ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  SUPERIOR ESSEX INC. DAN FURUKAWA ELECTRIC CO., LTD. MENGUMUMKAN HASRAT UNTUK MEWUJUDKAN USAHA SAMA EROPAH

Thursday 24/11/2016



ATLANTA & BAD AROLSEN, Jerman & TOKYO, 24 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Essex Magnet Wire, satu bahagian di Superior Essex Inc., dan Furukawa Electric Co., Ltd. ("Furukawa Electric") hari ini mengumumkan hasrat mereka untuk membentuk satu usaha sama bagi membekalkan satu jenis baharu wayar belitan bervoltan tinggi (HVW) untuk digunakan terutamanya bagi industri automotif di seluruh Kawasan Ekonomi Eropah.
 
Usaha sama itu akan mengeluar, memasar, menjual dan mengedarkan HVW yang digunakan di dalam motor yang dipacu elektrik, alat penjana, dan reaktor untuk kenderaan automotif. Usaha ini menggabungkan sumber-sumber global dan kepakaran teknikal milik Essex Magnet Wire dan Furukawa Electric, iaitu, tenaga jualan dan operasi pembuatan Eropah Essex Magnet Wire dan teknologi Furukawa Electric yang berkaitan, di mana Furukawa Electric akan melesenkan usaha sama itu, untuk membekalkan satu jenis baharu HVW kepada pelanggan automotif di Eropah. Berpangkalan di Bad Arolsen, Jerman, usaha sama itu akan beroperasi di bawah nama Essex Furukawa Magnet Wire Europe. Walaupun Essex Magnet Wire akan menjadi pemegang saham majoriti di dalam usaha sama itu, pihak-pihak itu menjangka untuk mengendalikan usaha sama itu dalam semangat perkongsian komersial yang sebenar. Pembentukan usaha sama itu dijangka selesai pada suku pertama 2017, berikutan pelaksanaan perjanjian tetap dan penerimaan kelulusan kawal selia yang diperlukan.
 
Maklumat mengenai Essex Magnet Wire — satu bahagian di Superior Essex Inc.

Superior Essex Inc. mengeluar dan mengedarkan dawai dan produk kabel tembaga dan aluminium yang memberi kuasa dan menyambung segala-galanya dari bilik darjah dan pusat-pusat data kepada kenderaan elektrik dan peranti mudah alih. Selama lebih 85 tahun, Superior Essex telah memberi perkhidmatan kepada pasaran pengedaran berkaitan dawai magnet/ dawai belitan, perhubungan, dan tenaga. Bahagian Essex Magnet Wire memegang syer utama pasaran di Amerika Utara dan Eropah dengan menyediakan kepada pasaran automotif, industri, tenaga dan pasaran komersial dan kediaman dengan penghantaran dan perkhidmatan yang lancar daripada kemudahan di tujuh buah negara. Berdedikasi dalam menyelesaikan cabaran pelanggan dan pada masa yang sama memberi impak yang positif terhadap komuniti kami di seluruh dunia, Superior Essex, dan bahagiannya, terus menerokai  sempadan teknologi, kemampanan, dan inovasi. Untuk maklumat lanjut, sila layari superioressex.com.
 
Maklumat mengenai Furukawa Electric Co., Ltd.

Furukawa Electric Co., Ltd. (TSE: 5801) memulakan perniagaan pada tahun 1884, apabila kemudahan peleburan tembaga dan kilang pembuatan wayar mereka ditubuhkan. Sejak itu Furukawa Electric telah menjadi perintis di dalam teknologi terkini dengan menangani isu-isu teknologi yang pelbagai. Furukawa Electric telah mengeluarkan produk dalam beberapa bidang, termasuk telekomunikasi, elektronik, kereta, dan pembinaan, dengan tiga jenis bahan yang diusahakannya pada teras mereka, iaitu, optik, plastik, dan logam. Banyak daripada produk ini telah memproleh bahagian utama pasaran global, dan kesemua produk itu telah menyumbang kepada masyarakat dalam pelbagai bidang perniagaan. Furukawa Electric melaporkan pendapatan yang disatukan iaitu 874.8 bilion yen untuk tahun fiskal yang berakhir 31 Mac, 2016. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Furukawa Electric, sila layari furukawaelectric.com.
 
Hubungi
Superior Essex Inc.
Matt Wheeler
matt.wheeler@spsx.com

atau

Furukawa Electric Co., Ltd.
Shin Kato
shin.katoh@furukawaelectric.com

Sumber: Superior Essex Inc.
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian:
http://www.businesswire.com/news/home/20161123005332/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.