ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  J.M. HUBER CORPORATION MENCAPAI PERJANJIAN UNTUK MENJUAL PERNIAGAAN SILIKA KEPADA EVONIK DENGAN HARGA $630 JUTA

Tuesday 13/12/2016



EDISON, N.J., 13 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- J.M. Huber Corporation hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian muktamad untuk menjual unit perniagaan Silika milik Huber Engineered Materials (HEM) kepada Evonik Industries AG – sebuah syarikat kimia khusus yang bertaraf global.

Urus niaga itu akan termasuk kilang Silika HEM di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Sehingga urus niaga itu ditutup, silika terus beroperasi sebagai sebahagian daripada HEM. Untuk tahun 2016, unit perniagaan Silika Huber dijangka mencapai pendapatan hampir $300 juta dan EBITDA yang dilaraskan kira-kira $60 juta.

Penjualan Silika tidak akan memberi kesan kepada unit perniagaan HEM yang lain, yang termasuk Aditif Bahan Perencat Api dan Karbonat Kalsium Asas.

Mike Marberry, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Huber, berkata, "Silika telah menjadi sebahagian daripada Huber sejak tahun 1950-an dan membuka jalan bagi perkembangan Syarikat itu dalam bahan kejuruteraan di peringkat global. Walaupun agak sukar untuk berpisah dengan sebuah perniagaan yang telah lama wujud, kami menjangkakan Evonik akan menjadi amat sesuai untuk pelanggan Silika kami dan pekerja Silika kami." Urus niaga itu adalah tertakluk kepada kelulusan kerajaan dan dijangka siap dalam tempoh separuh kedua tahun 2017.

Marberry menjelaskan, "Sebaik sahaja urus niaga itu diselesaikan, Huber menjangka untuk menggunakan semula hasil daripada penjualan ini untuk melabur secara strategik di dalam perniagaan bahan-bahan kejuruteraan teras kami untuk mengukuhkan lagi portfolio kami bagi produk-produk khusus."

Dengan menggabungkan operasi silika Huber ke dalam perniagaan mereka, Evonik akan dapat mengembangkan kedudukannya terutamanya di Amerika Utara dan Asia. "Huber Silika akan menjadi peneguhan yang cemerlang bagi segmen pertumbuhan Kecekapan Sumber kami," kata Klaus Engel, Pengerusi Lembaga Eksekutif Evonik. "Selain itu, ia akan menawarkan peluang untuk membangunkan secara strategik portfolio korporat Evonik," kata beliau.

Perniagaan Silika Huber adalah berorientasikan ke arah sektor penjagaan pergigian. Setakat ini, perniagaan silika Evonik telah memberi tumpuan yang lebih kuat kepada aplikasi industri, sebagai contoh di dalam industri tayar dan salutan. Membawa bersama-sama kedua-dua entiti ini akan mewujudkan sebuah perniagaan silika bersepadu yang bertaraf global yang lebih bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia.

Mewakili J.M. Huber di dalam urus niaga itu adalah BofA Merrill Lynch, Moelis & Company LLC, dan Jones Day.

Maklumat mengenai J.M. Huber Corporation (www.huber.com)

J.M. Huber Corporation, yang beribu pejabat di Edison, New Jersey (Amerika Syarikat), mengendalikan portfolio syarikat dengan memberi tumpuan kepada perniagaan bahan-bahan kejuruteraan teras. Ditubuhkan pada tahun 1883, hari ini Huber adalah satu daripada syarikat milik keluarga yang terbesar di Amerika Syarikat. Syarikat pelbagai yang bertaraf multinasional itu menghasilkan produk yang digunakan di dalam pelbagai aplikasi pengguna dan industri, termasuk aditif bahan perencat api dan penahan asap, penjagaan diri, makanan , minuman, farmaseutikal dan bahan binaan.

Maklumat mengenai Huber Engineered Materials (www.hubermaterials.com)

Huber Engineered Materials, yang beribu pejabat di Atlanta, Georgia (Amerika Syarikat), adalah sebuah perniagaan bertaraf global yang memberi tumpuan kepada bahan-bahan khusus kejuruteraan yang meningkatkan prestasi, tarikan dan pemprosesan bagi pelbagai produk yang digunakan di dalam aplikasi industri dan berasaskan pengguna. Dengan kepakaran dalam bahan-bahan bukan organik, ia mempunyai satu portfolio produk yang bernilai tinggi: silika khusus dan silikat, alumina trihydrate, magnesium hidroksida, sebatian molybdate dan perindustrian, makanan dan karbonat kalsium bergred USP.

Maklumat mengenai Evonik Industries AG (www.evonik.com)

Evonik adalah sebuah peneraju global di dalam bahan kimia khusus, aktif di lebih 100 buah negara di seluruh dunia. Pada tahun fiskal 2015, lebih 33,500 orang pekerja menjanakan jualan kira-kira Euro 13.5 bilion dan sebuah operatif, EBITDA yang dilaraskan kira-kira Euro 2.47 bilion.

Hubungi
J.M. Huber Corporation
Robert Currie, 732-603-5746
r.currie@Huber.com
 
Sumber: J.M. Huber Corporation
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161209005413/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.