ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA LANCAR IC KUASA SISTEM PELBAGAI FUNGSI UNTUK SSD

Thursday 15/12/2016



TOKYO, 15 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini melancarkan "TC7738WBG," sebuah IC kuasa sistem pelbagai fungsi untuk bekalan kuasa bagi komponen SSD, seperti blok teras SoC, blok IO, ingatan kilat NAND, DRAM, dan pelbagai sensor. Penghantaran sampel bermula hari ini dengan penghantaran pengeluaran besar-besaran dijadualkan pada akhir Januari tahun hadapan.

"TC7738WBG" adalah sebuah IC bekalan kuasa pelbagai output yang menggabungkan 6 saluran penukar DC-DC, satu bekalan kuasa 2 saluran dan sebuah suis perlindungan input. Di dalam sistem yang menggunakan SSD, voltan berbeza bergantung kepada antara muka atau aplikasi berkenaan. IC baharu itu membolehkan setting mod voltan input dan voltan output bagi setiap saluran diubah dengan hanya menukar setting pin, sekali gus membolehkan penggunaannya di dalam pelbagai sistem.

Dalam sebuah sistem yang biasa, garis input bekalan kuasa biasanya dilindungi oleh sebuah IC yang khusus. IC kuasa baharu Toshiba menggabungkan fungsi yang sama ini sebagai sebuah suis perlindungan input dengan voltan input yang rendah, pengesanan lebihan voltan, dan satu fungsi permulaan yang lembut untuk mengelakkan arus rempuh masuk.

IC baharu itu mempunyai sebuah fungsi untuk mengawal penukar DC-DC dengan pensuisan automatik operasi Modulasi Lebar Denyut (PWM) atau Modulasi Frekuensi Denyut (PFM) mengikut beban output, dan merealisasikan ciri-ciri yang sangat efisien di dalam kedua-dua sistem beban berat dan beban ringan. Ini membolehkan IC berkenaan untuk menyokong pelbagai aplikasi, termasuk peranti mudah alih.

Aplikasi
SSD, peranti mudah alih, dan lain-lain

Ciri-ciri Utama bagi Produk Baharu

-Suis perlindungan input terbina dalam
-Menyokong kedua-dua sistem 3.3V dan 5V dengan menukar setting pin
-Penukar bebas tugas DC-DC (6 saluran) + LDO (2 saluran) + suis beban (1 saluran)
-Kawalan kecekapan semasa keadaan beban ringan (dengan beralih kepada operasi PWM/PFM)
-Pakej padat (WCSP45; 3.31mm x 2.91mm)
 
 
Spesifikasi Utama
Nombor Bahagian  TC7738WBG
Kawalan I/F  I2C
Voltan Input    3.3V input setting: 2.9 hingga 3.6V; 5V input setting: 4 hingga 5.5V
Pakej  WCSP45 (Saiz: 3.31 mm x 2.91 mm; Pin pitch: 0.4mm)
DC-DC    
Setting 1
 
Setting 2
 
Arus
output
(Maksimum)
 
    Mod
3.3V
 Mod
5V
 
 Mod
3.3V
 
 Mod
5V
 
  
  saluran 1 Mod pintas
atau 2.5V
 2.5V Mod pintas
atau 2.5V
 2.5V 4A 
  saluran 2             1.35V                 1.2V 1A 
  saluran 3             1.8V                 1.8V 2A 
  saluran 4             1.0V                 1.8V 1A 
  saluran 5             1.0V                 0.9V 1A 
  saluran 6             1.0V                 0.9V 3.5A 
Siri bekalan kuasa   
Setting
  
Setting 1
  
Setting 2
  
Arus
output
(Maksimum)
 
   Mod
3.3V
 
 Mod
5V
 
 Mod
3.3V
 
 Mod
5V
 
  
  LDO1          2.5V                 1.8V 0.3A 
  LDO2 Mod pintas 2.5V Mod pintas 3.3V 0.3A 
 
Suis
perlindungan
input
   
ON rintangan: 20 mΩ (Jenis)
Pengesanan input lebihan voltan, pengesanan input lebihan kuasa, fungsi permulaan yang lembut
 
Pengesanan
keabnormalan
   
Pengesanan output lebihan voltan, pengesanan output voltan kurang, pengesanan output lebihan kuasa, pengesanan lebihan suhu
 
Pengeluaran
besar-besaran
   
 
Akhir Januari 2017 (dijadual)
 
Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/linear/power-supply/detail.TC7738WBG.html

Pertanyaan  Pelanggan
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur dan Pemasaran
Tel: +81-44-548-2821
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51478066&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161214006362/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.