ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  PERISIAN BAHARU UNISYS STEALTH(AWARE) (TM) MENGAUTOMASIKAN PELAKSANAAN KESELAMATAN SEGMENTASI MIKRO TERMAJU, MEMBOLEHKAN PERLINDUNGAN DIGITAL DIAKSES KEPADA LEBIH BANYAK ORGANISASI DALAM PERJUANGAN MENENTANG JENAYAH SIBER

Wednesday 07/12/2016



AsiaNet 66820
 
BLUE BELL, Pa., 7 Dis, 2016 / Medianet International-AsiaNet /-–
 
Analisis terbina dalam dan visualisasi memberikan pemahaman serta-merta ke dalam risiko keselamatan bagi konfigurasi automatik dan penggunaan perlindungan Unisys Stealth(R) yang telah memenangi anugerah sepanjang perusahaan yang dilanjutkan itu.

Unisys Corporation (http://www.unisys.com/) (NYSE: UIS) hari ini mengumumkan pelancaran Stealth(aware)(TM), sebuah aplikasi perisian Unisys Stealth(R) baharu yang membawa perjuangan terhadap jenayah siber dengan membolehkan organisasi untuk dengan mudah menggunakan keseluruhan perusahaan, keselamatan segmentasi mikro merentasi rangkaian yang dilanjutkan dengan hanya menggunakan sentuhan butang.

Pelanggaran data berprofil tinggi baru-baru ini telah mengesahkan lagi kebimbangan mengenai perusahaan digital, manakala insiden penafian serangan perkhidmatan, ancaman orang dalam, perisian tebusan, pengintipan yang disasarkan dan pelanggaran privasi dijangka menjadi bertambah buruk pada tahun-tahun akan datang. Pada masa yang sama, pasukan keselamatan yang sudah terlalu rengang dan kekurangan sumber tenaga kini bergelut untuk mengesan dan mengatasi risiko itu dengan berkesan. Melalui Stealth(aware), Unisys menawarkan keupayaan untuk dengan mudah memasang keselamatan yang canggih ke dalam mana-mana organisasi, sekali gus mengadakan perlindungan yang paling maju melalui keselamatan siber peringkat tinggi agar lebih mudah diakses kepada organisasi pelbagai saiz.

"Unisys telah mengambil langkah pertama: kami komited untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dengan meningkatkan keselamatan digital mereka, dan pelancaran Unisys Stealth(aware) pada hari ini melambangkan cara terbaharu kami dalam menunaikan janji ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Unisys Peter Altabef. "Perlindungan siber yang terbaik bukan sahaja perlu bekerja di mana-mana, beroperasi dengan cekap dan membuat anda lebih ke hadapan daripada ancaman, tetapi ia juga mesti dapat digunakan dengan mudah. ​​Stealth(aware) memenuhi piawaian ini secara menyeluruh.

"Dengan data dan sistem yang dijamin oleh Unisys Stealth, pelanggan bebas untuk berinovasi dan mengembangkan perniagaan mereka dengan satu tahap kebimbangan yang minimum yang tersebar luas di dunia digital kita. Di Unisys, kami menamakan ini menjaminkan hari esok anda."

Pelaksanaan Analisis Dipercepatkan, Visualisasi Menjadikan Ia Dapat Bersedia hari ini dan menampilkan satu antara muka pengguna grafik yang berintuitif, Stealth(aware) melepaskan portfolio produk mikro segmentasi Unisys Stealth -- termasuk aplikasi yang memberi tumpuan kepada teras, awan, mudah alih, identiti dan analisis -- yang mewujudkan segmen di dalam sesebuah organisasi di mana hanya pengguna yang dibenarkan sahaja boleh mengakses maklumat, manakala yang lain (daripada malware kepada orang dalam kepada penggodam) tidak dapat melihat bahawa segmen itu wujud.

Dalam kes Stealth(aware), analisis terbina dalam mengautomasi dan mempercepatkan pergerakan. Perisian Stealth(aware) boleh menganalisis trafik data dalam sebuah syarikat bersaiz sederhana dengan beribu-ribu nod dalam hanya beberapa minit, sebagai contoh, memberikan visualisasi segera dan kawalan penalaan halus yang boleh menghasilkan dasar-dasar segmentasi yang dapat digunakan hanya dengan menekan butang. Di samping itu, semasa ujian Stealth(aware) dapat menyiapkan penilaian rangkaian perusahaan dan awan awam yang berkaitan dengannya dan menyepadukan pembekal dalam hanya beberapa minit -- tanpa berminggu-minggu mereka bentuk semula dan konfigurasi.

"Unisys sedang membina lebih banyak kecerdasan ke dalam produk kami untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan memudahkan pelaksanaan keselamatan yang canggih," kata Tarek El-Sadany, naib presiden kanan bagi Teknologi dan Ketua Pegawai Teknologi, Unisys. "Dengan mereka bentuk Stealth(aware) untuk mengautomasikan proses penemuan dan penempatan, pelanggan kami boleh meningkatkan tahap keselamatan mereka dengan pelaksanaan lebih cepat ke seluruh pusat data dan awan. Stealth(aware) mewujudkan satu penyelesaian keselamatan bagi sesebuah perusahaan hibrid organisasi dalam satu antara muka yang mudah yang boleh dilaksanakan oleh pakar-pakar bukan keselamatan."

Stealth(aware) mengautomasi dan menyesuaikan proses pemasangan keselamatan di dalam perusahaan melalui tiga komponen utama:
 * Penemuan Auto -- Fungsi ini menentukan secara automatik titik hujung, sistem dan aliran data rangkaian yang berkaitan yang wujud pada rangkaian.
 * Konfigurasi Auto -- Keupayaan ini menggunakan maklumat yang diperolehi melalui Penemuan Auto untuk menjanakan dasar-dasar keselamatan.
 * Mengatur kedudukan Auto – Ciri-ciri ini menyokong perlindungan segmentasi mikro Unisys Stealth berdasarkan kepada dasar-dasar keselamatan -- memohon tahap optimum bagi perlindungan kepada rangkaian trafik yang berisiko tinggi, dan bernilai tinggi.
 
Sorotan utama produk termasuk:
* Stealth(aware) menggerakkan teknologi reka bentuk perindustrian terkini untuk menyediakan kepada pelanggan dengan pemandangan grafik bagi infrastruktur mereka -- sebelum dan selepas pelanggan memasang perlindungan Unisys Stealth. Pandangan-pandangan ini boleh dicapai dalam beberapa minit sahaja dengan menggunakan "tarik dan lepas" dan teknik animasi untuk memperhalusi keinginan akhir keselamatan oleh pelanggan. Visualisasi ini membolehkan pelanggan dengan cepat dan jelas memahami kedua-dua kelemahan dan jalan pemulihan mereka melalui keselamatan Unisys Stealth yang canggih. Profil keselamatan Stealth(aware) yang terhasil boleh digunakan untuk jabatan atau fungsi lain di dalam perusahaan itu dan digunakan dengan hanya menekan butang.
* Stealth(aware) juga menyediakan pelbagai mod penguatkuasaan, agar pelanggan boleh dengan yakin dan mudah menggabungkan perlindungan Unisys Stealth. Sebagai contoh, pelanggan pada mulanya boleh memilih mod bukan penguatkuasa atau mod pembelajaran  untuk memantau apa yang berlaku di persekitaran mereka atau bagaimana segmentasi akan memberi kesan kepadanya. Mereka kemudian boleh beransur-ansur meningkatkan tahap penguatkuasaan kepada tahap perlindungan termaju yang menghalang penglihatan dan akses kepada data dan aset hanya kepada pengguna "perlu tahu" sahaja. Setting penguatkuasaan yang berbeza boleh digunakan kepada segmen berlainan bagi perusahaan mereka dan dilaksanakan secara serentak.
 * Stealth(aware) boleh dengan cepat belajar mengenai perubahan kepada infrastruktur pelanggan dan menyerlahkan kelemahan baharu. Analisis produk, visualisasi dan automasi kemudiannya boleh digunakan untuk segera mengatasi kelemahan ini, dengan itu mengalahkan penggodam yang berterusan dan terus menerus mencari kelemahan dalam mengubah infrastruktur perusahaan.

"Dengan adanya Stealth(aware), Unisys menyediakan satu peluang kepada perusahaan untuk mendapatkan manfaat daripada beberapa teknik keselamatan yang paling maju yang ada," kata Doug Cahill, penganalisis kanan, keselamatan siber, Enterprise Strategy Group Inc. "Ketika ancaman siber menjadi lebih canggih dan merosakkan, peranti keselamatan termaju akan menjadi penting kepada semua organisasi sektor awam dan swasta, tanpa mengira saiz atau sumber mereka."

Maklumat mengenai Unisys
 
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf global yang pakar dalam menyediakan penyelesaian yang berfokuskan industri yang disepadukan dengan keselamatan canggih kepada pelanggan di dalam kerajaan, perkhidmatan kewangan dan pasaran komersial. Penawaran Unisys termasuk penyelesaian keselamatan, analisis data termaju, perkhidmatan awan dan infrastruktur, perkhidmatan aplikasi dan aplikasi dan perisian pelayan. Untuk maklumat lanjut: www.unisys.com.

Ikuti Unisys di Twitter (http://twitter.com/UnisysCorp) dan LinkedIn
(http://www.linkedin.com/company/unisys).
 
Hubungi:                 
Claire Hosegood
Unisys
+61-411-253-663
claire.hosegood@au.unisys.com
 
NOMBOR SIARAN: 1206/9467
 
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemegang mereka masing-masing.
UIS-C
 
SUMBER: Unisys
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=280770
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.