ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  ​GREENE, TWEED MENGELUARKAN STOK BENTUK BAGI WR®525 DAN AR®HT

Wednesday 30/11/2016



KULPSVILLE, Pa., 30 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Greene, Tweed diiktiraf di peringkat global di atas keupayaan kejuruteraan kami yang memimpin industri dan bahan-bahan proprietari yang cemerlang, termasuk Arlon® dan Chemraz®. Kebanyakan pengeluar peralatan asal atau OEM Minyak & Gas yang terkemuka di dunia memilih termoplastik kami kerana keupayaan mereka mempunyai daya ketahanan yang tinggi ke atas aplikasi yang paling mencabar di dalam persekitaran yang paling teruk.
 
Termoplastik WR®525 dan AR®HT kami telah lama digunakan oleh syarikat-syarikat petrokimia dan penjanaan kuasa yang utama di pelbagai aplikasi pam di mana suhu dan ketahanan kimia yang luar biasa, serta rintangan haus dan lelasan, diperlukan. Walaupun WR®525 dan AR®HT telah dari segi sejarah ditawarkan sebagai komponen yang dihasilkan sepenuhnya, kami menyedari bahawa kebanyakan pelanggan kami lebih suka menghasilkan bahagian-bahagian mereka sendiri. Sekarang, termoplastik termaju ini boleh didapati dalam stok bentuk (bilet), sekali gus menyediakan kepada pelanggan dengan beberapa faedah:
 
 Pilih daripada pelbagai saiz pada harga yang kompetitif
 Dapatkan bahan dengan cepat -- Biasanya dalam tempoh masa 24 hingga 48 jam selepas membuat pesanan*
 Menggunakan sumber dalaman untuk menghasilkan sesuatu bahagian mengikut spesifikasi anda
 Menguruskan tahap inventori dengan lebih baik dan mengurangkan masa putaran kerja
   
 Apabila dikaitkan dengan prestasi dan kepastian operasi, tidak ada termoplastik lain di pasaran yang boleh dibandingkan dengan Greene, Tweed ini. Dengan stok bentuk WR®525 and AR®HT, pelanggan kami kini boleh memanfaatkan teknologi bahan proprietari Greene, Tweed dengan kelenturan untuk menghasilkan bahagian mereka sendiri.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai WR®525 atau AR®HT; atau untuk meminta sebut harga bagi stok bentuk atau Panduan Pemesinan, sila layari halaman Stok Bentuk WR®525 dan AR®HT kami.
 
Maklumat mengenai Greene, Tweed

Greene, Tweed adalah sebuah syarikat milik persendirian, dengan dipelbagaikan merentasi pelbagai industri, dan berada pada kedudukan yang unik untuk melabur di dalam dan bertindak balas terhadap perubahan pasaran yang dinamik. Kekuatan kami dalam bidang kejuruteraan dan teknikal membolehkan Greene, Tweed untuk menyelesaikan cabaran terbesar bagi pelanggan kami, membantu meningkatkan daya pengeluaran dan keuntungan mereka melalui perkongsian dan kerjasama rapat. Perniagaan Tenaga Greene, Tweed diketuai oleh Ron Callaway, seorang veteran industri yang mempunyai lebih 26 tahun pengalaman dalam menyediakan penyelesaian bagi aplikasi kritikal.
 
Produk Greene, Tweed dijual dan diedarkan ke seluruh dunia. Untuk maklumat tambahan, sila hubungi +1.215.256.9521, atau layari laman web kami di http://www.gtweed.com .
 
* Rangka masa yang diberikan adalah berdasarkan kepada inventori semasa dan ketersediaan dan GT tidak membuat sebarang representasi bahawa kesemua stok boleh didapati pada setiap masa. GT tidak memberikan jaminan penghantaran dalam tempoh masa yang biasa dan GT tidak akan bertanggungjawab untuk masa pendulu yang lebih lama, pesanan lewat, atau ketiadaan stok.
 
Hubungi
Greene, Tweed
Chris Aldred
Pemasaran Korporat
+1-267-932-5389
caldred@gtweed.com

Sumber: Greene, Tweed
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161129005393/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.