ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  ANCILLARE UMUM NAIB PRESIDEN BAHARU BAGI ASIA PASIFIK

Thursday 08/12/2016



HORSHAM, Pa., 8 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ancillare, LP, peneraju di dalam perkhidmatan pengurusan rantaian bekalan sampingan percubaan klinikal global akhir ke akhir bagi organisasi farmaseutikal, bioteknologi, penyelidikan kontrak dan penyelidikan perubatan,  hari ini mengumumkan pelantikan Nitin Jain ke satu jawatan baharu sebagai Naib Presiden bagi rantau Asia Pasifik (APAC).

Nitin akan memberi tumpuan kepada memacukan kecemerlangan operasi untuk menyokong keperluan rantaian bekalan klinikal pelanggan kami dan menyelia operasi pengurusan rantaian bekalan akhir ke akhir yang lengkap bagi Depot Induk Ancillare di Singapura. Nitin membawa ke Ancillare pengalaman lebih 18 tahun di dalam pembangunan perniagaan, pengurusan am, perikatan strategik, pengurusan rantaian bekalan dan pengalaman operasi di dalam organisasi farmaseutikal, bioteknologi dan penyelidikan kontrak di seluruh dunia. Nitin telah memegang jawatan kanan di INC Research, Covance, Theorem Clinical Research dan Worldwide Clinical Trials.

"Kami melihat potensi pertumbuhan yang besar di rantau APAC. Pengalaman Nitin yang luas dan dorongan yang kuat menjadikan beliau sangat sesuai untuk memimpin operasi dan pertumbuhan kami di rantau APAC," kata Joanne Santomauro, Ketua Pegawai Eksekutif di Ancillare. "Dengan mengembangkan operasi kami di Asia Pasifik ini menguatkan keupayaan kami untuk menyediakan kepada pelanggan kami dengan satu sumber tunggal bagi semua keperluan rantaian bekalan percubaan klinikal mereka."

Singapura bersama-sama dengan depot strategik kami di China dan Korea akan menyediakan Ancillare dengan pintu masuk ke seluruh rantau APAC dengan menggabungkan proses dan prosedur standard di bawah satu operasi yang mementingkan kualiti. Operasi Singapura itu akan menambahkan rangkaian strategik dan depot induk Ancillare supaya pemimpin operasi klinikal penaja kami akan mempunyai satu titik hubungan pakar dan satu rantaian bekalan klinikal untuk menguruskan kesemua ujian global yang diperlukan dari pelancaran praprotokol dan lawatan pertama/ pesakit pertama sehingga kepada lawatan terakhir/ pesakit terakhir, penutupan tapak dan tebus guna.

Maklumat mengenai Ancillare, LP

Ancillare, LP mempunyai pengalaman yang luas di dalam menyampaikan penjimatan kos dan kecekapan untuk membekalkan rantaian, dengan satu pendekatan turn-key yang lengkap bagi menguruskan rantaian bekalan ujian klinikal bagi organisasi farmaseutikal, bioteknologi, penyelidikan kontrak dan penyelidikan perubatan dengan satu tumpuan tunggal. Model turn-key global kami (A-TKOTM) memusatkan operasi bekalan yang mempercepatkan proses, mengurangkan kos dan mengurangkan risiko dengan membuat rantaian bekalan klinikal lebih cekap, menjimatkan kos dan global.

Keupayaan kami termasuk menganalisis praprotokol dan perancangan, sumbangan kepada penilaian kebolehlaksanaan program secara keseluruhan dan pembangunan garis masa, pensumberan produk dan perolehan, ramalan dan belanjawan, peralatan besar dan kecil dan  pengurusan guna habis, pengekalan pesakit dan bahan pengambilan, pelepasan kastam, import/ eksport (termasuk  IOR/ EOR), penyimpanan, kitting, pengedaran dan pulangan pengurusan/ pelupusan (termasuk kemusnahan, penambahbaikan/ menentukur semula dan penempatan semula) di peringkat global.

Ancillare mempunyai depot induk di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura, dan depot strategik di Argentina, Australia, Brazil, Kanada, Chile, China, Colombia, India, Jepun, Korea, Mexico, Panama, Peru, Filipina, Rusia, Afrika Selatan, Taiwan dan Ukraine. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari ancillare.com atau hubungi kami melalui LinkedIn, Twitter dan Facebook.

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20161206005053/en/

Hubungi

Ancillare, LP
Courtney Wright, 215-699-1700 sambungan 107
Courtney.Wright@Ancillare.com

Sumber: Ancillare, LP
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.