ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  PAMERAN SETEM ANTARABANGSA ASIA CHINA 2016 BERAKHIR DI NANNING

Wednesday 07/12/2016



AsiaNet 66819
  
Nanning, China, 7 Dis, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pameran Setem Antarabangsa Asia China 2016 telah diadakan dari 2 Disember hingga 6 Disember di Nanning. Pameran itu telah ditaja oleh Persekutuan Filateli Antara Asia (FIAP) dan diiktiraf oleh Persekutuan Filateli Antarabangsa (FIP). Ditubuhkan oleh FIAP, pameran itu adalah satu pameran setem serantau yang bertujuan meningkatkan perkembangan filateli dunia. Sudah tiba masanya pameran itu diadakan di China sejak penubuhannya pada tahun 1977.

Pameran Setem itu adalah satu pameran setem Antarabangsa Asia yang menyeluruh. Terdapat 13 kelas kompetitif, termasuk kelas Kejohanan FIAP, Filateli Tradisional, Sejarah Pos, Alat Tulis Pos, Aerofilateli, Astrofilateli, Tematik, Maximaphily, Hasil, Belia, sastera Filateli, Filateli satu bingkai dan Filateli Moden. Bahan pameran itu adalah dari 22 anggota FIAP iaitu Australia, Bahrain, Bengal, China, Taiwan, Hong Kong, Macau, India, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Mongolia, Nepal, New Zealand, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Singapura, Afrika Selatan, Thailand, dan Emiriah Arab Bersatu. Sejumlah 1300 bingkai dan 51 dokumen sastera telah dipamerkan.

Di samping itu, kira-kira 50 album setem dari 26 buah negara dan wilayah muncul di pameran setem rasmi anjuran Universal Postal Union (UPU). Bahan pameran itu adalah album setem klasik dari pelbagai negara di seluruh dunia. Koleksi peribadi presiden FIP dan FIAP juga telah dipamerkan dalam acara itu.

Terdapat lima hari tema dalam pameran tahun ini, iaitu Hari Pembukaan, Hari Nanning, Hari Belia, Hari Zodiak China dan Hari Penutup. Pada setiap hari tema, beberapa orang pereka setem terkenal tiba di venue berkenaan dan bertemu dengan peminat filateli. 3 Disember  adalah Hari Nanning. Pada hari itu, penganjur mengadakan "Pameran Kreativiti Bandar Raya Nanning". Melalui tiga modul "Memori Nanning", "Kreativiti Budaya Nanning" dan "Impresi Nanning", pihak penganjur cuba untuk menunjukkan landskap bandar raya yang pantas berubah dan vitaliti budaya Nanning. Selain itu, pameran setem terhad, pameran budaya Setem Zodiak China dan pameran budaya pejabat pos tematik kebangsaan juga merupakan sebahagian daripada acara tersebut.

Di samping itu, satu seminar filateli antarabangsa yang dianjurkan oleh UPU dan Biro Pos Negeri Republik Rakyat China telah diadakan semasa acara tersebut. Pihak penganjur juga mengadakan aktiviti seperti sesi lukisan loteri keempat bagi kad pos China 2016 dan majlis penganugerahan bagi pertandingan reka bentuk kad pos belia.

Nanning adalah sebuah bandar raya yang mempunyai budaya filateli yang mendalam. Ia adalah merupakan antara beberapa bandar raya yang pertama yang memulakan penyelidikan awal mengenai filateli. Persatuan filateli Nanning telah ditubuhkan pada tahun 1983. Sehingga tahun 2015, terdapat 200 organisasi filateli substratum dan 15,000 ahli di dalam persatuan itu. Filateli telah menjadi satu hobi bagi kebanyakan penduduk Nanning. Pameran Setem itu yang diadakan di Nanning adalah satu peluang yang baik untuk meningkatkan pemahaman daripada pelbagai negara. Ia juga berfungsi untuk menyebarkan budaya filateli dan meningkatkan ekonomi serta budaya komunikasi di kalangan negara-negara Asia.
 
Sumber: Biro Perbandaran Berita Nanning
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=280753
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=280754
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.