ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  CHTF2016 MENGHIMPUNKAN 23 BUAH NEGARA DI SEPANJANG “ONE BELT, ONE ROAD”

Monday 21/11/2016



SHENZHEN, China, 21 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran Hi-Tech China ke-18 (CHTF2016) dibuka di Pusat Pameran dan Konvensyen Shenzhen pada 16 November, dengan menonjolkan zon khas "One Belt, One Road". Ia mengumpulkan 43 astaka antarabangsa dari 31 buah negara dan 12 organisasi antarabangsa, antaranya 23 yang terletak di sepanjang "One Belt, One Road", termasuk negara peserta yang hadir buat kali pertama Bahrain dan Afrika Selatan.

Astaka Bavaria dari Jerman, sebagai sebuah peserta tetap CHTF, membawa 10 buah syarikat pada tahun ini, yang meliputi pelbagai bidang profesional termasuk pembuatan peranti elektronik, bangunan sistem rangkaian pintar, pengeluaran komponen sistem dan automasi sistem. iAd GmbH memaparkan produk teras mereka yang digunakan di dalam komunikasi talian kuasa, sistem lampu & pemantauan lapangan terbang dan radio automatik pelbagai saluran. Carbotechnik Energiesysteme GmbH mempamerkan alat pembakar dan sistem pembakaran arang batu mereka. Hajomech Industrietechnik GmbH berkongsi teknologi dan amalan mereka di dalam bekalan kuasa mudah alih kuasa industri, pelupusan bahan longgar dan tenaga bersih. Cool Tool menunjukkan teknologi pemodelan mereka dan pelbagai peralatan yang berinovatif.

Kedutaan Republik Czech ke China bekerjasama dengan Jabatan Penggalakan Perdagangan di Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Republik Czech dan membawa syarikat-syarikat berteknologi tinggi tempatan untuk memaparkan beberapa produk dan teknologi yang telah memenangi anugerah. Smart Heating Technology memaparkan teknologi dandang bahan biojisim automatik dan memperkenalkan penyelesaian mereka bagi biojisim dan tenaga yang boleh diperbaharui. SVCS Process Innovation membawa penyelesaian bersepadu mereka yang direka khas untuk menyediakan proses difusi bagi industri semikonduktor dan fotovoltan. Daisy menunjukkan perisian mereka untuk perancangan, reka bentuk dan operasi grid bagi kesemua peringkat voltan. Lipa Learning memperkenalkan perisian mereka untuk teknologi pendidikan moden dan berinteraksi dengan pengunjung.

Pempamer dari Pakistan memaparkan pencapaian penyelidikan IT mereka yang terbaharu dan menunjukkan kekuatan IT mereka yang kompetitif. CAD CAM Center memaparkan siri produk antivirus Panda Security yang termasuk server sandbox e-mel, penghapus malware, pengauditan malware, ujian penembusan dan perisian robot. CATALYST IT Solutions berkongsi penyelesaian perisian mereka untuk industri kewangan dan bursa saham. Export Setup memaparkan perkhidmatan teknologi termaju mereka bagi membantu PKS memasuki arena global. ZEKAB International memaparkan produk VR mereka yang direka bentuk untuk pengguna mudah alih. Moftak Solutions memperkenalkan perisian pengurusan acara mereka yang dikenali "Chillisauce".

Dengan kemajuan inisiatif "One Belt, One Road", CHTF akan terus komited di dalam misi "pertukaran untuk inovasi, kerjasama bagi faedah bersama" mereka dan berusaha untuk menggalakkan pertukaran teknologi tinggi dan mewujudkan diri mereka sebagai sebuah platform profesional antarabangsa bagi kerjasama ekonomi.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20161119005031/en/

Hubungi
Pameran Hi-Tech China
Alice Chen, 86-13422884433
chtf2016@qq.com
 
Sumber: Pameran Hi-Tech China

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.