ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  MALAYSIA CEMERLANG DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Tuesday 06/12/2016



KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Dua agensi kerajaan terus unggul di persada dunia apabila meraih Anugerah Emas 3 Bintang di 22nd Asia Pacific Quality Organisation Conference (APQO) 2016 di Rotorua, New Zealand, baru-baru ini.
 
Agensi tersebut yang mewakili Malaysia dalam ACE Team Award, APQO Conference, merekodkan penjimatan sebanyak RM95.3 juta melalui projek proses inovasi mereka. Kumpulan Revival daripada Kolej Matrikulasi Selangor telah berkongsi kaedah mudah isian semula marker pen melalui projek inovasi User Friendly Ink Dispenser (UFEED) manakala Kumpulan Master-H ECS daripada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui cetusan idea kreatif Guru Cemerlang Sejarah, Encik Mohd Zulhelmi Bin Mansor telah berkongsi amalan terbaik bagi mempelajari mata pelajaran sejarah dengan lebih mudah dan berkesan.
 
Persidangan APQO merupakan acara tahunan bagi perkongsian amalan terbaik dalam bidang produktiviti, kualiti, inovasi, penyampaian perkhidmatan, kepuasan pelanggan dan persekitaran berkualiti.
 
Pada tahun ini, New Zealand Organisation for Quality menjadi tuan rumah bagi program ini yang telah dilangsungkan dari 20 hingga 23 November lalu di Energy Events Centre, Rotorua, New Zealand yang bertemakan ‘QESH (Quality, Environment, Safety, Health) making integrated management systems work together.

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan ahli majlis APQO bersama 20 negara lain, berharap lebih banyak organisasi dapat mengambil bahagian dalam konvensyen antarabangsa seperti ini bagi menanda aras pencapaian produktiviti mereka standing dengan lain-lain negara.
 
Persidangan APQO yang ke 23 akan dikendalikan oleh The Philippine Society For Quality dari 14 hingga 17 November di Manila, Filipina.
 
Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia(MPC):
Perbadanan Produktivtiti Malaysia (MPC) ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menjalankan aktiviti bagi peningkatan produktiviti, kualiti dan daya saing. Visi utama MPC ialah menjadi peneraju dalam meningkatkan produktiviti ke arah daya saing global yang kompetitif dan berinovasi.

SUMBER : Perbadanan Produktivtiti Malaysia (MPC) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Nama : Vimala Muniandy
Tel : 012 2435208

Fax: 03-7954 0795
Emel : vimala@mpc.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.