ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  ERGON MEMPERLUASKAN OPERASI DI ASIA

Wednesday 30/11/2016



JACKSON, Miss., 30 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ergon, yang pada masa ini merupakan pengeluar terbesar dunia bagi produk-produk khusus naftena dan pengeluar kedua terbesar bagi stok cerah, telah mengumumkan pengembangannya yang berterusan di peringkat global dengan sebuah terminal penyimpanan pukal baharu di Ulsan, Korea Selatan, dan juga sebuah pejabat serantau yang baharu di Singapura.
 
"Penambahan terminal penyimpanan dan pejabat ini kepada rangkaian bekalan dan pengedaran global Ergon membolehkan bagi perkhidmatan dan akses yang lebih baik untuk pelanggan di seluruh Asia," kata Per Klintstam, Presiden Ergon International, Inc.
 
HyGold 5000BS, stok cerah Ergon yang baharu, bersama-sama dengan kebanyakan gred naftena dan minyak transformer syarikat itu, boleh didapati di pasaran Asia mulai awal tahun 2017.
 
Maklumat mengenai Ergon
 
Ergon adalah sebuah kumpulan syarikat pemilikan persendirian yang menjalankan operasi di bawah enam segmen perniagaan utama: Penapisan & Pemasaran, Asfalt & Emulsi, Pengangkutan & Terminal, Minyak & Gas, Harta Tanah, dan Korporat & Lain-lain.
 
Hubungi
Ergon International, Inc.
Véronique Rousseau, + 32 473 56 71 55
Perhubungan Pasaran
veronique.rousseau@ergon.com
ergoninternational.com

atau

Ergon, Inc.
Jim Temple, +1-601-933-3000
Pengurus Perhubungan Korporat
jim.temple@ergon.com
ergon.com

Sumber: Ergon
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161129006298/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.