ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  MODEL E-DAGANG TERKINI DI DUNIA DARIPADA JUMORE DIPAPARKAN DI APEC

Tuesday 22/11/2016



AsiaNet 66627

LIMA, Peru, 22 Nov., 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC 2016 telah diadakan pada 17 hingga 19 November, di Lima, Peru. Sebagai wakil kepada perusahaan China, Jumore E-commerce Co., Ltd., dengan model e-dagang E4B (Ekosistem untuk Perniagaan) yang terkini di dunia telah dijemput untuk menghadiri sidang kemuncak itu dan menyampaikan satu ucapan penting.  Semasa sidang kemuncak itu, Jumore mengadakan aktiviti pertukaran bagi pemimpin-pemimpin perniagaan APEC, yang merupakan yang pertama diadakan oleh sebuah perusahaan China semasa Sidang Kemuncak APEC.

Tema Sidang Kemuncak APEC itu adalah "Pertumbuhan Berkualiti Tinggi dan Pembangunan Insan". Semasa sidang kemuncak itu, Encik Lu Hongxiang, Pengerusi Jumore, telah dijemput untuk mengambil bahagian di dalam satu dialog bertajuk "Mereka Bentuk Semula Perdagangan". Encik Lu bertukar-tukar pandangan dengan Encik Enrique Peña Nieto - Presiden Mexico, Encik John Key - Perdana Menteri New Zealand, Encik Ken Allen - Presiden DHL, dan lain-lain. Encik Lu Hongxiang menjelaskan bahawa model E4B (Ekosistem untuk Perniagaan) akan menjadi penggerak yang berinovatif untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dan mengubah corak perdagangan. Sebagai pemula model E4B, Jumore akan membuat yang terbaik daripada ekologi platform e-dagang untuk menggalakkan kerjasama yang menguntungkan semua pihak di antara negara dan perusahaan di seluruh dunia, membantu pelanggan menjalankan urus niaga dan kerjasama dengan pihak huluan dan hiliran yang lain, dan mengakses kepada kesemua perkhidmatan berkualiti yang disediakan oleh perusahaan premium pihak ketiga di seluruh dunia.

Selepas perbincangan panel itu, Jumore mengadakan satu aktiviti pertukaran yang bertajuk "Saling Berhubungan & Perkongsian Ekonomi" bagi pemimpin-pemimpin perniagaan APEC, yang merupakan yang pertama diadakan oleh perusahaan China semasa Sidang Kemuncak APEC dalam sejarahnya selama 27 tahun.

Menurut statistik, setakat September 2016, Jumore telah mencapai kerjasama dengan kesemua wilayah China dan lebih daripada 100 buah negara di seluruh dunia; dan membina hubungan baik dengan ahli-ahli APEC. Di samping Sidang Kemuncak APEC, Jumore akan meneruskan perjalanan ke benua Amerika untuk mengadakan lebih banyak dialog mengenai kerjasama dengan pegawai-pegawai dan wakil-wakil perusahaan di seluruh dunia. Semasa lawatan tersebut, Jumore akan mengadakan beberapa sidang kemuncak e-dagang merentasi sempadan di negara-negara yang berbeza untuk secara menyeluruh mendalamkan kerjasama itu.
 
Sumber: Jumore 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.