ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  FIRST ADVANTAGE DIIKTIRAF OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN SUMBER MANUSIA SEBAGAI SYARIKAT PENYARINGAN LATAR BELAKANG TERBAIK DI ASIA SELATAN

Friday 09/12/2016



Syarikat berprestasi terbaik untuk dua tahun berturut-turut pada Anugerah Vendor Sumber Manusia Terbaik Tahunan Majalah Human Resources

Diadili oleh 54 Pengarah Sumber Manusia yang terkemuka di seluruh Asia

 
SINGAPURA & KUALA LUMPUR, Malaysia & HONG KONG, 9 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- First Advantage, sebuah syarikat Symphony Technology Group dan pembekal global yang terkemuka bagi perkhidmatan penyaringan latar belakang, telah memenangi dua anugerah emas dan satu anugerah gangsa di Hong Kong, Malaysia dan Singapura pada Anugerah Vendor Sumber Manusia Terbaik Tahun 2016 Majalah Human Resources. Anugerah itu dianjurkan oleh Majalah Human Resources, sumber utama berita yang berkaitan sumber manusia di Asia. Diadili oleh 60 pengarah sumber manusia yang paling besar berbelanja di Asia, termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, konglomerat tempatan dan Syarikat-syarikat Multinasional yang dihormati, anugerah ini merupakan antara anugerah serantau yang paling mantap untuk meraikan pembekal produk dan perkhidmatan sumber manusia yang terbaik di Asia.

Kriteria penilaian termasuk antara lain, kepuasan pelanggan, skop produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, sumbangan syarikat kepada industri Sumber Manusia dan pengiktirafan syarikat itu sebagai sebuah peneraju pemikiran. Sejak kategori "Penyaringan Latar Belakang" dimasukkan pada tahun 2015, First Advantage telah secara konsisten menjadi Syarikat Penyaringan Latar Belakang yang berprestasi terbaik berbanding dengan pembekal-pembekal lain di rantau Asia Pasifik.

"Kami amat berbesar hati untuk diiktiraf sebagai pembekal Penyaringan Latar belakang nombor satu di Asia Selatan oleh kalangan profesional Sumber Manusia yang terkemuka, termasuk pelanggan-pelanggan kami. Pengiktirafan seperti ini menekankan usaha berterusan dan komitmen kami untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik di dalam kelasnya. Kami berusaha untuk membawa penawaran yang lebih berinovatif kepada pelanggan-pelanggan kami dan pada masa yang sama menjalin kerjasama dengan mereka dalam usaha mereka untuk mewujudkan tenaga kerja yang mahir dan selamat," kata Erik Schmit, Naib Presiden Eksekutif dan Pengarah Urusan First Advantage bagi Asia Pasifik.

Untuk maklumat lanjut mengenai Vendor Sumber Manusia Terbaik Tahun 2016, sila klik di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai First Advantage, sila layari www.fadvasia.com.

Maklumat mengenai First Advantage
First Advantage menyediakan penyelesaian penyaringan latar belakang yang menyeluruh, dengan memberikan majikan akses kepada maklumat yang boleh diambil tindakan yang membolehkan keputusan yang lebih cepat dan lebih tepat terhadap sumber manusia. Dengan platform teknologi global yang canggih dan perkhidmatan pelanggan yang unggul yang disampaikan oleh pakar-pakar yang memahami pasaran tempatan, First Advantage membantu pelanggan di seluruh dunia mewujudkan program penyaringan yang berskala sepenuhnya dan boleh dikonfigurasikan yang memenuhi keperluan unik mereka. Beribu pejabat di Atlanta, Ga., First Advantage mempunyai pejabat di seluruh Amerika Utara, Eropah, Asia dan Timur Tengah. Pada tahun 2016, First Advantage telah diiktiraf sebagai pembekal Pemeriksaan Latar Belakang terbaik di Asia Pasifik dengan dua anugerah Emas dan satu anugerah Gangsa pada majlis berprestij Anugerah Vendor Sumber Manusia Terbaik Tahunan. First Advantage juga merangkul anugerah HRM Asia People’s Choice 2016, sekali gus mengukuhkan kedudukan kami di rantau Asia Pasifik. Maklumat lanjut mengenai First Advantage boleh diakses di www.fadvasia.com.

Hubungi
First Advantage
Chin Wei Chong
Pengarah Pemasaran & Komunikasi
Telefon Bimbit: +65 96817128
weichong.chin@fadv.com
atau
Sonia Parveen
Telefon Bimbit: +919845684592
sonia.parveen@publicisconsultants-asia.com

Sumber: First Advantage

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161208006144/en 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.