ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA PERLUAS BARISAN GRED INDUSTRI E∙MMC™ VERSI 5.1 YANG PATUH PRODUK MEMORI KILAT NAND TERBENAM

Wednesday 21/12/2016



- Julat suhu operasi dipertingkatkan sehingga +105°C -


TOKYO, 21 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran JEDEC e∙MMC™ Versi  5.1[1] yang patuh produk memori kilat NAND terbenam dengan julat suhu operasi yang dipertingkatkan antara -40°C sehingga +105°C. Produk-produk baharu itu mengintegrasikan cip NAND yang direka dengan teknologi proses 15nm dan direka bentuk untuk penggunaan industri, termasuk PLC[2], CoMs[3] dan kelengkapan automasi kilang, dan boleh juga digunakan di dalam pelbagai aplikasi pengguna. Barisan itu menawarkan ketumpatan 8GB, 16GB, 32GB dan 64GB. Penghantaran sampel bermula dari hari ini, dengan pengeluaran besar-besaran dijadualkan pada Mac 2017.

Produk baharu itu mengintegrasikan cip NAND dengan satu alat kawalan untuk menguruskan fungsi kawalan asas bagi aplikasi NAND di dalam satu pakej tunggal. Sebagai pelengkap kepada kumpulan produk industri semasa Toshiba bagi e∙MMC, yang mempunyai julat suhu operasi antara -40 sehingga +85°C, keluarga produk e∙MMC yang baharu menyokong aplikasi yang memerlukan penyelesaian storan e∙MMC untuk beroperasi pada suhu yang lebih tinggi, sehingga +105°C. Julat yang dipertingkatkan ini menawarkan kepada pengguna dengan lebih banyak kebebasan untuk membuat pilihan di dalam membangunkan penyelesaian memori untuk penggunaan industri dalam persekitaran yang bersuhu tinggi.

Dalam pasaran pengguna dan industri, permintaan untuk e∙MMC dengan sokongan suhu yang tinggi terus meningkat, bagi aplikasi yang memerlukan prestasi yang lebih tinggi dan penggunaan kuasa yang lebih tinggi. Toshiba sedang memenuhi permintaan ini dengan mengukuhkan barisan produk memori berprestasi tinggi dan berkepadatan tinggi dan akan terus menerajui kepimpinan di dalam pasaran.

Klik di sini untuk Barisan Produk Baharu
 
Ciri-ciri Utama
1. JEDEC e∙MMC Versi 5.1 yang patuh antara muka mengendalikan fungsi-fungsi penting, termasuk pengurusan blok bertulis, pembetulan ralat dan perisian pemacu. Ia memudahkan pembangunan sistem, sekali gus membolehkan pengeluar untuk meminimumkan kos pembangunan dan mempercepatkan masa untuk memasarkan produk-produk baharu dan dipertingkatkan. Selain itu, ciri-ciri baharu[4] yang dipiawaikan di dalam JEDEC e∙MMC Versi 5.1, seperti kawalan BKOPS, Rintangan Cache, Laporan Pemancuran Cache, RPMB Tulis yang Besar dan Baris Gilir Perintah, digunakan untuk produk-produk baharu bagi meningkatkan kebolehgunaan.
 
2. Menyokong julat suhu operasi antara -40°C sehingga +105°C.
 
Klik di sini untuk Spesifikasi utama 

Nota
[1] e∙MMC™ adalah satu kategori produk untuk satu kelas produk memori terbenam yang dibina untuk spesifikasi Standard JEDEC e∙MMC dan adalah merupakan satu tanda dagangan bagi JEDEC Solid State Technology Association.
[2] Alat Kawalan Logik Boleh Atur Cara.
[3] Komputer pada Modul.
[4] "Kawalan BKOPS" adalah satu fungsi di mana hos membolehkan peranti itu untuk melakukan operasi latar belakang apabila peranti itu melahu. "Rintangan Cache" adalah satu fungsi yang mengawal apabila data cache ditulis pada cip memori. "Laporan Pemancuran Cache" adalah satu fungsi yang memaklumkan kepada hos jika dasar pemancuran peranti itu adalah FIFO (Masuk Dulu Keluar Dulu) atau tidak. "RPMB tulis yang besar" adalah satu fungsi yang meningkatkan saiz data yang boleh ditulis ke ruang RPMB sehingga 8KB. Ciri "Baris Gilir Perintah" membolehkan pengguna untuk memproses pelbagai tugas yang dihasilkan oleh isu pelbagai arahan daripada pengguna, mengikut susunan keutamaan pengguna, dengan pada mulanya menyimpan tugas-tugas dalam satu barisan menunggu. Ia meningkatkan kelajuan prestasi bacaan rawak sehingga kira-kira 30% pada tahap maksimum menurut kajian Toshiba.
 
* Produk itu dilabelkan berasaskan kepada cip memori mereka, dan bukan jumlah kapasiti memori yang ada untuk penyimpanan data oleh pengguna akhir. Sebahagian daripada kapasiti itu dikhaskan untuk pengurusan peranti. Sila rujuk kepada helaian data atau wakil jualan Toshiba tempatan anda. (Bagi tujuan mengukur kapasiti memori di dalam konteks ini, 1GB = 1,073,741,824 bait.)

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran Memori
Tel: +81-3-3457-3451
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba

Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.
 
Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.)
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51481346&lang=en


Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Jabatan Pemasaran Digital
Koji Takahata, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20161220005384/en
 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.