ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  DUTA-DUTA BELIA UNTUK "HARI KESEDARAN TSUNAMI SEDUNIA"

Monday 21/11/2016

AsiaNet 66596

TOKYO, 21 Nov., 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet / --
 
Pelajar-pelajar sekolah menengah dari 29 buah negara akan dijemput ke Jepun untuk melawat Wilayah Miyagi dan Wilayah Wakayama, di mana mereka akan menyertai pelajar-pelajar Jepun untuk mengkaji dan membuat lawatan lapangan bagi mempelajari tentang pencegahan dan pengurangan bencana. Di Wilayah Kochi, pelajar-pelajar akan juga mengambil bahagian di dalam Sidang Kemuncak Sekolah Menengah mengenai "Hari Kesedaran Tsunami Sedunia" di Kuroshio.

Pelajar-pelajar akan belajar tentang sejarah tsunami, pemulihan/ pembinaan semula selepas gempa bumi di Jepun, dan usaha pencegahan dan pengurangan risiko bencana bagi kemungkinan Gempa Bumi Palung Nankai. Tujuan program itu diadakan adalah untuk menggalakkan pemimpin-pemimpin yang akan bertanggungjawab bagi mengurangkan kesan gempa bumi dan tsunami dan membina ketahanan negara pada masa hadapan.
 
* Sidang Kemuncak Sekolah Menengah mengenai "Hari Kesedaran Tsunami Sedunia" di Kuroshio. Mesyuarat belia antarabangsa ini, yang akan diadakan di bandar Kuroshio, Wilayah Kochi, adalah satu acara untuk meningkatkan kesedaran mengenai "Hari Kesedaran Tsunami Sedunia" (5 November) yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada Disember 2015. Pelajar sekolah menengah dari 30 buah negara, termasuk Jepun, dijangka mengambil bahagian di bawah tema acara itu "Apa kita, generasi akan datang, boleh lakukan untuk terus bertahan daripada bencana semula jadi dari sudut pandangan membantu diri, kerjasama dan bantuan awam".
 
1. Gambaran Keseluruhan Aktiviti
- Penyertaan di dalam Sidang Kemuncak Sekolah Menengah mengenai "Hari Kesedaran Tsunami Sedunia" di Kuroshio
- Lawatan Sambil Belajar di Wilayah Miyagi (lawatan lapangan ke kawasan bencana Gempa Bumi Great Timur Jepun; pertemuan pertukaran dengan pelajar sekolah tinggi Jepun, kerja berkumpulan, dan lain-lain)
- Lawatan Sambil Belajar di Wilayah Wakayama (lawatan lapangan termasuk "Inamura-no-Hi no Yakata"; pertemuan pertukaran dengan pelajar sekolah tinggi Jepun, dan lain-lain)
- Program yang membawa kepada peningkatan pemahaman holistik ke arah Jepun, dan lain-lain.
 
2. Ringkasan bagi Kumpulan-kumpulan Pelawat
- Tempoh Jemputan: 22 hingga 29 November, 2016
- Jumlah yang dijemput: Sejumlah 284 orang (246 pelajar sekolah menengah,   38 orang penyelia)
- Komposisi anggota: Pelajar sekolah menengah dari 29 buah negara dan penyelia mereka
 
(Negara-negara yang turut serta)
China/ Republik Korea/ India/ Sri Lanka/ Maldives/ Indonesia/ Kemboja/ Singapura/ Thailand/ Filipina/ Brunei/ Vietnam/ Malaysia/ Myanmar/ Laos/ Samoa/ Tonga/ Papua New Guinea/ Palau/ Fiji/ Marshall/ Micronesia/ Amerika Syarikat/ Chile/ Peru/ Turki/ Portugal/ Greece/ Kenya
 
- Melaksanakan organisasi: Pusat Persahabatan Jepun-China, Persatuan Kerjasama Seberang Laut Jepun
- Agensi-agensi Yang Bekerjasama: Badan-badan yang relevan di setiap negara
 

Sumber: Pusat Persahabatan Jepun-China
              Persatuan Kerjasama Seberang Laut Jepun


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.