ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA LANCAR ALAT KAWAL ATUR LDO 1.3A UNTUK PERANTI MUDAH ALIH DENGAN PAKEJ KECIL YANG TERKEMUKA DI DALAM KELASNYA DALAM INDUSTRI

Monday 05/12/2016



Merealisasikan ciciran voltan rendah yang terkemuka di dalam kelasnya dalam industri

TOKYO, 5 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran alat kawal atur LDO CMOS arus output 1.3A, TCR13AGADJ, untuk digunakan di dalam bekalan kuasa peranti mudah alih, yang ditempatkan di dalam pakej kecil yang terkemuka di dalam kelasnya[1] dalam industri. Di dalam pakej WCSP6F itu, alat kawal atur baharu itu berukuran hanya 0.8mm x 1.2mm, t: 0.33mm (maksimum). Penghantaran bermula dari hari ini.

TCR13AGADJ merupakan sebuah alat kawal atur LDO yang boleh digunakan di dalam pelbagai aplikasi termasuk set cip Wi-Fi® untuk telefon pintar dan tablet, bekalan kuasa untuk kamera dan modul RF, dan kawalan bekalan kuasa bagi peranti tahan lasak, komputer riba, kamera video digital, peranti storan dan kotak set-top. Dengan menggunakan sebuah terminal bekalan kuasa bias luaran (VBAT), produk baharu itu mencapai ciciran voltan rendah[2] yang terkemuka di dalam kelasnya[1]  dalam industri, sekali gus memungkinkannya untuk meningkatkan kecekapan bekalan kuasa daripada set yang  digunakan.

TCR13AGADJ menggunakan pakej 0.8mm x 1.2mm, t:  0.33mm (maksimum) WCSP6F, pakej kecil yang terkemuka di dalam kelasnya dalam industri bagi alat kawal atur LDO 1.3A, sekali gus menjadikannya sesuai untuk aplikasi mudah alih dan modul yang memerlukan tapak yang kecil dan siluet yang nipis.

Di samping itu, produk baharu itu mencapai nisbah penolakan riak tinggi yang terkemuka di dalam kelasnya[1]  dalam industri, yang boleh membantu secara drastik mengurangkan bunyi riak daripada penukar DCDC dan PMIC, masalah lazim yang dihadapi oleh pengguna apabila cuba untuk membekalkan kuasa kepada bahagian kamera dan bahagian RF. Dengan menggunakan satu perintang luaran, voltan output bagi produk baharu itu boleh diselaraskan di antara pelbagai jenis dari 0.55V hingga ke 3.6V bagi memenuhi keperluan aplikasi bekalan kuasa di mana ia digunakan.

Ciri-ciri perlindungan terbina dalam termasuk perlindungan lebihan arus dan perlindungan lebihan suhu. Ciri-ciri ini menyokong penciptaan penyelesaian LDO yang berkecekapan tinggi bagi aplikasi yang memerlukan voltan output yang stabil pada arus output yang tinggi, dan penggunaan kuasa yang rendah.

Ciri-ciri Utama bagi Produk Baharu itu:
  1. “Pakej WCSP6F” kecil yang terkemuka di dalam kelasnya[1] dalam industri yang berukuran hanya 0.8mm x 1.2mm, t: 0.33mm (maksimum).
  2. Voltan output boleh laras yang pelbagai: daripada 0.55 V hingga 3.6 V
  3. Ciciran voltan rendah yang terkemuka di dalam kelasnya[1] dalam industri: 92mV (jenis), 162mV (maksimum)@ 0.9V, 1.0A
  4. Nisbah penolakan riak tinggi yang terkemuka di dalam kelasnya[1] dalam industri: 90dB (jenis)@0.9V, 1kHz
  5. Ciri-ciri perlindungan terbina dalam yang termasuk perlindungan lebihan arus, perlindungan lebihan suhu, perlindungan arus rempuh masuk dan fungsi nyahcas automatik.
Nota
[1] Dalam kategori alat kawal atur LDO arus output 1.3A, setakat 5 Disember, 2016. Tinjauan Toshiba.
[2] Ciciran Voltan Rendah: LDO
 
* Wi-Fi adalah sebuah cap dagang berdaftar milik Wi-Fi Alliance.

Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai produk baharu itu.
1. TCR13AGADJ:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/linear/power-supply/detail.TCR13AGADJ.html

2. Barisan Alat Kawal Atur LDO Toshiba:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/linear/power-supply/ldo-regulator.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan Peranti Isyarat Kecil & Pemasaran
Tel: +81-3-3457-3411
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm

Galeri Foto/Multimedia Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51471766&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Jabatan Pemasaran Digital
Koji Takahata, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161205005478/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.