ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  KUMPULAN DUO TERKENAL JEPUN AUN MEMPESONA PENGUNJUNG DI FESTIVAL MUZIK JEPUN KELOLAAN DAIWA HOUSE

Tuesday 06/12/2016



  • Pasangan kembar kumpulan AUN,  Ryohei Inoue dan Kohei Inoue yang mahir memainkan shamisen, wadaiko dan shinobue mengadakan persembahan di Johor buat julung kalinya
  • Festival Muzik Jepun menganjurkan pelbagai aktiviti seperti persembahan, permainan cerita rakyat Jepun, makanan sehinggalah aktiviti penerokaan
  • Acara tersebut adalah bersempena prebiu rumah contoh Sakura Residence, projek pertama oleh Daiwa House di Malaysia dengan kerjasama Sunway Iskandar sebagai pemaju bersama
JOHOR BAHRU, Malaysia 6 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Penduduk di Johor menikmati persembahan muzik dan budaya dalam Festival Muzik Jepun yang unik daripada AUN, pemuzik antarabangsa terkenal yang merupakan dua beradik kembar Ryohei Inoue dan Kohei Inoue.                                                                                                                                                   
Festival Muzik Jepun telah diilhamkan oleh Daiwa House, sebuah syarikat Fortune 500 Global, sebagai platform untuk meningkatkan kefahaman silang budaya menerusi acara hiburan dan menyeronokkan. Dengan kemasukan percuma untuk semua, acara itu memaparkan aneka aktiviti menarik termasuk taiko (gendang Jepun) yang dipersembahkan oleh pelajar sekolah Jepun di Johor Bahru, memukul mochi dan gerai-gerai yang mengenengahkan budaya Jepun.
 
Aroma enak makanan dan juadah Jepun mengisi ruang udara dan ramai pengunjung mengerumuni gerai makanan untuk merasai makanan asli Jepun. ``Pohon sakura’’ dan tanglung bergemerlapan menceriakan malam, menambahkan suasana seperti berada di Jepun.
 
Malam itu juga dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti menanam pohon tecoma yang menyerupai bunga sakura, Daruma Otoshi dan Kendama, dua permainan rakyat klasik Jepun, hinggalah kepada memakai yukata. Pengunjung yang turut serta dalam aktiviti berpeluang menebus hadiah istimewa yang dibawakan khas dari Jepun sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.

Bagaimanapun, acara kemuncak Festival Muzik Jepun Daiwa House ini tentunya persembahan oleh AUN, duta kebudayaan Jepun pada 2011. Dilahirkan di Osaka, kembar Inoue dikenali dengan kemahiran mereka memainkan shamisen (lut tiga tali Jepun), wadaiko (gendang Jepun), dan serunai shinobue.
 
AUN telah mengadakan kira-kira 1,300 persembahan di 40 negara termasuk di dewan terkemuka dan Tapak Warisan Dunia seperti Mont Saint-Michel di Perancis, selain persembahan di dalam “ONE ASIA” iaitu konsert bersama pemuzik dari negara Asia lain termasuk Malaysia sejak 2013. Para pelawat ke Festival Muzik Jepun terpesona dengan alunan irama shamisen dan wadaiko yang dialukan AUN bagi meraikan prebiu rumah contoh Sakura Residence oleh Daiwa House.
 
Sakura Residence merupakan projek dengan GDV sebanyak RM230 juta, yang pertama seumpamanya oleh Daiwa House di Malaysia yang dibina bersama dengan Sunway Iskandar, di mana mereka mendapati teknologi Daiwa berupaya untuk memenuhi keperluan tinggi pemilik hartanah yang bijak menilai. Reka bentuk mesra penduduk yang menekankan keselesaan dan fungsi dibina dengan teknologi Jepun yang mengutamakan optimisasi dan kawalan kualiti. Di Jepun dan 14 negara lain, setiap rumah yang dibina oleh Daiwa House terkenal kerana memberikan pemilik kediaman suatu tahap keyakinan dan kepastian yang tinggi terhadap hasilnya.
 
Pengarah Urusan Daiwa House Malaysia Sdn Bhd, Encik Daisuke Usugi berkata, “Daiwa House percaya dalam mewujudkan nilai secara bersama untuk gaya hidup individu, komuniti dan orang ramai. Menerusi persembahan AUN dan Festival Muzik Jepun, kami mahu menawarkan rakyat Malaysia satu acara yang mereka boleh nikmati dan turut serta, dan dalam proses itu, mengkayakan pengalaman mereka. Pada masa yang sama, kami membuka rumah contoh Sakura Residence kepada pengunjung Festival Muzik Jepun untuk mereka teroka dan alami sendiri pengalaman di dalam kediaman pasang-siap (pre-fabricated) dan premium yang dibina dengan baik. Kami menerima sokongan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan walaupun ini adalah acara pertama oleh Daiwa House dan kami berharap dapat mengadakan lagi aktiviti seumpamanya di masa hadapan .”
 
Festival Muzik Jepun berlangsung pada 4 Disember 2016 di Sakura Residence Gallery di Sunway Iskandar dan dihadiri kira-kira 300 pelawat yang nyata gembira menikmati aktiviti yang disediakan pada acara tersebut.

Maklumat lanjut mengenai Sakura Residence boleh diperoleh di WWW.SAKURARESIDENCE.COM.MY
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51471820&lang=en


Hubungan Media: 
Nur Suraya / +6016 245 5982 / suraya@jirehconsult.com
Debbie Koh / +6012 206 1961 / dkoh@jirehconsult.com



Sumber : Daiwa House 

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di: http://www.businesswire.com/news/home/20161205006403/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.