mengenai BroadSoft:
BroadSoft ialah pereka baharu teknologi dalam komunikasi awan, kolaborasi dan penyelesaian pusat panggilan untuk perniagaan dan pembekal perkhidmatan merentasi 80 buah negara. Kami merupakan peneraju bahagian pasaran bagi komunikasi bersatu awan dengan platform terbuka, mudah alih dan selamat yang dipercayai oleh 25 daripada 30 pembekal perkhidmatan terbaik di dunia mengikut pendapatan. Rangkaian aplikasi BroadSoft Business kami memperkasa pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan kerja semata-mata untuk mencapai prestasi cemerlang.
 
Untuk maklumat tambahan, sila lawati www.BroadSoft.com.
 
Twitter | LinkedIn | Work It!
 
Perhubungan Pelabur:
Chris Martin
+1 561-404-2130
cmartin@broadsoft.com

Hubungan Media:
Amerika
Brian Lustig, Bluetext PR bagi BroadSoft US
+1 301.775.6203
brian@bluetext.com

Eropah
Andy Crisp / Jon Bawden / Kate Anderson, Cohesive bagi BroadSoft UK
+44 (0) 1291 626200
broadsoft@wearecohesive.com

APAC
Terry Alberstein, Navigate Communication
+61 (0) 458-484-921
terry@navigatecommunication.com.au

SUMBER : BroadSoft, Inc

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.