ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  HITACHI ZOSEN BAKAL MEMPEROLEH OSMOFLO HOLDINGS

Monday 19/12/2016



OSAKA, Jepun, 19 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hitachi Zosen Corporation  (TOKYO: 7004) telah mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian penjualan dan pembelian saham untuk memperolehi majoriti saham dalam Osmoflo Holdings Pty Ltd, sebuah syarikat kejuruteraan terkemuka untuk penyahgaraman dan rawatan air industri dengan menggunakan teknologi membran seperti osmosis berbalik. Tertakluk kepada penyelesaian prosedur, Osmoflo akan menjadi sebuah anak syarikat Hitachi Zosen.
 
Rasional bagi Urus Niaga itu
 
Osmoflo, yang diwujudkan pada tahun 1991, menyediakan satu portfolio menegak bersepadu yang menawarkan produk berkualiti tinggi termasuk reka bentuk, pembuatan, bekalan, operasi, penyelenggaraan, dan penjualan sistem rawatan air di pelbagai kawasan termasuk Australia, Timur Tengah, Amerika Selatan, dan Asia Tenggara.
 
Urus niaga itu akan membolehkan penyatuan teknologi Osmoflo, terutamanya osmosis berbalik, dengan teknologi kejuruteraan kilang Hitachi Zosen dan pengalaman di dalam pelbagai peringkat kaedah kilas. Hitachi Zosen percaya ini akan terus meningkatkan peluang syarikat gabungan itu di dalam perniagaan penyahgaraman dan rawatan air industri di pasaran luar negara termasuk Timur Tengah.
 
Hitachi Zosen melihat peluang ini dengan Osmoflo sebagai satu komponen penting dalam sasaran Kumpulan Hitachi Zosen di dalam mempromosikan operasi di pangkalan luar negara, yang digariskan dalam pelan pengurusan jangka sederhana baharu Hitz Vision II, dan akan berusaha untuk memaksimumkan sinergi dengan Osmoflo dengan harapan bahawa ia akan dengan ketara menyumbang kepada pertumbuhan mampan bagi Kumpulan Hitachi Zosen.
 
Butiran Urus Niaga
 
Menurut perjanjian itu, Hitachi Zosen dijadual akan memperolehi dengan pertimbangan tunai 70% daripada saham terkumpul Osmoflo Holdings Pty Ltd, yang dipegang oleh Shine Investments Pty Ltd dan Shine Investments International Pty Ltd.
 
Baki 30% daripada saham-saham Osmoflo akan terus dipegang oleh Marubeni Water Australia Pty Ltd, sebuah anak syarikat di bawah Kumpulan Marubeni, dan Hitachi Zosen akan menjalankan perniagaan Osmoflo dengan secara efektif menggunakan kepakaran masing-masing di dalam perniagaan air.
 
Gambaran Keseluruhan Osmoflo
 
Osmoflo adalah sebuah syarikat penyahgaraman dan rawatan air sisa bertaraf global. Mempunyai pejabat di seluruh Australia, Timur Tengah, Amerika Selatan dan Asia, Osmoflo menawarkan liputan antarabangsa berhubung keupayaannya yang bertaraf dunia di dalam menyediakan penyelesaian air dan rawatan air sisa.
 
Untuk teks lengkap, sila layari: http://www.hitachizosen.co.jp/english/news/2016/12/002450.html
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51480439&lang=en  
 
Hubungi
Hubungan Media
Hitachi Zosen Corporation
Shinsaku Sugimoto, +81-6-6569-0013
Katsuhiro Nagai, +81-3-6404-0802
Bahagian Perhubungan Awam
E-mel: PR_section@hitachizosen.co.jp
URL: http://www.hitachizosen.co.jp/english/index.html
 
Sumber: Hitachi Zosen Corporation
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161219005429/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.