ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​SKY LOUNGE “AURORA” YANG SEDANG DIUBAH SUAI DI KEIO PLAZA HOTEL TOKYO DIBUKA PADA 7 DISEMBER

Thursday 24/11/2016



Menyediakan Kepada Pelanggan dengan Pemandangan Bandar Raya Tokyo Yang Menakjubkan dari Ketinggian 160 Meter di Tingkat 45
 
TOKYO, 24 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, sedang mengubah suai Sky Lounge “Aurora” yang akan dibuka semula pada 7 Disember 2016. "Aurora" yang diubah suai itu akan menyediakan kepada pelanggan dengan sebuah persekitaran tempat makan yang anggun dan bergaya dan pemandangan Bandar Raya Tokyo  dari ketinggian 160 meter di tingkat 45 di Keio Plaza Hotel. Lebih-lebih lagi, pelayan bar dan chef di hotel kami yang terkenal dan berbakat itu akan menyediakan pelbagai minuman dan makanan yang lazat untuk pelanggan menikmatinya pada waktu makan tengah hari pada hujung minggu dan semasa cuti sahaja dan pada waktu tengah hari sehingga lewat petang pada setiap hari.
 
Kami mewujudkan tempat duduk di Sky Lounge "Aurora" yang direka khas untuk menyerlahkan pemandangan panoramik latar langit bandar raya Tokyo dan untuk menyediakan kepada pengunjung rakyat Jepun dan dari luar negara dengan pengalaman menjamu selera yang indah dan tidak dapat dilupakan. Hiasan dalaman di Aurora menggunakan warna hitam dan putih untuk mewujudkan satu suasana yang ringkas dan bergaya di dalam ruang istirehat itu. Ia juga diserlahkan lagi dengan skrin kayu untuk menyediakan kepada pelanggan dengan peluang bagi menikmati ruang makan peribadi.
 
Keio Plaza Hotel sangat terkenal kerana mempunyai pelayan bar yang cekap. Diketuai oleh pelayan bar legenda Kazuya Watanabe, pemenang pertama pelayan bar bagi Pingat dengan Reben Kuning daripada maharaja Jepun, pelayan bar kami akan menggunakan kecekapan mereka untuk berusaha dalam menghasilkan minuman yang lazat dan menyediakan tahap hospitaliti yang tinggi untuk pelanggan menikmatinya di "Aurora."
 
Sesuai dengan reputasi Keio Plaza Hotel sebagai hotel pencakar langit yang pertama di Jepun, kami membelanjakan kira-kira JPY140 juta untuk kerja ubah suai ini bagi menyerlahkan pemandangan indah dari "Aurora".
 
Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel

Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu negara Tokyo, merupakan satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami boleh berbangga kerana mempunyai lebih 20 restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang terbuka dan mesra, perkhidmatan yang unik untuk menyelami budaya Jepun, termasuk bilik-bilik yang bertemakan Hello Kitty, percubaan perkahwinan kimonomajlis minum teh dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman sesawangYouTubeFacebook atau Instagram kami.
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51464013&lang=en
 
Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-5322-8113
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp

Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161123005029/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.