ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  KAJIAN NATIONAL STUDY GROUP MENGENAI NILAI PGA DAN SEISMIC ZONING MAP DIPERSETUJUI DIBINCANGKAN DI PERINGKAT JAWATANKUASA TEKNIKAL : PEMBANGUNAN MALAYSIAN STANDARD (MS) BERKENAAN GEMPA BUMI DI SABAH

Tuesday 29/11/2016



KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) --  Hasil kajian oleh National Study Group mengenai nilai Peak Ground Acceleration (PGA) dan Seismic Zoning Map secara dasarnya dipersetujui oleh Mesyuarat Meja Bulat  Pembangunan Malaysian Standard (MS) Berkenaan Gempa Bumi Sabah untuk bincangkan di peringkat jawatankuasa teknikal yang dianggotai para pakar pelbagai bidang. 

Kajian dibentangkan oleh Prof. Dr. Azlan Adnan, Universiti Teknologi Malaysia dan Prof. Dr. Felix Tongkul, Universiti Malaysia Sabah sebagai input bagi memuktamadkan draf National Annex to Malaysian Standard (MS) EN 1998-1 Eurocode 8: Design of structures for earthquake resistance - Part 1: General Rules, Seismic Actions and Rules for Building. Sesi ulasan awam bagi kali kedua akan dibuka setelah draf standard tersebut dipersetujui secara kolektif oleh kumpulan pakar tersebut.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan mesyuarat meja bulat ini bersama dengan Kerajaan Negeri Sabah di Kota Kinabalu dengan tujuan utama untuk memberi penerangan berkenaan status terkini pembangunan MS berkenaan gempa bumi. Selain daripada  itu, ianya adalah untuk mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihak berkepentingan yang terdiri daripada agensi-agensi Kerajaan, industri, badan profesional dan ahli akademik terutamanya mengenai nilai PGA yang akan digunakan di Sabah. 

Mesyuarat meja bulat ini telah dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau bersama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah I, YB Datuk Dr. Joachim Gunsalam.  

Ini juga merupakan salah satu langkah penambahbaikan draf standard gempa bumi iaitu draf National Annex to Malaysian Standard (MS) EN 1998-1 Eurocode 8: Design of structures for earthquake resistance - Part 1: General Rules, Seismic Actions and Rules for Building yang sebelum ini telahpun melalui proses ulasan umum bermula dari 1 Februari sehingga 14 April 2016. 

Standard ini adalah berdasarkan Standard Eurocode yang merupakan antara rujukan utama industri pembinaan. Pembangunan MS ini adalah susulan daripada hasil kajian oleh Jabatan Metrologi Malaysia (MetMalaysia) berkenaan bahaya dan risiko gempa bumi dan tsunami di Malaysia  yang diselaraskan oleh Akademi Sains Malaysia (ASM), agensi MOSTI. 

Kajian ini telah mengenalpasti keperluan MOSTI melalui Jabatan Standard Malaysia untuk mewujudkan standard bagi ciri-ciri reka bentuk struktur untuk rintangan gempa bumi termasuk di kawasan berisiko gempa bumi di negeri Sabah. Standard tersebut juga turut mengambilkira kejadian tsunami pada tahun 2004 dan gempa bumi yang berlaku di daerah Ranau pada bulan Jun 2015.

SUMBER : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama : Pn Kee Lai  Sien
Tel : 016 398 8801

Nama : Akmal Tujad
Tel : 012 9075 372 

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.