ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  PAXATA RAI PEMBUKAAN BESAR-BESARAN IBU PEJABAT ASIA PASIFIK DI SINGAPURA

Tuesday 06/12/2016



Syarikat Teruskan Strategi Pengembangan Antarabangsa Pertama di Asia dengan Kehadiran Singapura Sebagai Hab Serantau untuk Menyokong Pertumbuhan Rakan Kongsi dan Pelanggan

SINGAPURA, 6 Dis  (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- (Strata + Hadoop World 2016) – Paxata, penyedia satu-satunya gred perusahaan bagi platform maklumat mudah suai layan diri, hari ini mengumumkan pembukaan besar-besaran rasmi bagi ibu pejabat Asia Pasifiknya di Singapura.Demi melaksanakan strategi pengembangan antarabangsa pertamanya di Asia, Paxata telah memacu penggunaan platform besar-besaran bagi pelanggannya, penglibatan rakan kongsi kritikal dalam industri pertumbuhan tinggi, termasuk perkhidmatan kewangan dan pembuatan teknologi tinggi serta pelaburan modal usaha niaga baharu daripada firma-firma di seluruh Asia.

Paxata telah mencapai kemajuan besar dalam pelaksanaan rancangan pertumbuhan antarabangsanya yang berpusat di Asia dengan Singapura sebagai hab bagi usaha pengembangan syarikatnya. Pada 2016, syarikat mengikat perkongsian yang penting dengan Zalesia, Inc. penyedia kecerdasan perniagaan di Korea Selatan, dan K.K. Ashisuto, pengagih induk bagi Qlik dan Oracle di Jepun. Paxata juga mengupah veteran industri yang berpangkalan di Singapura, Shantanu Srivastava untuk menjawat jawatan sebagai Naib Presiden Kanan dan Pengurus Kanan bagi Pasaran Pertumbuhan Antarabangsa dan menandatangani beberapa akaun perusahaan besar, termasuk salah sebuah bank antarabangsa peneraju dunia merentasi Asia, Afrika dan Timur Tengah.

"Kami amat berpuas hati dengan kemajuan pesat kami setakat ini dalam mengukuhkan Paxata sebagai pemain perusahaan yang kuat dalam rantau Asia Pasifik," kata Shantanu Srivastava, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Kanan Pasaran Pertumbuhan Antarabangsa di Paxata. "Dalam masa yang sangat singkat, kami telah membangunkan pasukan bertaraf dunia, menyampaikan produk yang bersifat antarabangsa, mendapatkan beberapa pelanggan perkhidmatan kewangan peneraju dunia, mengikat berbilang perkongsian pembuat pasaran di Korea Selatan dan Jepun, dan berkembang ke dalam Malaysia dan Indonesia. Kami terus membuktikan bahawa strategi pengembangan antarabangsa kami untuk bermula di Asia dahulu adalah pengubah permainan bagi pasaran kami."

Paxata merintis kategori penyediaan data dengan pengeluaran gred perusahaan pertama, platform penyediaan data layan diri yang dikuasakan oleh inovasi saluran perhubungan berturus Paxata sendiri pada Spark dengan kecerdasan yang dibekalkan oleh banyak algoritma pembelajaran mesin dan pemprosesan bahasa tabii. Platform ini dibina dari bawah ke atas supaya boleh diperluas dan disetempatkan bagi lebih memudahkan usaha Paxata untuk memasuki pasaran Asia.

Paxata juga mengumumkan pusingan pendanaan keempatnya baru-baru ini, dengan pelaburan daripada pelabur terkemuka di rantau Asia Pasifik termasuk EDBI dari Singapura, AirTree Ventures dari Australia dan Accel Partners dari India.

Tentang Paxata

Di Paxata, kami mengubah data mentah kepada maklumat yang boleh dipercayai selaju fikiran. Kami menyediakan Platform Maklumat Mudah Suai untuk membolehkan penganalisis dengan sistem penyediaan data gred perusahaan dan layan diri untuk menyokong keperluan data perniagaan atas permintaan dan ad hoc bagi analitis, operasi dan keperluan kawal selia. Penganalisis perniagaan bekerja dalam lingkungan aplikasi yang intuitif dan visual untuk mencapai, menerokai, membentuk, menggabungkan dan menerbitkan data dengan klik dan bukannya kod, dengan pentadbiran dan keselamatan yang lengkap. IT dapat menyokong skala isipadu dan kepelbagaian data, sumber data perusahaan dan awan serta senario perniagaan bagi keperluan perkhidmatan data yang segera dan boleh berulang. Dibina pada Apache SparkTM dan dioptimumkan untuk bekerja dalam Apache HadoopTM, Paxata mengumpil kecerdasan buatan automatik, seni bina awan yang elastik dan pengkomputeran teragih untuk memberikan pengalaman pengguna perniagaan imersif yang mengautomasikan aliran kerja data ke cerapan. Platform ini boleh digunakan pada premis dan dalam persekitaran awam, peribadi atau awan hibrid.

Paxata beribu pejabat di Redwood City, California dengan pejabat di New York, Ohio, Washington DC dan Singapura. Lawati www.paxata.com atau berhubung dengan kami di TwitterLinkedInFacebookatau YouTube

Hubungan Media Paxata:
McCoin & Smith Communications Inc.
chris@mccoinsmith.com
rick@mccoinsmith.com
+1-508-429-5988
+1-978-433-3304
 
Sumber :  Paxata
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.