ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  BUSINESS WIRE DAN AGILITY PR SOLUTIONS BERGABUNG UNTUK MENINGKATKAN JANGKAUAN MEDIA DAN PILIHAN ANALISIS

Wednesday 07/12/2016



NEW YORK, 7 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Business Wire dan Agility PR Solutions telah mengumumkan satu perkongsian strategik yang baharu untuk menyediakan kepada kalangan profesional komunikasi dengan pengedaran, pemantauan dan keupayaan analisis media yang dipertingkatkan. Langkah ini mengembangkan set peranti komunikasi Business Wire sedia ada yang sudah luas dengan menawarkan kepada pelanggan dengan satu penyelesaian yang lancar dan menjimatkan kos untuk mengintegrasikan jangkauan media dan pemantauan pelbagai outlet ke dalam kempen komunikasi mereka.

"Komitmen Business Wire kepada pelanggan kami terus menjadi keutamaan nombor satu kami. Kerjasama baharu ini dengan Agility PR Solutions akan membantu pelanggan-pelanggan kami meningkatkan kempen komunikasi mereka dengan mensasarkan wartawan dan pihak berpengaruh yang relevan secara lebih baik, dengan mengekalkan trend industri kritikal masa kini, dan mengukur keberkesanan sebenar pesanan mereka," kata Cathy Baron Tamraz, Ketua Pegawai Eksekutif Business Wire.

Sejak tahun 2003, pelbagai organisasi telah mempercayai Agility PR Solutions, kini merupakan sebuah anak syarikat Innodata (NASDAQ: INOD) bagi pangkalan data media, pemantauan dan keperluan analisis mereka.

"Perkongsian baharu yang menarik ini dengan Business Wire akan menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian komunikasi yang lengkap untuk pengedaran, sasaran dan pemantauan. Dengan produk-produk pelengkap dan suatu dedikasi kepada kejayaan pelanggan, penyelesaian bersama kami akan membantu kalangan profesional perhubungan awam menguatkan strategi komunikasi dan perhubungan awam mereka," kata Martin Lyster, Ketua Pegawai Eksekutif, Agility PR Solutions.

Dengan perkongsian strategik di antara Agility PR Solutions dan Business Wire, pelanggan boleh:
  • Mengenal pasti Pihak Yang Berpengaruh: Mencari pangkalan data media Agility™ yang mempunyai hampir 800,000 kenalan yang disahkan di lebih 200 buah negara dan mewujud dan menyimpan senarai khas. Maklumat tambahan, termasuk cara bagaimana wartawan suka memperolehi maklumat dan apa yang diliputi mereka, akan membantu pelanggan Business Wire secara strategik mensasarkan akhbar dan membuat tindakan susulan mengenai berita yang melintasi akhbar biasa.
  • Menguatkan Mesej: Menambahkan perkhidmatan Business Wire dengan jangkauan peribadi kepada pihak berpengaruh yang utama, dengan menghantar e-mel bersepadu Agility dan peranti pengesanan pembabitan. Dengan pantas mengenal pasti kenalan untuk tindakan susulan dengan melihat siapa yang membuka atau klik pada e-mel.
  • Memantau Liputan: Perhubungan baharu Business Wire dengan Agility PR Solutions menyediakan satu keluasan layan diri dan keupayaan pemantauan media perkhidmatan lengkap. Jejaki topik yang popular pada masa ini, sentimen pelanggan, perkongsian suara, pesaing dan aktiviti media sosial.
  • Mengukur Impak: Pelanggan boleh menilai kejayaan usaha komunikasi dengan menggabungkan keupayaan pelaporan dan mendapatkan pandangan tindakan ke dalam keberkesanan usaha komunikasi mereka dengan laporan prabuat atau khusus.

Satu komponen penting bagi perhubungan baharu ini adalah komitmen kedua-dua Business Wire dan Agility PR Solutions bagi menyediakan sokongan dan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa. Pelanggan yang mengambil kesempatan daripada perkhidmatan komunikasi baharu ini boleh bergantung kepada Agility PR Solutions untuk memberikan sokongan yang lebih besar untuk memastikan mereka mendapat yang terbaik daripada pelaburan mereka.

Perhubungan strategik baharu ini di antara Business Wire dan Agility PR Solutions adalah berkuatkuasa serta merta dan direka untuk membantu pelanggan ketika mereka membina dan mewujudkan strategi komunikasi mereka pada tahun 2017 dan seterusnya.

Maklumat mengenai Business Wire:

Business Wire, sebuah syarikat Berkshire Hathaway, adalah merupakan pemimpin global di dalam pengedaran siaran akhbar dan penzahiran kawal selia. Perhubungan pelabur, perhubungan awam, dasar awam dan kalangan profesional pemasaran bergantung kepada Business Wire untuk mengedarkan secara tepat berita-berita dan multimedia yang menggerakkan pasaran, mengadakan bilik berita dalam talian dan laman web IR, membina platform kandungan pemasaran, menjanakan penglibatan sosial dan menyediakan analisis penonton yang meningkatkan interaksi dengan sasaran pasaran yang khusus. Ditubuhkan pada tahun 1961, Business Wire adalah sebuah sumber yang dipercayai untuk organisasi berita, wartawan, profesional pelaburan dan pihak berkuasa kawal selia, dengan menyampaikan berita secara langsung ke dalam sistem editorial dan sumber berita dalam talian yang utama melalui pelbagai paten secara serentak di NX Network mereka. Business Wire mempunyai 29 buah pejabat di seluruh dunia untuk secara kukuh memenuhi pelbagai keperluan profesional komunikasi dan pengguna berita. Pada tahun 2015, Business Wire bekerjasama dengan Al Roker Entertainment untuk mewujudkan BizWireTV, sebuah program berita video digital dwi-mingguan yang memaparkan siaran berita aliran paling popular yang menjangkau berita biasa.

Ketahui dengan lebih lanjut di services.BusinessWire.com dan Tempo, sumber Business Wire bagi trend industri; ikuti kemas kini di  Twitter: @businesswire atau di Facebook.

Klik di sini untuk melanggan Mobile Alerts bagi Business Wire.

Maklumat mengenai Agility PR Solutions

Agility PR Solutions menyediakan pangkalan data media, pemantauan dan penyelesaian analisis untuk memudahkan kitaran hayat komunikasi. Sejak tahun 2003, pelanggan telah mempercayai peranti dan perkhidmatan kami untuk membantu mereka mengenal pasti pihak yang berpengaruh, mengukuhkan mesej, memantau liputan dan mengukur keputusan. Agility PR Solutions, sebuah anak syarikat Innodata (NASDAQ:INOD), dikhususkan untuk menggembirakan setiap pelanggan - dan kami mempunyai kadar pengekalan tertinggi di dalam industri untuk membuktikannya. Layari www.agilitypr.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan ikuti kami di Twitter @agilityprs


Hubungi
Business Wire
Scott Fedonchik, +1 212-752-9600
Naib Presiden Pemasaran
Scott.fedonchik@businesswire.com
atau
Agility PR Solutions
Dawn Smeaton, +1 613-762-8483
Pengarah Pemasaran
dawn.smeaton@agilitypr.com
 
Sumber: Business Wire
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161206005339/en
 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.